Nuffnang Ad

Monday 31 December 2012

Berhujan di Sakura Kristal

Selalunya bila balik Malaysia, makan kat luar tu memang selalu. Normally bila malam tu memang akan makan diluar. Nanti Danish akan bertanya, malam ni kita nak makan dimana? Hmmm, pastu semua agak blur nak makan dimana. So ada satu malam masa balik Malaysia tu we all makan di Sakura Kristal berdekatan our house aje cos hujan tersangatlah lebat.

Entah kenapalah sejak balik Malaysia suka sangat makan dumpling. Tak kishalah yang bersup atau yang digoreng. Asal nampak ada dumpling dalam menu, sure nak rasa.

Bila dah sejuk-sejuk hujan, seronoklah makan mee hailam, sedap juga.

Ryan bukannya kisah sejuk ke panas kat luar tu, tetap nak order Chocolate Milkshakenya.

Chicken Sandwich for Ryan, look good and sedap sangat-sangat. For the first time, habis dimakannya.

Memang la habis, tapi jenuh nak menunggu die makan cos mulut tak berhenti-henti nak bercakap aje.

Danish as usuallah, dengan Nasi Goreng Cina..tak mau pedas and tak mahu sayur. Payahnya lah nak ajar my boys makan sayur, kadang-kadang tu sampai kena sorokkan sayur celah nasi atau mee. Kalau nampak aje ada hijau-hijau semua suruh ketepikan dulu. Padahal masa baby dulu, bila masakkan bubur, siap letak broccoli, peas, bayam even letak carrot and laju aje masuk dalam perut. Sekarang ni sangatlah berbezanya.

Daddy Jack bila dah nampak restoran ada big screen and menayangkan live football mmg tak kemanalah mata tu. Asyik sungguh walaupun bukan team favourite die. Janji ada game bola, tetap layankan juga.

Bila dah habis makan, masing-masing terpaksalah tunggu kejap cos hujan masih lebat, nak pergi ke kereta mcm tak sanggup nak meredah so lepak-lepak dulu sambil menghabiskan makanan yang ada lagi.
 

Limau twilight

Semalam pergi Coles and beli some stock fruits dirumah ni, one of it ambillah oranges sebab Danish and Ryan memang suka sangat makan orange. Tapi entah mcmana tak terperasan pulak tangan ni terambil this type of orange, Blood Orange. Bila dah potong, tengok ehh apsal colour merah, ingatkan buah tu busuk so bila tengok kat sticker tu is Blood Orange.

Yang tak tahan tu, siap googled dalam internet tengok and mmg ada. Tapi mujurlah beli 2 biji aje, udahnya tak sanggup nak makan sebab macam geli, so perah dalam bekas dishwasher and buat basuh pinggan ajelah. Itupun terasa macam basuh pinggan bermandikan darah.

Friday 28 December 2012

Kak Cik's engagement ceremony

Pada 2 December lepas, my youngest sister, Rozeeta telahpun selamat bertunang. I tak tahu pun nak buat majlis bertunang bila I balik, tahu pun masa baru tiba from Adelaide, rupanya Ibu terlupa nak beritahu. Bila dah buat majlis, masing-masing pakat untuk masak sendiri, adik beradik and saudara mara menolong sebab tak mahu ambil katering. 

Antara menu yang baru diperkenalkan kepada our family is our own ABC stall, ni semua gara-gara dah syok membuat ABC sendiri untuk dihidangkan kepada tetamu masa di Adelaide. So, mesin kisar airbatu dibeli khas untuk ini and Daddy Jack mengetuai sessi membuat ABC.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Ayah menetapkan majlis besarnya Insyallah berlangsung in June 2013...hah wait? June..hmmm nampak gayanya berpeluang balik Malaysia sekali lagi lah kut. Hehhehehe.

