Nuffnang Ad

Monday 2 October 2017

UPSR Day 02

 Hari ke 2 UPSR, Kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 pula dijalankan. Si kenit Ryan ni pun sama sibuk nak temankan abang dia menduduki exam. Ni siap selfie lagi sementara tunggu Danish habis exam.

 Dah selesai kertas 1, seperti biasa sarapan disediakan oleh pihak sekolah. Bertumpulah mak ayah di kawasan package sambil menunggu anak-anak makan. Sama la dengan we all pun, sambil tu tanyala, okay ke tak paper tu.

Sementara menantikan bermulanya Kertas 2, pelajar ditempatkan di dalam library untuk buat ulangkaji bersama guru subjek. Daddy Jack tak habis menjenguk Danish, risau betul katanya.


Selesailah sudah Kertas 2 Bahasa Inggeris, bila tanya okaylah, bolehlah jawab. Itu ajelah jawapannya. So dah letak beg, temankan pula pergi makan lunch.

Lunch pun kadang-kadang menyelerakan juga, walaupun lauk ikan goreng, kuah sayur lemak putih kobis. Makan ajelah, rezeki dah depan mata. Nak sedap tunggu habis exam la kita pergi makan luar.

Malamnya pula, ada private tutor datang ke rumah, cos esoknya kertas yang mendebarkan iaitu Kertas Matematik 1 & 2, mak pak yang tak senang duduk dibuatnya kat tingkat atas cos memerhati aje sesi pembelajaran berlangsung.

1 comment: