Nuffnang Ad

Monday 22 January 2018

Bangkok Cuki Cup - Last day



Hari akhir di Bangkok, we all terus check out from the hotel and bawak semua kelengkapan beg terus di padang cos we all balik malam tu juga, last flight. Malas dah nak stay semalam lagi cos memikirkan tak boleh nak ambil cuti.


Kita tak menang sebarang tempat pun, cukuplah di 4th place sahaja, but itupun dah cukup best dah after kita dah lama tak sertai international tournament.

Ada lebih kurang 6 jam lagi sebelum our flight balik ke Kuala Lumpur, pusing-pusing kedai dalam airport mencari something untuk dibelikan for my close friends la.

Sepanjang berada di padang bola, tak berkesempatan nak makan Pulut Mangga, tapi we all jumpa juga di airport ni, so makan la sambil menunggu our flight. 

Mula sampai airport, ternampak la service Sleep Box ni, so we all pun sewa la untuk rehat and bersihkan diri dulu. Satu jam lebih kurang 500 baht aje so memang selesa, ada bilik mandi dan juga katil if ada sesiapa yang nak lelapkan mata sekejap.

Flight delayed, kena la menunggu kejap, sampai mata pun antara larat atau tak aje nak bukaknya.

Sampai KL lebih kurang pukul 1 pagi, airport pun dah lengang and sunyi semacam aje gayanya. Seram pun ada jugak dibuatnya.


Our first experience dengan Air Asia, so far okaylah tapi yang tak tahan tu, delayed punya hal lah. Service pun best, the cabin crew pun nampak helpful, taklah menyombong tak tentu hala. If ada rezeki lagi, akan cuba pergi bercuti dengan AA lagi.



Bangkok Cuki Cup - Day 2


Hari kedua dah start game, di tempat yang sama seperti tournament di Bangkok 2 tahun lepas. Sebelum ke tempat tu, we all breakfast di hotel dulu, tapi just makan roti ajelah cos makanan yang lain tak halal.

Beberapa orang pemain yang dalam team ni tak dapat sertai untuk trip kali ini, so yang ada ni pun dah best dah.

Seperti kebiasannya, Daddy Jack antara orang yang bersemangat berikan kata-kata galakan untuk Danish.

Game memang tak ada henti, selang 40 minit masuk padang balik.

Ada cafe baru kat sini, so sedap la we all melepak, minum kopi dan makan butter croissant sambil tengok anak-anak main bola.

Memang meletop-letop gol team bagi, sampaikan menjadi juara untuk Team B, so esok kena main kalah mati untuk beberapa pemenang dari Team A pulak.

Alhamdulillah, kali ni ada juga yang buka gerai halal, selalunya dulu-dulu we all makan fries and makan smoothies ajelah, balik hotel baru makan. Tapi kali ni siap ada roti naan, kari dan juga nasi beriani lagi. Best !!!!

Menjelang petang, semuanya dah lembik sebabnya energy semua dah habis di padang bola. So siap-siap berkemas nak balik, nak pergi makan tomyam pulak la.

Good game, Danish 


So malam tu, we all naik tuk-tuk and makan di tempat biasalah, maals nak cari tempat lain dah.

Makan yang simple ajelah malam ini. Suka pula makan ikan rebus goreng tu, siap ada ulam-ulaman dan juga sambal belacan yang kick !!. One of my friend yang perkenalkan menu ni and terus terjatuh hati jugaklah. Bilalah nak pergi Bangkok lagi, mcm tak puas rasanya pergi kali ni.

Wednesday 17 January 2018

Bangkok Cuki Cup - Day 01


Last November, we all pergi travel lagi, tapi bukan bercuti membawa Danish ada his last International U12 Soccer Tournament di Bangkok. So sehari sebelum, bergegas la tukar duit di Giant Ulu Klang. Duit Malaysia dah tak semewah dulu dah kalau ke Thailand, dulu mmg bawa berkepuk la duit tapi sekarang dah makin sikit dah jumlahnya.

First tima we all nak travel dengan Air Asia ni, selalu naik MAS aje sebab senang dan selesa sedikit. Tapi since ramai soccermate Danish yang nak travel sekali so kita pun cubalah juga. Flight dalam pukul 11:30am, itupun sampai awal juga. Ramainya orang, dah macam di Puduraya aje dah.

Breakfast dulu di Papparich KLIA2, itupun lambat juga sebab ramai juga orang nak breakfast disini. Tapi dapatlah juga we all makan dengan tenang sebab flight lambat lagi.

We all sampai dalam pukul 1:30 petang waktu Bangkok, tapi disebabkan tersekat dalam traffic so udahnya sampai hotel dalam pukul 4:30pm, dengan letih dan perut pun dah kelaparan yang teramat sangat.

Idaman Danish, new cleat yang baru beberapa hari dikeluarkan. Malaysia belum keluar lagi so bila we all pergi ni, Daddy Jack memang nak belikan untuk dia juga as his cleats mmg dah tak muat dah.

Nego and nego, macam-macam perbincangan 2 beranak ni untuk membeli sepasang boot bola sahaja.

Kelaparan yang teramat sangat tadi telah terubat bila dapat makan di Yana Restaurant di MBK ni, aduhh kecur la tengok gambar ni sebab terbayang-bayang lauknya yang sangat sedap semuanya. So, kalau ada yang pergi ke Bangkok, silah berkunjung ke sini, memang berbaloi sangat makanan dengan harganya.

Monday 15 January 2018

Pavillion kita

Hujung minggu biasalah hari bola untuk anak-anak, tapi untuk Ryan la kalau Danish weekdays training daynya tapi sekarang ni tak ada game lagi, kalau tak hujung minggu memang penuh.

Kadang sambil tunggu Ryan main bola, sempat la tapau breakfast dulu, tempat baru ni belum ada kafe lagi, sedang dalam pembikinan so sementara tunggu, makan yang ringan dululah.

Petang sikit, dah settle hal sekolah barulah boleh pergi merayap di shopping mall. Kali ni merayap ke Pavillion pulak cos Daddy Jack teringin nak makan You Tiou pulak.

So nilah yang Daddy Jack idamkan sangat tu, beef kuay teow dia yang super duper sedap, kata Daddy Jack while the boys makan chakoi cicah dengan bubur aje, sedap juga.

Singgah Adidas Kids mencari kasut sekolah Ryan, dah berjenuh mencari saiz yang tak jumpa di Bandar Utama dan juga KLCC. Mujur ada saiz disini, so terus beli. So dah selesai semua hal sekolah dah.


Sunday 7 January 2018

Happy New Year 2018


Masih belum terlambat untuk I ucapkan Happy 2018 kepada semua pembaca blog yang masih setia membaca bog yang semakin suam-suam aje penulisannya. Insyallah, saya akan cuba untuk kembali aktif menulis seperti dulu, sambil-sambil cuti masa ya.

Semoga tahun 2018 ini memberikan kita semua kebahagiaan dan juga diberikan rezeki yang berpanjangan hendaknya.