Nuffnang Ad

Tuesday 17 October 2017

Bercuti sebentar

Lepas habis UPSR yang lepas, we all sekeluarga pergi la bercuti sebentar. Tak plan pun, saja bawa Danish berhurra hurray selepas habis exam. We all pergi on Jumaat petang, singgah sebentar di area Dengkil untuk makan tengahari. Sedap lauk pauknya, semua makanan kampung.

We all pergi Gold Coast Morib ajela. Kebetulan company I ada buat family day so sesekali bercuti bawa keluarga dan mengeratkan ukhwah dengan rakan sekerja pun okaylah. We all tak pernah ke Morib, inilah pertama kali pergi.

Malam tu we all keluar makan di restoran yang famous di area Morib ni, Juvita Seafood. Tengok review di Internet memang best nampaknya. We all pergi lepas maghrib so orang pun dah ramai. Tapi servis memang cepat and tip top. Makanan pun sedap and sangat murah.

Hari Sabtu ada sukaneka semua, then lunch beramai-ramai dengan kawan-kawan. Makanan not so bad la, banyak juga pilihan.


Malam Sabtu tu, ada dinner bertemakan Vintage and Retro. Kali ni I tak dressed up sangatlah cos macam tak boleh nak pikir baju apa yang nak dipakai. So kita pakai baju biasa-biasa ajelah.

Bila dah balik rumah, kembali la semua bereat clean after dah 2 hari tidak begitu menjaga pemakanan dengan betul. So kembalilah kita makan protein dan sayur mayur semua.

Sekarang ni, I obsessed sangat dengan my omelette. Tak tahu kenapa, tiap-tiap pagi bawa bekal omelette ke tempat kerja pun okay. Kalau tak ada filling, plain pun cukup mengenyangkan pagi-pagi.

No comments:

Post a Comment