Since ini adalah majlis bertunang and jemputan pun tak ramai, so we all buatlah sikit ayam BBBQ untuk tetamu and tak sangka itu yang ramai orang serbu dulu. 


Tukang kisar ais merangkap serve terus. Macam lipas kudung dibuatnya. 

Ikutkan menu nasi arab tu simple aje, tapi Ayah suruh tambah dengan kari tulang, sambal udang petai, and ibu pula membuat kuah durian cicah roti and my adik Didi menambah ikan terubuk masin so makin bertambahlah lauk pauknya. Selain nasi arab, ada juga disediakan nasi putih, just in case ada orang tak makan nasi arab, kan. Bekas air sirap yang macam ala-ala hotel tu pun we all beli baru, dapat harga murah since we all beli barang yang banyak di kedai tu.

Ingatkan nasi putih yang habis dulu, rupanya my nasi arab yang dulu habis so kena masak untuk kali kedua buat saudara mara yang tak sempat merasa. Mujurlah beli dapur nasi letrik besar ni, memudahkan kerja memasak dengan quantity yang banyak. Majlis keluarga kami tak pernahnya putus dengan pertolongan dari my uncles and aunties yang cukup ringan tangan. Masing-masing tahu apa yang nak dibuat, so senang buat majis sendiri daripada upah orang. Bila dah mula masak sendiri untuk dijamu kepada tetamu, rasa syok pulak. Insyallah, if larat nak cuba masak sendiri untuk dijamukan kepada tetamu.

Thursday 27 December 2012

Tinju sampai lebam

We decided untuk ke Harbourtown aje untuk bertinju kali ini...well, rasanya dah 3 tahun bertinju disini cuma tahun lepas, Daddy Jack bertinju secara individu cos me and the boys tinggal di Malaysia lagi. Bangun pun dah lambat, so parking pun di belakang aje but still masih banyak parking yang kosong. Ikut Daddy Jack if parking belakang pun penuh, so kita balik ajelah.

Tak banyak kedai yang dibuka like this Pumpkin Patch. Kebanyakan baju yang cantik dlm ni khusus untuk girl aje, yang boys tak banyak pilihan compare to GAP, so sesiapa yang ada anak perempuan, mmg syoklah beli berlambak-lambak sebab balik Malaysia lepas I tengok harga dress pun rasa meleleh peluh dalam aircond kat Parkson KLCC tu.

Rasanya if nak bertinju di Harbourtown ni surelah masuk kedai homeware. Actually dalam hati kata, tak payah nak belilah sebab mcm tak rasa apa yang nak dibeli, sekali masuk Kitchenware Direct nampak ni kat kaunter terus rasa nak pengsan. Refurbished KitchenAid for only AUD549 hmm lebih kurang RM 1750 sahaja. Why is it so cheap compare to normal price here (well normal price is only AUD689=RM2189, still murah compare to the one yang dijual di Bagus at RM2799) cos some of the mixer is sale displays, ada defect sikit like calar which is tak berapa nak nampak unless org datang rumah dok belek pki kanta then baru nampak. I dah beli tahun lepas dah mixer KitchenAid ni, tak beli masa Boxing Day pun, masa tu nampak offer di paper, so teruslah beli.

Beli 3 barang aje dlm ni, 2 barang ni nak guna terus, bukan nak bawa balik tapi barang yang satu lagi tu terus nak masuk kotak untuk disimpan dalam garage nak bawa balik for good.
 
Daddy Jack tolak stroller with full of plactic bags while me membawa 2 beg, kiri and kanan. Phewww rasa tangan ni dah panjang.

 
Hasil di gelanggang pertama aje dah penuh boot kereta itupun ada hati nak pergi City tapi mujur perut minta diisi so kita pergi makan dulu di kedai Afghan di South Rd bersama rakan-rakan dulu.

 
Ingatkan lepas makan nak balik rumah, rupanya singgah kejap di Bailetti Sport cos member ada addtional less. So dapatlah the boys kasut sorang satu.

