Nuffnang Ad

Wednesday, 3 February 2016

Selamat kembali, Bibik

Dah dekat sebulan dah Bibik balik, 5 Disember lepas. Balik for good cos dah keje 2 tahun dengan we all. We all menghantar balik ke KLIA2 seawal pagi cos flightnya dalam pukul 845am. Sempat bersarapan bersama, makan simple-simple ajelah sebab terlalu awal sangat breakfastnya.

Tepat 7:15am, menghantar Bibik menuju ke Departure Gate. Selamat jalan, Bibik. Terima kasih menjaga kami sekeluarga selama ini. Now, I menanti maid yang baru...so far belum mendapat lagi.

On the way balik from KLIA2, nampaklah Ikea Cheras, so dah tahulah mana lokasinya. Tapi tak ada mood la nak menyinggah sebab kononnya sedih Bibik dah balik, kan.

Sepanjang ketiadaan Bibik, ada masa malas masak so makan diluar ajelah. Itupun taklah selalu. Cuti sekolah kenalah rajin sikit memasak, lagipun makan luar selalu pun bosan juga if makan makanan yang sama aje.

Tapi kalau breakfast, memang tidak boleh kalau tak pekena Mamak. Makan roti canai dengan kari kambing memang salah satu aktiviti pagi.

Kalau memasak, kenalah ikut selera anak-anak, selalunya Mee Kari adalah pilihan Danish manakala asam pedas pilihan Ryan.

Masak pun benda-benda simple ajelah, cukuplah untuk makan kami 4 beranak aje. Itupun ada lebih, masuk fridge, jadikan frozen. 2-3 pastu, just reheat ajelah. 

6 comments:

  1. Lama dah tak buat mi kari. Teringin pulak tengok. Kena buat jugak ni nanti

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. apa yang best? bibik balik ke...hhuhuhuhuh, dia best ler, kita sengsara

      Delete
  3. sedapnya tengok mee kari u sis :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Mia, resepi main campak-campak aje

      Delete