Nuffnang Ad

Showing posts with label office matters. Show all posts
Showing posts with label office matters. Show all posts

Tuesday, 17 October 2017

Bercuti sebentar

Lepas habis UPSR yang lepas, we all sekeluarga pergi la bercuti sebentar. Tak plan pun, saja bawa Danish berhurra hurray selepas habis exam. We all pergi on Jumaat petang, singgah sebentar di area Dengkil untuk makan tengahari. Sedap lauk pauknya, semua makanan kampung.

We all pergi Gold Coast Morib ajela. Kebetulan company I ada buat family day so sesekali bercuti bawa keluarga dan mengeratkan ukhwah dengan rakan sekerja pun okaylah. We all tak pernah ke Morib, inilah pertama kali pergi.

Malam tu we all keluar makan di restoran yang famous di area Morib ni, Juvita Seafood. Tengok review di Internet memang best nampaknya. We all pergi lepas maghrib so orang pun dah ramai. Tapi servis memang cepat and tip top. Makanan pun sedap and sangat murah.

Hari Sabtu ada sukaneka semua, then lunch beramai-ramai dengan kawan-kawan. Makanan not so bad la, banyak juga pilihan.


Malam Sabtu tu, ada dinner bertemakan Vintage and Retro. Kali ni I tak dressed up sangatlah cos macam tak boleh nak pikir baju apa yang nak dipakai. So kita pakai baju biasa-biasa ajelah.

Bila dah balik rumah, kembali la semua bereat clean after dah 2 hari tidak begitu menjaga pemakanan dengan betul. So kembalilah kita makan protein dan sayur mayur semua.

Sekarang ni, I obsessed sangat dengan my omelette. Tak tahu kenapa, tiap-tiap pagi bawa bekal omelette ke tempat kerja pun okay. Kalau tak ada filling, plain pun cukup mengenyangkan pagi-pagi.

Thursday, 15 June 2017

Delivery makanan

Masa sebelum puasa, we all satu office kadang-kadang rasa buntu nak pikir apa nak dimakan kat kantin tu sebab dah selalu sangat membeli di kantin so entah macam mana datangnya idea order makanan dari mana-mana restoran yang buat penghantaran ke pejabat. Antaranya, Ayam Penyet Surabaya.

Kalau malas makan nasi, kita order aje western food

Kadang tu, sebelum sampai sekolah, singgah dulu Mcd beli breakfast box, pastu share la dengan member satu workstation.

Chicken Chop yang paling sedap sekali. Lupa pulak order dari mana, tapi memang sedap sangat-sangat. So lepas puasa ni, I dan ada senarai mana-mana food vendor yang boleh hantar makan ke pejabat, so senang sikit kita nak buat pilihan.

Thursday, 8 June 2017

Potluck pejabat

Seminggu sebelum puasa, we all satu office pakat-pakat untuk buat potluck sebelum puasa. So banyak makanan yang dibawa oleh kawan-kawan office sampai penuh meja dengan pelbagai jenis juadah makanan.

Tengok, banyaknya makanan samada yang beli, tempah ataupun buat sendiri. Semoga murah rezeki officemate ku semua sekali.

Lepas solat Jumaat, mencuba kopi baru di Shell MRR2, Costa Coffee yang popular di UK.


Tiada barista macam di Starbucks, so self vending machine. Senang aje nak membuatnya

Boleh buat air panas dan juga sejuk. Rasa pun sedap juga. Kena tunggu lepas bulan puasa la nak cuba lagi cos kalau malam-malam minum kopi, takut tak boleh tidur pulak nanti.

Wednesday, 31 May 2017

Yellow Mellow

Sebelum acara sukan anak, sekolah I dah buat persiapan sukan for about 2 weeks sebelum sukan sekolah the boys ni. Persiapan memang all out tambahan pula I menjadi House Manager pada tahun ini bagi Rumah Kuning so memang banyak kena ke hulu hilir melatih para atlit dan menjaga ahli rumah yang lain.

Persiapan Rumah Kuning ni budak-budak yang siapkan propsnya, cikgu hanya monitor sahaja. Tahun ni semua ahli rumah memang all out membuat props semua.

Sampai ke malam they all mengisahkan props ni, masing-masing bertungkus lumus berpadu tenaga nak menyiapkan props mereka ini.

Gajah sebagai mascot kali ini dengan nama nya Megat

Masing-masing memang tak menang tangan nak menyiapkan semua persiapan untuk hari sukan.

Bukan sahaja murid, cikgu pun turut membantu menyiapkan semua persiapan agar semuanya siap pada hari sukan nanti.

