Nuffnang Ad

Sunday, 5 March 2017

My Sabtu




My Sabtu sentiasa penuh dengan pelbagai aktiviti, normally selalunya soccer practice la kan. Jarang betul nak dapat time untuk ke pasar tani bila musim bola dah start. Pokok-pokok tanaman pun dah lama tak bertengok dah.

Sebelum mulakan aktiviti, breakfast dululah. The boys selalunya akan makan cereal, then after game baru pg makan breakfast. Eiiii tak laratlah I nak tggu so normally I makan 3 biji telur rebus dululah sebelum pergi, kasi energy sikit, cos kadang-kadang sementara tunggu the boys training, I pusing la padang tu 2-3 kali dulu.

New term ni, banyak pilihan for the kit. Dah ada bermacam item dikeluarkan untuk tahun ini mcm water bottle, gym bag, boot pack even car sticker pun ada juga.

My cousin and my student. Kebetulan satu team and even sama-sama satu sekolah sekarang. 

Dah mulalah kembali membasuh jersi, kasut bola dan stokin sepanjang weekend ni

Tahun ni warna jersi pun dah berubah warna, ala-ala JDT sikit


View setiap minggu macam ni la nampaknya

Kadangkala kalau malam tu macam malas aje nak amsak so ke pasar malam ajelah kita cari makanan. Pasar Malam area rumah I ni setiap Selasa, Khamis dan juga Sabtu. Selalunya kita dah tahu dah menu apa nak makan di pasar malam ni sebab dah selalu pergi memang menu itu ajelah yang kita makan. The boys akan minta corn in the cup salah satu menunya.

Putu piring kadangkala jadi pilihan juga, tapi rasa macam dah tak sama macam dulu, mungkin pakcik and makcik yang dulu buat dah tak larat agaknya so upahlah orang lain untuk ambil alih.

Tau Foo Fah memang sentiasa dalam list

Bakso Minang memang paling legend di Pasar malam ni, dan juga satay minang. Rasa memang agak berbeza dengan dulu tapi bolehlah diterima tekak ni lagi. Abang ni since dari kecik ikut mak dia berniaga, now dia yang ambil alih.

1 comment:

  1. Tak pernah rasa lagi bakso mahupun satay minang

    ReplyDelete