3 hari sebelum raya sempat lagi ke IKEA untuk mendapatkan sofa yang selama ini diidamkan. Dah beberapa kali pergi asyik habis stok memanjang so dapat called dari IKEA cakap stok dah masuk, bergegas pergi.
Dah alang-alang ada kat IKEA, terasa nak mencuba pula buffet di IKEA walaupun tak termasuk dalam itinerary ke IKEA. Tahun lepas dah pernah cuba, so apa salahnya tahun ini mencuba lagi, kan.
Dah lama berkenan kat sofa ni, so ada rezeki lebih sikit cecepat la kita pi beli, kan.
Banyak pula deco yang cantik-cantik sempena Raya ni, geram pulak nengoknya. Biasalah kan kalau datang ke IKEA ni apa sahaja nampak cantik dan mulalah nak berangan sana sini.
Ada seorang my x-student kerja di IKEA ni, so senang nak check stok atau apa-apa barang. Marah jugaklah kalau datang IKEA pastu barang tak ada...huhuhuhuh.
Pukul 5pm dah booking tempat berbuka puasa secara buffet di IKEA, tahun ni diasingkan tempat buffet dan ala-carte. Buffet pun tak ramai orang yang pergi sangat, ada 7 meja aje yang ditempah. Tak tahulah kalau dekat-dekat pukul 7 nanti ramai pulak.
Makanan pun sedap-sedap, meatball free flow you
Ada kambing golek, tapi not so nice cos daging kambing agak dry sikit
Hah, makan sampai kenyang ye semua, lepas tu nak menyambung shopping lagi kat IKEA ni.
Daddy Jack dari hari tu sibuk nak beli set BILLY untuk mempamerkan koleksinya...koleksi apa itu, kita tunggu ajelah nanti.
Ni yang nampak di kaunter, sofa kena ambil di tempat khas sebab besar sangat. Even tak boleh nak bawa balik pun so kena delivery sampai rumah ajelah. Banyak dah jasa IKEA ni kat rumah kami since dari duduk Adelaide lagi, so tak nak ke lantik we all jadi Duta IKEA pulak ehhh...heheheheheh.
Boleh volunteer untuk home visit from IKEA :)
ReplyDeleteBaby
DeleteBoleh Abby usulkan bila ada campaign tu ehhh :))))
I love ikea...Seronoknya shoping sofa baru di ikea
ReplyDeletesofa ada satu aje kat rumah sebelum ni, tu yang kena beli sofa baru. Kesian kt tetamu datang tak ada kerusi nan duduk
Delete