Nuffnang Ad

Wednesday 29 March 2017

Jogging kasi sihat

Setiap Isnin dan Rabu adalah hari berjogging. Kadang-kadang pukul 630pm dah start berlari keliling padang dah. Kadang sorang-sorang, ada harinya adalah peneman sementara tunggu anak training bola.

Kalau tak berjogging, I akan buat cardio workout aje, normally skipping la dalam 200 skips sehari. Nak buat sampai 1000 belum tahap mampu lagilah.

Skips and buat angkat berat tahap 2kg dululah kasi lengan ni kecik sikit

So kalau start awal, dapatlah lebih kurang 4 km sampai pukul 755 pm kat padang bola tu.

Kalau tak ke padang bola, jogging aje sekitar taman perumahan pun dah cukup bagus untuk 5km

Kadang tu sama berjogging dengan player anak

They all training, I pun training jua tapi tepi padang la

I suka sangat dengar lagu ni. He's my ex student, dari dulu lagi memang minat sangat menyanyi. Alhamdulillah after beberapa lama mencuba, akhirnya berja mengeluarkan single SABAR yang kini dah mula kedengaran di radio. Im very proud of you, Ismail Izzani. I wish you all the best and good luck.

Pelanduk dua serupa

Kebetulan tersama pula fashion me and Neelofa. Cumanya Neelofa kurus while me gemuk sikit..hahahhaha


Tudung kontroversi Nora Danish satu ketika dulu, my boys dah gunakan jacket ni time duduk Adelaide. Betul kata orang, fashion ni sentiasa ada peredarannya.

Monday 27 March 2017

Freetime


Cuti sekolah pun dah habis, esok kembalilah ke sekolah seperti biasa. Bulan April ni nak kena fokuskan pada temasya sukan la pulak. Sekolah Danish akan bersukan on 15 April ni so 2 minggu ni sibuk la membuat persiapan untuk hari sukan. I jarang benarkan Danish gunakan phone, tak nak bg gangguan pada UPSR, tapi unless kalau ada benda yang penting, bolehlah digunakan sekali sekala.

Ajar bersolat sejak dari kecil lagi, Alhamdulillah kalau tak sempat sembahyang bersama satu keluarga, boleh buat solat sendiri dah.

Entah macamana la boleh pulak tersuka makan manggis, padahal tak pernah ajar pun. Mungkin tengok cerita di TV ataupun membaca so keinginan nak tahu macamana rasanya buah manggis tu.

Pantang betul nampak kedai yang menayangkan cerita Upin Ipin, sanggup berhenti nak tengok walhal dah tengok berkali-kali dah di rumah.


Selain novel Melayu, rajin juga autobiography some celebrities juga untuk mengisi masa lapang

Sunday 26 March 2017

Lot 10

Hari Sabtu adalah hari taining bola. Dah berada di padang seawal jam 830am walhal training start pukul 9am. Kalau ada aktiviti di sekolah memang tak pergilah tapi since cuti sekolah ni so bolehlah pergi.

Dah lama tak pergi Lot 10, last pergi tahun lepas, itupun masa I ada company dinner di Parkroyal Hotel so sementara menanti malam, sempat la berjalan-jalan di Lot 10. Jauh beza betul Lot 10 dulu dengan sekarang. Daddy Jack dengan the boys suka sangat la dapat ke sini sebab ada satu level tu kedai sukan semua.

Daddy Jack as usual la, kalau ke Lot 10, sure menyinggah Zara Men mencari baju kerja. Untunglah badan maintain aje, senang nak cari saiz baju yang memang ngam aje.

Now, semua outlet Nike or Adidas dah stop penjualan boot bola. Now TFC yang ambil alih, tapi still boot bola untuk youth size tak dibawa masuk Malaysia, kenalah order from oversea juga. Walaupun Al-Ikhsan ada jual, tapi selalunya dah off season.

Since I buat workout, kenalah juga ambil something untuk jaga my muscle daripada tegangan ataupun menguatkan muscle sikit sebab dah bersenam ni.

Now, we all dah ada port baru kalau nak makan Nasi Arab, di Saba' Restoran, Jelatik. Daddy Jack yang gemar makan nasi arab, I tak berapa sangat makan tapi boleh la juga makan. Bukan tak makan langsung.

Saturday 25 March 2017

Nasi Daun Pisang

Setiap Ahad we all akan ke New Camp, Bandar Utama untuk Air Asia tournament. Selalu game pukul 11am, and pukul 1030am dah kena berada di padang dah untuk warm up semua.

