Nuffnang Ad

Tuesday 31 May 2011

Keajaiban pada hari Ibu

Ipad2 begitu laris di Malaysia, sewaktu mula-mula launch dulu, orang beratur depan Machine seawal pukul pagi, even ada yang tidur depan kedai tu sambil diawasi oleh Pak Guard. Lepas launching day, kalau tak boleh beli, kena booking aje, so dalam 2-3 minggu dapatlah. Lepas bila pergi Machine, nie lah yang dipampangkan di hadapan kedai.

COACH pun ada buat special untuk para ibu-ibu jugak ? Hmmm menarik nie, tapi Daddy Jack kata, cukup ler beli handbag, almari pun dah tak muat dah.

2 hari lepas Mothers Day, budak kerinting nie tersengih-sengih..ingatkan apa ke halnya, rupanya bawak hadiah.

Danish pun sama jugak, wah...ada hadiah untuk Mummy yer walaupun Mothers Day dah 2 hari lewat.

Since Danish dah pandai menulis, so he's the one yang tolong tuliskan card untuk me bagi pihak adiknya jugak.

Hadiah nie untuk Mummy, tapi kenapa pulak Danish yang so excited nak bukak ? Tak apalah, tak kisah sangat pun.

Hah ? Mummy dapat Ipad2...mcm tak percaya la, Mummy dapat Ipad2, kata Danish


Terima kasih to Daddy Jack and the boys...hadiah yang sungguh bermakna untuk Mothers Day kali ini. Tak sangaka akan dapat Ipad tu ini di Malaysia, ingatkan balik Adelaide nanti baru dapat.

Belum apa-apa lagi dah nak suruh cari cerita Cars die from the Ipad2. Hmm, lepas nie rasanya Ipad nie bukan Mummy punya, tapi dok berebut antara Danish and Ryan ajelah jawabnya.

As for me, bila balik Adelaide nanti, nak pasang wireless dalam rumah, so bolehlah online tak kira masa and tempat. So, kena rajin update blog, twitter and also FB. Hehehehe, anyway, thanks to Daddy Jack for this unbelievable presents. Hmmm, sepanjang tahun nie, dah macam-macam gadget dapat dah, new lappy, new handphone so lepas nie apa lagi yang baru yer.....a new camera, maybe ?

Saturday 28 May 2011

Perihal anak-anak

Wah, bangga sekejap lalu di highway Utara Selatan bila ada signage UNISEL....besar impact marketing nie..Insyallah, akan bertambahlah students nanti yer.

Sejak balik Malaysia kali ini, entah berapa kali aja Ryan duduk dalam carseat, harap-harap balik Adelaide nanti naklah die duduk dalam carseat tu. Kalau tak, kena saman tau. Nak bagi die diam sekejap dalam carseat, bagi ada portable DVD player, pasangkan cerita Cars, diamlah die..tapi tak lama mana pun, sekejap aje.

As for Danish, bagi die main PSP, masukkan games yang die suka, okay aje..and Danish still tak ada masalah duduk dlam carseat die.

Muka budak kerinting yang semakin hari ada sahaja perangai nakalnya, salah satunya suka buli Danish.



Friday 27 May 2011

Jom ramai-ramai kita

Sabtu lepas jalan-jalan ke One Utama, tetiba-tiba terdapat ada satu benda yang menarik perhatian , ada roadshow MAS pasal Adelaide la, hmmmm macam tahu-tahu aje I nak datang sini, ada pulak yang berkaitan dengan Adelaide.

Ramai juga yang datang ke booth nie, ingatkan nak ambik doorgift, rupanya menjawab kuiz pasal Adelaide.

Pelik juga, kenapa tiba-tiba MAS nak buat roadshow pasal Adelaide nie sebabnya ramai yang cakap, Adelaide nie macam tempat orang-orang tua and warga pencen aje, lagipun tempat yang menarik yang ditunjukkan di roadshow nie pun tak banyak. I pun tanyalah, why Adelaide? Rupanya, MAS nak promote psl flight die yang dah bertambah sebanyak 6 kali seminggu ke Adelaide tu.

I pun ada juga masuk kuiz nie, Alhamdulillah betul semuanya.Ingatkan hadiah yang bakal dimenangi Ipad2 atau pun Galaxy Tab, rupanya bakal memenangi tiket pergi Adelaide..hmmm hampehlah sungguh.

Adelaide..oh Adelaide..tetiba terasa pulak..tak lama lagi lah me and my family balik sana, dengan cuaca yang sejuk yang akan kami tempuhi selama 3 bulan lagi..huhuhuhu.

Thursday 26 May 2011

Junior Master Chef

Antara aktiviti Danish bila masuk Smart Reader, pergi lawatan ke Pizza Hut. Dekat aje dengan sekolahnya, just jalan kaki aje.

Macamana I dapat gambar nie? Heheheh, I tak pergi, just bagi kamera kat his teacher untuk capture his moments aje.

Sebelum buat apa-apa berkumpul dulu untuk beberapa penerangan from the teacher



Then, beratur untuk the surprise time

Masuk dapur untuk buat pizza sendiri.






Then, makan time


Dapat pulak bergambar dengan Mr Cheesy,mascot Pizza Hut

This Danish's classmates with hie teacher,Azizah. One of the classmates anak kawan I, Nabilah.



After balik from Pizza Hut, sessi melepak dalam kelas dulu

Balik from his class, Danish sempat bawak balik pizza yang dibuat sendiri. Nampak sedap la Danish. Tu la kan, I nie tak merasa lagi nak membuat pizza, tunggu kita balik Adelaide balik, and I will make a pizza for the family.

Nampak sedap kan Hawaiian Pizza, made by Danish.

Wednesday 25 May 2011

Mengisi masa lapang

Balik Kuantan lepas, Ibu ajak main bowling since Ibu mewakili persatuan di Pahang dalam acara bowling, so nak ajak ler anak cucu die pi main bowling, and in the same time nak practice untuk other tournament.

Kat Kuantan, pusat bowlingnya di Kuantan Plaza, but the place tak mesra dengan budak-budak kecil. Budak-budak yang tak ada saiz kasutnya tidak dibenarkan bermain di lane untuk dewasa, they all ada sediakan bowling alley khas untuk kanak-kanak but kena masukkan coins everytime nak main. Kecoh ler...KL pun okay aje, tak kisahpun.

Lepas balik KL, sambung pulak di Ampang Bowl di Hotel Flamingo. Selalunya we all main di Wangsa Walk, but normally disitu ramai sangat orang and tak nak tunggu lama-lama, so di Flamingo orang tak ramai.

Pihak management tak kisah pun if budak-budak sebaya Ryan nak main, asalkan ada parents atau orang dewasa yang mengawalnya. Ryan happy sangat sebab antara sukan kegemarannya adalah bowling.

Danish pun suka sangat main bowling. Ibu yang bawak die pi main bowling dulu, lama-lama terus macam ketagih pulak.

Still tak berapa nak pandai bila baling bola, tak apa Danish, perlahan-lahan belajar.


Keputusan permainan, dapatlah spare dan juga keputusan yang boleh dibanggakan.