Pada 2 December lepas, my youngest sister, Rozeeta telahpun selamat bertunang. I tak tahu pun nak buat majlis bertunang bila I balik, tahu pun masa baru tiba from Adelaide, rupanya Ibu terlupa nak beritahu. Bila dah buat majlis, masing-masing pakat untuk masak sendiri, adik beradik and saudara mara menolong sebab tak mahu ambil katering.
Antara menu yang baru diperkenalkan kepada our family is our own ABC stall, ni semua gara-gara dah syok membuat ABC sendiri untuk dihidangkan kepada tetamu masa di Adelaide. So, mesin kisar airbatu dibeli khas untuk ini and Daddy Jack mengetuai sessi membuat ABC.
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Ayah menetapkan majlis besarnya Insyallah berlangsung in June 2013...hah wait? June..hmmm nampak gayanya berpeluang balik Malaysia sekali lagi lah kut. Hehhehehe.
Since ini adalah majlis bertunang and jemputan pun tak ramai, so we all buatlah sikit ayam BBBQ untuk tetamu and tak sangka itu yang ramai orang serbu dulu.
Tukang kisar ais merangkap serve terus. Macam lipas kudung dibuatnya.
Ikutkan menu nasi arab tu simple aje, tapi Ayah suruh tambah dengan kari tulang, sambal udang petai, and ibu pula membuat kuah durian cicah roti and my adik Didi menambah ikan terubuk masin so makin bertambahlah lauk pauknya. Selain nasi arab, ada juga disediakan nasi putih, just in case ada orang tak makan nasi arab, kan. Bekas air sirap yang macam ala-ala hotel tu pun we all beli baru, dapat harga murah since we all beli barang yang banyak di kedai tu.
Ingatkan nasi putih yang habis dulu, rupanya my nasi arab yang dulu habis so kena masak untuk kali kedua buat saudara mara yang tak sempat merasa. Mujurlah beli dapur nasi letrik besar ni, memudahkan kerja memasak dengan quantity yang banyak. Majlis keluarga kami tak pernahnya putus dengan pertolongan dari my uncles and aunties yang cukup ringan tangan. Masing-masing tahu apa yang nak dibuat, so senang buat majis sendiri daripada upah orang. Bila dah mula masak sendiri untuk dijamu kepada tetamu, rasa syok pulak. Insyallah, if larat nak cuba masak sendiri untuk dijamukan kepada tetamu.
Seronoknya...June 2013?x lama pun lagi kan...
ReplyDeleteSuria Amanda
DeleteMemang tak lama, tapi rasanya mcm nak suruh tunda sebab tunggu kami balik on September rasanya.
jarang nak dpt tengok orang buat sendiri masak skang ni kan. selalu kat kampung2 ajer :)
ReplyDeleteEliss
DeleteSekarang ni rasanya if larat, pakat dengan adik beradik and saudara mara baik buat sendiri la, takut dengar cerita katering sekarang ni..ada yang masak lauk basi, tak turn up masa majlis..malu lah keluarga tu. Kesian
Bravo Gina!... dah boleh masak untuk kenduri :)
ReplyDeleteSid, mengiggil tau tapi bila ramai yang bagi feedback rasa suka sangat-sangat
Delete