Seperti yang I cakap sebelum ini, tahun ini I tak jejakkan kaki pun ke Pasar Ramadhan. Target puasa tahun ini we all tak nak membazir membeli makanan sampai penuh meja, just ala kadar sahaja tahun ini. Itupun dah jimat bberapa ringgit. Adakalanya order la juga pizza untuk anak-anak yang dapat menjalankan ibadah puasa mereka sampai habis.
Persiapan Raya pun dibuat awal, especially mencari baju anak-anak dan juga Daddy Jack, maklumlah mereka ni saiz agak limited sedikit, mujurlah ada, then baru pikir tema warna untuk seisi keluarga.
Kalau tak berbuka di rumah sendiri, rumah inlaws ataupun Ibu dan Ayah menjadi pilihan venue berbuka puasa. Rumah inlaws biasanya pergi hujung minggu cos ramai-ramai berkumpul tapi rumah Ayah dan Ibu sentiasa ramai cos adik-adik duduk berdekatan aje.
Kadang-kadang tu kalau buntu nak masak apa untuk berbuka, rempah frozen menyelamatkan keadaan. Selalunya nak makan mee bandung, rempah Mak Pon menjadi pilihan kita.
Kalau puasa, tak sah la kalau sesekali tak membuat bubur lambuk kan. Teringat sewaktu duduk di Adelaide dulu, bila time bulan puasa aje akan buat satu periuk bubur lambuk, then sedekah pada kawan-kawan yang dikenali. kadang tu sampai hantar ke rumah-rumah yang berdekatan.
Kuih akan dibuat setiap hari, then buatlah mee kari atau apa jua menu mee/bihun yang lain. We all jarang makan nasi sewaktu berbuka cos takut perut terkejut. Makan nasi bila time sahur sahaja.
Mee sup Utara pun jadi juga dalam menu iftar kali ini
Puasa kali ni musim durian, masa pi kedai mamak nak beli barang untuk masak berbuka tak dapat menahan hidung ni dari bau harumnya durian D24. So beli satu bekas, terus jadikan serawa durian, cicah dengan roti jala.
My helper normally akan menolong time masak-masak ni. Kuih kegemaran ramai rumah ni adalah cekodok pisang yang Bibik buat. Selama ni tak tahu, bila suruh bancuh, barulah tahu rahsia kesedapan kuih cekodok bibik selama ini.
Antara kuih yang wajib ada baik di Adelaide atau di Malaysia, sardine roll. Puasa kali ini entah berapa kali makan sardine roll ni tapi tak pernah nak jemu.
Menu bihun goreng yang entah kali keberapa agaknya bulan puasa kali ini.
Menu mee kari pun sama juga, tak pasti berapa kali membuat mee kari. Apapun, memang la memasak ni rasa penat, tapi hasilnya kita dapat makan dengan puas sampai ke sahur. Ada juga yang tahan sampai esoknya, itupun kalau boleh masuk dalam fridge, then panaskan aje. Kita cubalah memasak untuk keluarga, kurangkan makan diluar serta membazir mebeli makanan tapi tak sedap ataupun menepati selera kita.
rempah mak pon ada bli yg mee bandung.. tapi tak penah guna.. rugi2
ReplyDeleteCubalah Sue, sedap sangat.
Delete