Nuffnang Ad

Saturday 28 October 2017

Cuti Deepavali

Sehari sebelum cuti Deepavali, Danish ada bola pula menlawan team NFD di Bandar Utama. Game start pukul 6, but Danish pergi awal dengan one of his teammate cos Daddy Jack ada kerja di luar. Tapi Daddy Jack sempatlah balik awal tenguk tengok game ni.

Balik tu, we all decided nak tinggal di hotel yang Daddy Jack ada mesyuarat tu since esoknya adalah cuti Deepavali. Daddy Jack seperti biasalah ada kurus di tengah KL so manalah pernah duduk hotel di KL ni, so rebutlah peluang yang ada.

Daddy dah pergi meeting so semuanya kelaparan. Hotel ni tiada buffet atau ala carte for dinner so kenalah makan Sari Ratu yang paling dekat.

Esok paginya, bangun awal. Tengok bandar KL taklah sebusy mana, mungkin cuti so orang ambil kesempatan nak berehat ajelah dirumah.

Masa ni Ryan sibuk kena paksa study cos exam tak lama lagi. Tapi agak nampak kemalasan nak belajar esp time cuti macam ni.

Dah siap semua, so bolehlah turun breakfast di Coffee House. Makanan memang pelbagai variety tapi since I kena menjaga makan, kita makan eggs ajelah.

Kemudian bawa the boys berjalan sekitar kawasan hotel. Menyinggah pula di The Loaf, membeli pelgai jenis roti yang nampak sedapnya.

Tengok aje the boys makan di bilik hotel. I cuba tabahkan diri, since masih belum cuba untuk memakan benda-benda manis ni lagi.

Malam, on the way balik, menyinggah pula Village Grocer Melawati Mall cos esoknya Danish ada pertandingan Masterchef di sekolah pulak. Nak buat chicken wrap dan juga smoothies.

Perut dah kenyang, so makan yang ringan-ringan ajelah di Teochew Chendul ni.

Esoknya, Masterche Danish bersama kawan-kawannya dok sibuk memasak semua di sekolah menyediakan Chicken Wrap dan juga smoothies. Nampak meriah juga aktiviti post UPSR di sekolah, tak pernah pulak bagi alasan tak nak datang sekolah.


Nampak sedap makanan yang disediakan. Hopefully nanti bolehlah cuba buat di rumah pula, sesekali makan yang healthy mcm ni pun sedap juga. Asyik makan nasi aje, gemuk la jawabnya.



Sunday 22 October 2017

Wishlist Daddy

Daddy Jack banyak betul wishlist untuk birthday nya, so me and the boys cubalah menunaikan mana yang termampu. So masa birthday dia yang lepas, we all melepak la ke Pavillion seharian. Sementara nak tunggu lunch, we all lepak mengopi dulu di Coffee Bean. Dulu time berdating selalu lepak CB ni, makan cheese cake and chocolate cakenya.

Dah betul-betul lapar barulah ke Madam Kwans, itupun pilihan the boys cos Nasi Bojari sentiasa menjadi pilihan mereka. As for me, Banana Fritters pun cukup kenyang dah.

Pagi sebelum keluar ke Pavillion tu dah sampai dah salah satu wishlist Daddy Jack untuk birthday, air purifier from Coway ni. Ingatkan kecik, sekali sampai mak aiii besarnya. Ni orang pun boleh sedut jugak nih.



Singgah sekejap JD Sports, tengok any kasut yang new release, tapi tak begitu berminat pulak dengan patternnya.

Ini sebenarnya yang paling Daddy Jack nanti-nantikan untuk birthdaynya. Lama tengok dalam website entah bila nak keluar di Malaysia so masa birthday dia, dah sampai pun set Lego yang diidamkan ini.

Kemainlah lagi seronok mengangkutnya. Senyum lebar la member

Ikut brader ni kata, set ni baru sampai pukul 10am and Daddy Jack orang pertama yang belinya. Then dapat bermacam-macam goodies pulak tu.

Dah alang-alang ke Pavillion, menyinggah la kat Duck Cosmetics ni, kebetulan pula baru dibuka beberapa hari. Tak adalah nak make up sangat, tapi menyinggah saja nak tengok aje.

Tapi dah menyinggah, takkan tak membeli, kan walaupun hanya lipstick, hehehhehe. Beria beli, until now pun tak pakai lagi sebab dah ada banyak lipstick lain dalam beg make up tu.

Saturday 21 October 2017

The final

Dah dekat 4 bulan cerita ni...tapi tak apalah. Kita recap ajelah la. Season pertama untuk KL Junior League telah pun tamat. So now, bersambung pula second season with new team and coach pula.

Last game adalah sebelum UPSR tu, so masing-masing belum ada banyak komitmen lagi. 

