Setiap tahun, bila berhari raya we all sekeluarga akan pulang ke Kuantan untuk merayakan hari yang mulia itu bersama Ayah, Ibu serta adik beradik yang lain. Persiapan memasak dibuat seawal pagi dimana sesiapa yang ditugaskan untuk memasak akan pergi ke pasar bersama Ayah dan Ibu untuk membuat persiapan membeli barang-barang. Lepas selesai membeli barang-barang, semua kena turun padang untuk bergotong-rotong menyediakan semua persiapan untuk memasak juadah hari raya.
Tahun lepas semua adik-beradik berkumpul meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga. Meriah rumah Ayah dan Ibu dengan cucu-cucu yang semakin bertambah dan membesar.
Antara hidangan yang MESTI ada di meja adalah Lontong yang dibuat oleh Ibu. Selalunya Ibu akan menyediakan kuah lontong pada pagi-pagi raya untuk mengekalkan kesegaran sayur-sayur yang digunakan antaranya kacang panjang, kubis, lobak merah serta tempe. Semua bahan-bahan ini disediakan pada malam sebelum dibuat kuahnya. Bertambah sedap bila Ibu menyediakan sambal sotong yang memang power.
Tetapi, tahun ini agak menyediahkan bila adik perempuan I, Kak Cik tidak dapat merayakan Aidilfitri kali ini bersama kita sekeluarga. Kak Cik akan ke Dubai menemani suaminya yang bekerja disana dan tidak dapat pulang bercuti untuk berhari raya. Kak Cik pun sedih bila mengenangkan pertama kali akan menyambut Ramadhan serta Syawalnya jauh di perantauan, sambil merindui Lontong hasil air tangan Ibu pada pagi raya nanti.
Minggu
lepas, satu pelancaran daripada Mamee Chef untuk satu produk terbarunya iaitu #mameecheflontong yang disertai oleh Pakar
Masakan, Dato' Chef Ismail dan juga celebriti terkenal, Nora Danish. Bertepatan
la dengan pelancaran #mameecheflontong ini
dengan susana Hari Raya yang bakal menjelang tiba nanti.
Pelbagai
variasi #mameecheflontong telah disediakan oleh Chef
Dato' Ismail, dan ianya bukan sekadar lontong biasa sahaja. Bertambah meriahlah
Raya nanti jika menggunakan #mameecheflontong ini
dengan pelbagai menu yang disediakan.
Ibu
cakap, rasa kuah #mameecheflontong ini
menyerupai kuah lontong yang disediakan untuk kami seisi keluarga pada pagi
raya. Kenikmatan dan kelazatan kuah #mameecheflontong ini
setanding dengan kuah yang dibuat sendiri. Rasanya memang asli seolah-olah kita
memakan lontong yang disediakan pada pagi raya. Keaslian dan juga perencah
yang digunakan menyamai lontong yang dibuat sendiri.
Untuk
mengelakkan Kak Cik bersedih di pagi raya di perantauan nanti, I membekalkan
beberapa paket #mameecheflontong untuk
dimakan terutama di pagi raya nanti. Dengan memasak #mameecheflontong ini, terubatlah kerinduan
menikmati Lontong masakan Ibu walaupun tidak berada di Malaysia.
Pelbagai info berguna, boleh layari
Mamee Chef Facebook Page :
Senang bila dh ada mamee chef lontong yg mudah dimasak.....xde la rindu sir tangan ibu lg kan .
ReplyDeleteBetul tu AS, air tangan ibu memang yang paling sedap sekali
Delete