Nuffnang Ad

Monday 29 February 2016

Ikea dan lego

As usual la kan, pagi hujung minggu breakfast selalunya di kedai mamak NZ Wangsa Maju. Selalu makan biasa la, roti canai cicah kari kambing. Selalunya lepas training di KLFA, balik terus singgah ke sini. Si kerinting ni entah kenapa lately suka pulak nak membawa "teman" keluar berjalan sama-sama. Kadang tu bawa dinasour tapi kali ni bawa Woody pula sebagai peneman.

So Woody just tengok ajelah yer kita makan roti telur, minum teh tarik sekali. 


Lepas settle breakfast, lari kejap ke IKEA, misi mencari almari untuk koleksi Lego Daddy dan juga anak-anak. Dah tak muat dah di ruang tamu tu. Buat banyak-banyak pastu baru perasan tak ada tempat nak letakkan koleksi Lego yang dah dibuat tu. Ke IKEA la kita cari jalan penyelesaiannya.

Dah settle di showroom, now nak cari barang yang bulk size pulak. Section ni Daddy la yang incharge, we all tunggu di trolley ajelah.

Selalu macam ni la, nak beli lain end up penuh trolley dengan apa sahaja barangan yang beli dulu, fikir apa nak letak kemudian.

Dah settle bayar, perut mula terasa lapar so kita makan yang ringan-ringan ajelah. Hotdog and Pepsi pun dah memadai.

Malam tu juga berkunjung ke KLCC, alasan almari Lego macam tak begitu nak penuh so nak menambah koleksi Lego lagi. Itu hal Daddy dan juga anak-anak, I tak kuasa nak masuk campur.

Setiap hujung bulan, macam ginilah trolley beli groceries, tapi adakalanya tak juga membukit macam ni. Selalu we all beli barang basah 2 minggu sekali, sayur tu kalau balik sekolah singgah kejap kedai mamak beli sejenis sayur aje.

Sofa yang we all beli time Raya tahun lepas, masih putih bersih lagi belum ada noda yang tercalit. Tengah nak berkira-kira beli cover yang lain pula, tunggu raya nantilah.

Koleksi Lego Daddy dan juga anak-anaknya. Hasil yang dibeli dari Adelaide, dan ada juga yang dibeli di sini. Mostly beli di Toys R Us ataupun Box of Bricks.

Tak pernah tak datang ke IKEA buat kali kedua. Ada sahaja benda yang tertinggal nak beli masa pertama kali datang. I suka aje datang ke sini 2 atau 3 kali, macam-macam idea deco boleh dapat.

Lepas dah siap mandi sementara nak tunggu dinner, main la Lego kejap. Jenuh juga nak pasang piece by piece, selalunya Daddy yang akan settlekan sampai habis. Ni pun ada dah aim a few new collection. Hasihhhh, mujur sentiasa ada stok makanan, kalau tak ada, alamatnya kita semua makan Lego ajelah yer.

Saturday 27 February 2016

Berkat Madinah, Ampang

Satu hari tu we all tersesat di area Ampang, pusing-pusing terjumpalah kedai Arab ni, katanya famous jugaklah di kalangan orang sebab menjual pelbagai barangan dari Middle East. So singgah la kejap kita, nak juga tahu apa di dalam kedai.

Wah !!! macam kedai Afghan di Adelaide la, even roti yang kita selalu makan kat kedai Arab sana pun ada dijual disini.

Daging kambing dan lamb pun ada dijual disini tapi we all tak membeli pun, just tengok-tengok sahaja. Mana tahu lain kali boleh datang beli sini lagi.

Di tepi kedai tu, ada pulak kiosk menjual kebab, teringat-ingat pula kebab di Harbourtown yang sedap tu.

Cuba jugalah, tapi nampak macam tak begitu menarik sangat, simple aje the filling pun.

Balik singgah sebentar di kedai Uncle repair jam di Melawati, bateri jam pulak dah kong. Dah lama berurusan dengan Uncle ni, since zaman sekolah lagi. 

Dah habis bab Lego mainan, tambah pulak Lego untuk Dimensions untuk game pulak. Ada aje benda-benda yang berkait dengan Lego ni di rumah. Dah penuh lemari, so stop la kejap sessi pembinaan lego dalam kotak. Ni tambah pulak set game, makin rancak la the boys kat rumah ni.

Sunday 21 February 2016

Jumpstreet sekeluarga

Sesekali beriadah bersama keluarga memang best, dapatlah merapatkan tali silaturahim sesama adik beradik. We all plan secara tak sengaja, masing-masing belum pernah pergi sini lagi. Cuma dengar aje cerita adnreview dari internet so satu hari plan, semua pergi kecuali Ayah dan Ibu cos ada hal.

Masing-masing excited nak melompat setinggi yang boleh, tapi anak-anak la semangat..mak pak kena tarik nafas panjang-panjang nak melompat.

Bersemangat semua anak-anak bermain dodge ball, melompat sana sini, sampai penat pun tapi masih bertenaga lagi.

Dah puas melompat semua, I pergi lepak kejap la di cafe sambil minum kopi. Sedap kopinya, nak makan tapi tak terasa lapar pulak. Lain kali la.

Sedap latte nya, smooth and creamy

Tempat ni memang happening habis, planning nak buat birthday the boys disini. Kena start menabung la jawabnya.

Kreatif idea untuk kerusi duduk tu, locker yang tidak digunakan ditukar menjadi tempat duduk. Nak try and error la untuk disekolah nanti.


Pemandangan dari cafe, ada court yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Keselamatan memang sangat dipentingkan disini. Setiap court ada penjaganya sendiri.

Sejam disini, semua dah berpeluh-peluh lencun badan.

Terima kasih Hannan, belanja semua kakak-kakak, abang ipar dan juga anak-anak sedara semua. Lain  kali kita semua belanja Hannan pulak yer. So lepas ni, kemana pulak aktiviti kita sekeluarga yer ?


Wednesday 3 February 2016

Selamat kembali, Bibik

Dah dekat sebulan dah Bibik balik, 5 Disember lepas. Balik for good cos dah keje 2 tahun dengan we all. We all menghantar balik ke KLIA2 seawal pagi cos flightnya dalam pukul 845am. Sempat bersarapan bersama, makan simple-simple ajelah sebab terlalu awal sangat breakfastnya.

Tepat 7:15am, menghantar Bibik menuju ke Departure Gate. Selamat jalan, Bibik. Terima kasih menjaga kami sekeluarga selama ini. Now, I menanti maid yang baru...so far belum mendapat lagi.

On the way balik from KLIA2, nampaklah Ikea Cheras, so dah tahulah mana lokasinya. Tapi tak ada mood la nak menyinggah sebab kononnya sedih Bibik dah balik, kan.

Sepanjang ketiadaan Bibik, ada masa malas masak so makan diluar ajelah. Itupun taklah selalu. Cuti sekolah kenalah rajin sikit memasak, lagipun makan luar selalu pun bosan juga if makan makanan yang sama aje.

Tapi kalau breakfast, memang tidak boleh kalau tak pekena Mamak. Makan roti canai dengan kari kambing memang salah satu aktiviti pagi.

Kalau memasak, kenalah ikut selera anak-anak, selalunya Mee Kari adalah pilihan Danish manakala asam pedas pilihan Ryan.

Masak pun benda-benda simple ajelah, cukuplah untuk makan kami 4 beranak aje. Itupun ada lebih, masuk fridge, jadikan frozen. 2-3 pastu, just reheat ajelah.