Perlawanan akhir tu semua players memang all out nak menang, tapi akhirnya we all hanya mampu berada di tempat yang kedua, after FCKL Bandar Utama.

Now team pun ada yang tak teruskan, ada juga yang dah berpisah antara satu sama lain masuk team lain.

We are a happy family of FCKL U12 !!!

Memang happy semuanya as a team, teman lepak, berpanas tepi padang, geng makan-makan semualah ada. 

Soccermom yang sentiasa setia meneman anak-anak bermain bola tak kira sesi latihan ataupun perlawanan. Masing-masing ada tugasan yang tersendiri termasuklah menyediakan air, tuala basah, basuh jersey semuanya lah.

My favourite defender, pemain no 8.

We all sentiasa berikan sokongan and galakan kepada minat anak-anak. Untuk Danish memang nakmpak minat dia ke arah bermain bola, so we all support apa juga game yang dia sertai.

So dah habis game semuanya, we all celebrate la kemenangan anak-anak di cafe yang berdekatan. Saja aje suka-suka, bagi the players seronok .

Ucapan dari Coach Azizi yang dulunya bersama kami, now dah lain coach dah, bersama Coach Akim pula.

We all kutip duit among parents untuk organized this small celebration, no fancy place, just a small cafe pun cukup.

Team yang memang best, last game yang we all sama-sama sertai adalah tournament di Singapore dulu. Masa tu memang best, travel sama-sama, bercuti sama-sama. Now, ada di antara mereka yang dah masuk team lain, malahan ada yang dah tak join dah mana-mana team. Rindu nak melepak macam dulu lagi.

Al-Fatihah buat adik Ridzuan


Pagi 14 September 2017 yang lepas, negara dikejutkan dengan satu tragedi yang sangat menyayat hati semua rakyat Malaysia, kebakaran Pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat. We all at that time busy la dengan Danish nak habiskan his last paper for UPSR for Science, tapi pagi tu sempat la tengok videoclip orang passkan thru whatsapp dan juga berita.

Dah selesai paper Science Danish, I pun masuk balik office. Tiba-tiba dapat msg dari ex-cikgu Danish masa Darjah 3 bagitahu yang salah seorang mangsa adalah kawan kelas Danish masa Darjah 3 dulu, Nik Ridzuan namanya. Terkedu kejap I mendapat berita ini sebab memang dah cam sangat dah rupanya arwah ni.


Danish masuk sekolah di KL umurnya 9 tahun, darjah 3. Satu kelas dengan arwah Nik Ridzuan ni. Arwah memang sangat baik orangnya, selalu aje dengan Danish kalau I terjumpa di kantin. Memang dia tolong jagakan Danish di sekolah, di kantin sebab Danish ni pelajar baru so tak biasa lagi dengan sekolah di KL.

Tabah sungguh si Ibu, bukan sahaja kehilangan anak lelaki nya ini, malahan sebelum ini pernah juga kehilangan anak perempuannya akibat sakit. Al-fatihah buat Arwah Nik Ridzuan.

Tuesday 17 October 2017

Bercuti sebentar

Lepas habis UPSR yang lepas, we all sekeluarga pergi la bercuti sebentar. Tak plan pun, saja bawa Danish berhurra hurray selepas habis exam. We all pergi on Jumaat petang, singgah sebentar di area Dengkil untuk makan tengahari. Sedap lauk pauknya, semua makanan kampung.

We all pergi Gold Coast Morib ajela. Kebetulan company I ada buat family day so sesekali bercuti bawa keluarga dan mengeratkan ukhwah dengan rakan sekerja pun okaylah. We all tak pernah ke Morib, inilah pertama kali pergi.

Malam tu we all keluar makan di restoran yang famous di area Morib ni, Juvita Seafood. Tengok review di Internet memang best nampaknya. We all pergi lepas maghrib so orang pun dah ramai. Tapi servis memang cepat and tip top. Makanan pun sedap and sangat murah.

Hari Sabtu ada sukaneka semua, then lunch beramai-ramai dengan kawan-kawan. Makanan not so bad la, banyak juga pilihan.


Malam Sabtu tu, ada dinner bertemakan Vintage and Retro. Kali ni I tak dressed up sangatlah cos macam tak boleh nak pikir baju apa yang nak dipakai. So kita pakai baju biasa-biasa ajelah.

Bila dah balik rumah, kembali la semua bereat clean after dah 2 hari tidak begitu menjaga pemakanan dengan betul. So kembalilah kita makan protein dan sayur mayur semua.

Sekarang ni, I obsessed sangat dengan my omelette. Tak tahu kenapa, tiap-tiap pagi bawa bekal omelette ke tempat kerja pun okay. Kalau tak ada filling, plain pun cukup mengenyangkan pagi-pagi.