Nuffnang Ad

Tuesday, 3 May 2011

Universal Studio, Singapore

I berkesempatan pergi ke Universal Studio masa we all balik ke Malaysia pertama kali dulu. Minta maaf la yer, tak sempat nak bercerita psl our travel nie.

We all memang tak plan pun nak ke Sentosa Island nie, tapi since dah ke JB, and macam I pernah cakapkan dulu, setiap tahun, Singapore adalah salsatu destinasi tahunan kami.

Dah banyak perubahan yang berlaku di Sentosa nie, tambah pulak dah ada Universal Studio and a fews attraction. We all bertolak seawal pukul 8 pagi, takut jam di Woodlands, but Alhamdulillah, perjalanan kami lancar tapi nak mencari jalan ke Sentosa tu punyalah berbelit-belit.

Akhirnya sampai jugak kami ke sini, itupun orang dah mula ramai dah. Maklumlah cuti CNY masa tu.

We all dah purchase tiket secara online dulu, so just datang and collect tiket for entrance aje, tak payah nak beratur panjang-panjang and bersesak-sesak.

Terpaksa bawa dua stroller, untuk Danish and Ryan. Orang kata kalau bawak budak, better bawak stroller sejauh and luas sangat nak jalan di dalam tu. Tapi rupanya, ada juga disediakan perkhidmatan stroller kat sini. Hmm, lain kali tak mahu bawak stroller la, sewa aje.

Puas tunggu nak bergambar di landmark nie. Punyalah ramai manusia yang nak bergambar di sini. Nak tunggu kosong mamang tak akan dapat punyalah, so main redah ajelah. Lagipun Globe nie memang menjadi tumpuan ramai, sebabnya ianya tak terletak di dalam Universal Studio pun, just di depan USS sahaja. So, sesiapa yang tak nak masuk, nak bergambar dekat globe nie pun dah okay dah.

Memang ramai sangat manusia di dalam nie, cuaca pun agak panas juga. Danish la excited sangat especially bila dapat berjumpa dengan mascot serta bergambar.

Ryan memang sentiasa kami paksa untuk duduk dalam stroller, kalau dilepaskan, maunya jenuh nak mengejar dia.

Ada banyak tempat-tempat menarik di dalam ini, nanti I akan ceritakan one by one yer. But for this moment, nak ingatkan balik our travel matters nie.


7 comments:

  1. Akak still remember masa akak ke sentosa when i was 19 years old.. hee... lama betul tak ke sana...

    ReplyDelete
  2. sonoknyer gi singapore tewww.. ehehe

    ReplyDelete
  3. Kak Yan
    Memang banyak dah perubahan kat sini, cepat sangat

    En_Me
    Syok memang syok, balik KL terus bangkrap

    Wanda
    Best and rasa nak pergi lagi

    ReplyDelete
  4. hi.. blogwalking n find ur blog..
    nice blog n have hensem boys also..
    keep in touch ya"

    dadaaa..

    ReplyDelete
  5. asalam....

    saya ada melihat salah satu family photo tuan/puan..saya ingin propose ke
    client saya untuk tujuan periklanan..
    saya mohon tuan/puan hubungi saya

    D Image Resources
    Ridzuan Yaacob
    010 317 0818

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum..

    Salah satu famali photo tuan/Puan Saya cuba propose ke Client saya untuk tujuan periklanan..Harap Tuan/Puan dapat hubungi saya dengan segera untuk mendapat persetujuan..

    D IMAGE RESOURCES
    RIDZUAN YAACOB 010 317 0818

    ReplyDelete