Nuffnang Ad

Saturday 4 March 2017

Home cooking

Dah lama tak update menu masak-masak kat blog, selalu upload kat IG dan juga FB sahaja. Selalu masak-masak ni rajin time cuti sekolah ajelah, bila dah kerja macam malas aje. Program eat clean masih berjalan macam biasa, adakalanya terbabas juga. Nak kasi hipster sikit, breakfast pagi dengan whole wheat bread, scrambled egg dan juga ulam pegaga, cool giler, kan.

Kadang-kadang menu eat clean cukuplah sekadar nasi sejemput, ulam pegaga dan timun serta ikan sardin bakar. beberapa kali dah makan ikan sardin bakar, isinya lemak la. Pastu ada pula sambal belacan, memang best la.

Sesekali keluar membeli barang nak masak di kedai mamak, semua nampak best especially ikan selar yang baru sampai di kedai. Bila mamak tu masuk aje dalam fridge, nampak fresh sangat.

Hasil dari belian di kedai mamak diatas, maka jadialh 2 menu yang berbeza. Anak-anak nak makan mee bandung while me and Kak Tutik nak makan nasi aje, so nak memuaskan hati semua kita masak2-2 sekali.

Masih setia dengan ikan sardin bakar, kali ni sekali juga dengan ikan kembung singgang

Sometimes breakfast dengan hanya 2 biji telur dan juga green apples

Terjumpa pula ikan makarel segar kat Hero Supermarket di area rumah ni, bungkus semua yang ada di tempat ikan, so bawak balik dah terbayang dah ikan bakar aje.

Asyik makan aje kan, sesekali kenalah rajin mengemas almari-almari. Banyak betul barang-barang yang macam tak digunakan lagi esp handbag. Masa beli tak ingat dunia, pastu samada tak pakai ataupun lupa ada beli.

Dah beberapa hari makan ikan bakar, so dah agak bosan so kita makanlah ikan asam rebus pulak

Kadang tu kalau malas makan nasi, makan ajelah buah-buahan. Now, sangat suka giler-giler makan buah dragonfruit ni. Dulu tak pandang sangat pun, now pantang jumpa aje sure nak beli.

No comments:

Post a Comment