Addicted betul makan nasi daun pisang di The Banana Leaf Restaurant di Centrepoint, Bandar Utama ni, macam teringat-ingat aje.

So far, setakat ini team FCKL U12 dah memang semua perlawanan, seri sekali and esok ada game yang perlu menang untuk tangga yang pertama.

Ada satu game tu agak tegang sikit antara team lawan diantara Coach pihak lawan yang tiba-tiba baran tak tentu hala mengarahkan semua pemainnya keluar padang cos macam tak berpuashati, tapi we all dah leading dah masa tu.

So, balik aje menyinggah la tempat lepak biasa lepas habis game, pekena nasi daun pisang la

One of the soccermom yang begitu komited dengan U12 since we all sama-sama dari U10 lagi. Banyak yang we all organize sama-sama, dari persiapan anak-anak sampailah jamuan potluck tahun lepas. Tahun ni tak tahu apa perancangan cos masing-masing busy sikit especially anak-anak yang UPSR.

Friday 24 March 2017

Leadership training

Tahun ni dapat join leadership training, setiap tahun join cos Pengawas sekolah tahun depan dah masuk sekolah menengah tak perlulah nak join lagi unless dipilih jadi mana-mana school leader juga.

Kali ni ke Bagan Lalang untuk program 3 hari 2 malam. Tahun lepas, tak sempat nak habiskan cos demam, so I kena ambil bawa balik, hopefully kali ni dapat buat sampai habis.

Vest yang dipakai tu dah bukan saiz dah, cepat benar meningginya tapi disebabkan tahun ni last, so guna ajelah mana yang boleh guna. Ryan pun bukannya boleh guna pun saiz yang besar, dia pun badan kecik aje.

Cikgu kerap update di whatsapp group kelas perkembangan aktiviti anak-anak. Nampak seronok masing-masing beraktiviti di sana.

Bangun pagi rajin pulak breakfast, kalau kat rumah jenuh suruh makan.

Cuti-cuti sekolah

Cuti sekolah tak kemana pun, duduk rumah ajelah. So kita masak and makan ajelah. Danish pun busy dengan extra class from Monday till Thursday (830am - 4pm) so kita pun sama jugak la tak bergerak ke mana-mana.

Masa time rajin, kita pun buatlah Laksa Johor, tahu dah remehnya macamana tapi disebabkan teringin nak makan, so kita pun kenalah buat juga.

Breakfast pun simple ajelah, kalau asyik makan roti canai aje, mana nak larat

Makan lunch pun kadang-kadang lauk yang simple aje, tak larat nak masak berat-berat especially bila hari panas berdenting, rasa berkuap duduk lama-lama kat dapur.

Dah lepas masak semua, kasi kemas lemari handbag dan juga baju-baju. Baru tersedar ada beberapa handbags yang basih belum digunakan, pastu terpikir bilalah masa membelinya. Ni masa duduk kat Adelaide ni, asal sale aje gatal membeli.

Kalau dah petang-petang tu, anak-anak pun sibuk tanya petang makan apa? So mencarilah dalam pantry apa yang boleh dibuat untuk minum petang.

Taraaaa, jadilah Kuih Lapis, kegemaran Ryan


Kadang tu, kalau dah bosan makan dirumah, kita pergilah juga makan di luar sekali sekala, kasi dapur berehat juga.

Petang Isnin and Rabu as usual la, training bola di padang sampai pukul 8. I pun ambil kesempatan la berjogging keliling padang.

Kalau Ayah ajak makan luar, barulah dapat join. Selalu tak dapat join sebab hari sekolah.

Kalau Ayah selalu nak ke Hadramawt, Jalan Ampang, makan Nasi Arab

Bangun pagi selalunya sesi mengemas rumah dulu sebelum anak-anak bangun. Kalau dah bangun, mana nak mengemasnya sebab sibuk nak makan memang tak ada masa nak kemas especially living hall.

Sekarang ni I pun terjebak sama kalau pergi mana-mana shopping mall, masuk kedai sukan nak tengok pants and tshirt untuk bersukan.


Kadang kala, kalau rajin berjalan makan la di KLCC, samada di Little Penang, ataupun Madam Kwans. Antara tempat makan yang anak-anak suka makan.

Tak bermakna makan di tempat-tempat mewah aje, sesekali makan di gerai pun best juga. Suka lagi makan masakan Thai di gerai-gerai berbanding makan di restoran cos harga murah and banyak pilihan malahan sedap pulak tu.