 Dapatlah Daddy Jack membeli jersey yang diidamkan sebelum balik Malaysia dulu

Menambahkan koleksi KitchenAid saya lagi. Alhamdulillah, so far dah ada 5 dah koleksi my KitchenAid. If ada rezeki, sebelum balik nak menambah serba sedikit koleksi KitchenAid ini. Sempat bertanya pada staff Kitchenware Direct and katanya boleh order from the katalog apa yang kita nak...Phewww, murahlah rezeki hendaknya.

 Dah beli nak buka pun belum ada mood sebab mood Malaysia masih menebal lagi ni.

I taklah beli brg dapur ja, dah beli mixer kenalah belajar nak membuat cake and macam-macam jenis kuih muih kan, so sempat menyambar beberapa buku masakan. Tak sempat nak membeli di jualan serigala di KL sebab pikir if beli mana nak letak, so tunggu jualan serigala tahun hadapan pulaklah.
 

Wednesday 26 December 2012

Its here

Yes, Im already in Adelaide. Semalam lagi dah sampai, so rest dalam rumah seharian, tidur and makan, rehat secukupnya for today's big event. Its a BOXING DAY !!!!

Hari ni buat pertama kalinya Rundle Mall dibuka on Boxing Day. Normally hari ni South Australia masih lagi on public holiday. Its Proclamation Day. Tu yang orang SA bengang berbanding dengan other parts of Aussie sebab tempat lain ada boxing day, If di Melbourne and Sydney, sure orang pagi-pagi lagi dah bertunggu tangga depan David Jones nak dapatkan the best deals.
 
As for me, dah lama buat list, hopefully dapatlah memakbulkan beberapa items yang sebelum balik Malaysia nanti. Tak tahulah samada boleh dapat a good deals or not cos here in Adelaide, salesnya selalu aje tak perlu tunggu masa Boxing Day pun harga pun lebih kurang aje. Tapi if boleh beli masa ini, boleh aje dibeli. Okaylah, Im getting ready with my gloves now, so nak punch in and out till knockdown.

Monday 24 December 2012

Huhuhuhu

After nearly 2 bulan berada di Malaysia, malam ini akan kembali semula ke Adelaide. Banyak cerita di Malaysia yang belum diceritakan antaranya my sister engagement, my trip to KK, sesi makan-makan and macam-macam lagi. Kita sambung balik di Adelaide nanti. Kepada Kak Zu and Kak Jee, minta maaf sangat-sangat tak sempat berjumpa yer. Tunggu Gina balik lain kali so kita boleh jumpa and have our makan-makan time together.
 

Thursday 20 December 2012

Bershopping di Legoland

Dah dekat nak balik, of course la singgah di kedai-kedai di Legoland, plan asal as usual nak mencari fridge magnet tapi nan adonya. Lain yang dicari, lain pula yang terjumpa.

 
 Ternampak pulak NinjaGo ni hah, apalagi lama la jugak dok belek sana sini.

Bergilir-gilirlah me and Daddy Jack menunggu the boys melayan Ninjago pada screen kecik tu. Bila Daddy Jack tunggu, I pusing keliling the store mencari apa-apa yang berkenan di hati.


There is lots of momentos yang boleh disimpan sebagai kenangan yang we all pernah datang ke sini like Tshirt. Ada banyak jenis and design for kids and also adults.

 Keychains pun banyak juga from the Lego's characters.

 Topi and beg pun ada juga

 Nice decor in the shop

Ramai juga peminat Ninjago ni yer, ingatkan Lego City and Lego Superheroes aje.

 Rambang matalah, tak tahu nak pilih apa yang nak dibeli as a souvenir


 Okaylah, we bought a few items. Fridge magnet pun ada juga.

So, masing-masing pun dah dapat apa yang dimahukan so tak perlu gaduh-gaduh lagi yer.