Nuffnang Ad

Thursday 23 March 2017

Masakan Kelantan

Pernah pergi makan nasi ayam penyet di area Gombak, tapi entah macamana rasa teringin pula nak makan nasi ayam penyet di Kampung Jawa, Klang. Pernah pergi situ dengan ex officemate, sedapnya walaupun baru pertama kali mencubanya.

Cuti-cuti ni main game terhad hanya satu jam sahaja, lepas tu tutup and buat kerja rumah pulak.

Dah lama teringin nak buat nasi kerabu, tapi macam tak diberikan kekuatan pulak. So, cuti-cuti ni rajin la membuat nasi kerabu. Ini first time nak buat sendiri, selalu main beli kat kedai aje.

Buat solok lada sekali, from scratch, okay. Isi ikan kena perisikan satu satu, then, gaulkan dengan kelapa, memang rasa sangat leceh.

Dah siap dah my own version of Nasi Kerabu, puhhhh berpeluh juga nak menyiapkan semuanya sekali. Dah rasa betapa seksanya nak menyediakan nasi kerabu ni, so lepas ni tak tahulah bila lagi nak menyediakannya. Beli kat kedai lagi senang.

Since ada isi ikan lebih, gatal pulak pergi buat Laksam and Laksa Pahang pulak. Gigih betul. Apa pun satu experience yang baru dalam menyediakan nasi kerabu dengan laksam ni, kerja yang mencabar adalah mengasingkan tulang ikan dengan isinya. Itu memang mencabar minda betul.

No comments:

Post a Comment