Nuffnang Ad

Wednesday 31 May 2017

Yellow Mellow

Sebelum acara sukan anak, sekolah I dah buat persiapan sukan for about 2 weeks sebelum sukan sekolah the boys ni. Persiapan memang all out tambahan pula I menjadi House Manager pada tahun ini bagi Rumah Kuning so memang banyak kena ke hulu hilir melatih para atlit dan menjaga ahli rumah yang lain.

Persiapan Rumah Kuning ni budak-budak yang siapkan propsnya, cikgu hanya monitor sahaja. Tahun ni semua ahli rumah memang all out membuat props semua.

Sampai ke malam they all mengisahkan props ni, masing-masing bertungkus lumus berpadu tenaga nak menyiapkan props mereka ini.

Gajah sebagai mascot kali ini dengan nama nya Megat

Masing-masing memang tak menang tangan nak menyiapkan semua persiapan untuk hari sukan.

Bukan sahaja murid, cikgu pun turut membantu menyiapkan semua persiapan agar semuanya siap pada hari sukan nanti.

Nama lain bagi Rumah Kuning adalah Shalahuddin Al-Ayyubi yang mengambil sempena nama pejuang dalam Islam.


Pagi-pagi lagi semua dah berkumpul di Stadium UIA untuk acara sukan yang ke 12

Kali ni tuah masih belum berpihak kepada kita Rumah Kuning untuk mendapat tempat kedua, kita masih di tangga kedua lagi. Tak apalah, bukan rezeki kita but we still the people's champion.

Paling bermakna, bila atlit Rumah Kuning menyapu semua gelaran Olahragawan/Olahragawati dan juga Olahragawan/Olahragawati Harapan sekolah. Nampak hebat atlit Rumah Kuning kali ini.

To all my Form 5 students, terima aksih kerana menjadi tulang belakang di dalam menjayakan sukan sekolah tahun ini. They all memang all out di dalam membantu dalam semua bidang samada props, kebajikan, persiapan atlit mahupun menjaga disiplin semua ahli rumah kuning.

Balik rumah, terus kepenatan, tidur and menjelang Maghrib baru bangun. Perut terus kelaparan dan menuju ke NZ untuk makan.

No comments:

Post a Comment