Nama lain bagi Rumah Kuning adalah Shalahuddin Al-Ayyubi yang mengambil sempena nama pejuang dalam Islam.


Pagi-pagi lagi semua dah berkumpul di Stadium UIA untuk acara sukan yang ke 12

Kali ni tuah masih belum berpihak kepada kita Rumah Kuning untuk mendapat tempat kedua, kita masih di tangga kedua lagi. Tak apalah, bukan rezeki kita but we still the people's champion.

Paling bermakna, bila atlit Rumah Kuning menyapu semua gelaran Olahragawan/Olahragawati dan juga Olahragawan/Olahragawati Harapan sekolah. Nampak hebat atlit Rumah Kuning kali ini.

To all my Form 5 students, terima aksih kerana menjadi tulang belakang di dalam menjayakan sukan sekolah tahun ini. They all memang all out di dalam membantu dalam semua bidang samada props, kebajikan, persiapan atlit mahupun menjaga disiplin semua ahli rumah kuning.

Balik rumah, terus kepenatan, tidur and menjelang Maghrib baru bangun. Perut terus kelaparan dan menuju ke NZ untuk makan.

Sunday, 2 April 2017

District 21

Pertama kali menjejakkan diri ke District 21 cos ada team  building di sana bersama rakan sekerja. Sampai-sampai seawal pagi terus mencari kedai makan for breakfast dulu.

Selalu dengar cerita aje, kali ni dah sampai dah pun. Macam jakun la juga tengok the interior, boleh ke tak buat semua aktiviti ni.

I bab ketinggian memang tahap dewa punya penakutnya. Tahun lepas pergi Skytrex, tahap nak muntah bila buat semua aktiviti, tapi bila dah selsesai...leganya.

Setengah hari aje disini, lepas tu semua boleh bersantai-santai, mana yang belum puas main, main sampai lebam.

Nanti nak bawa the boys datang ke sini, try buat aktiviti lasak jugak. Tunggu Danish habis UPSR la kut, baru boleh enjoy and relax sikit. Sekarang ni semua tengah busy dengan aktiviti bola, sukan dan juga extra class.


Sunday, 6 November 2016

Bertukar mengikut saranan

Ketika ramai orang mengambil peluang untuk bertukar ke Skim KWSP Shariah, we all pun tak ketinggalan juga. Well, just me la cos Daddy Jack dah lama bertukar kepada skim pencen so hanya I sahajalah yang masih ada KWSP ni. Tapi sebelum tu, kita makan la dulu, kasi bertenaga sebab nak beratur panjang.

Alhamdulillah, berjaya juga menukar walaupun ramai orang dan kini dah pun selesai urusan and Im officially under simpanan shariah untuk masa hadapan.

So masih meneruskan aktiviti biasa, berjogging satu padang bola setiap Isnin dan Rabu untuk kesihatan yang baik.

Dah lama betul tak makan satay, sesekali teringin juga nak makan satay. Selalunya we all makan Satay Melaka di AU5, sedap berbanding dengan Hj Samuri yang tak berapa nak kick macam dulu. Esok la nak beli and makan satay.


Friday, 26 August 2016

Taylor's Uni Lakeside


Sesekali kena buat kerja luar di hujung minggu memang agak berat tapi demi tugas, gagahkan juga. Kali ni kena ke Taylor's Uni Lakeside di Subang Jaya. Pagi-pagi lagi dah bertolak kita ke sana sebab program bermula pukul 830am.

Cantik environment universiti ni, sangat berbaloi dengan harga yuran. Facilities pun gempak juga, dengan suasana belajar yang macam oversea sangat.

Sambil tunggu peserta habis program, lepak kejap Starbucks  sambil mengopi mengisi masa yang jenuh menunggu.


Just minum Iced Latte and chocolate roll aje. Tak cukup itu, tambah pulak dengan double chocolae muffin, manalah tak gemuk, kan.

Balik aje from Taylor's terus the boys and Daddy Jack ajak keluar ke One Utama mencari beberapa barangan keperluan. Singgah kedai sukan adalah satu kemestian bagi 3 beranak ini untuk melihat boot baru ataupun jersey bola.

Dah settle semua, kita makan dulu la di Madam's Kwan. CKT dia sedap tapi tak boleh lawan The Little Penang di KLCC lagi la, banyak seafood dalam tu, siap ada kerang lagi. Esok nak pergi KLCC makan CKT The Little Penang la jawabnya.

Selamat berhujung minggu, semua !!!!