Nuffnang Ad

Monday 6 March 2017

Cuti CNY

Dah habis pun CNY, baru terhegeh-hegeh nak bukak cerita psl cuti CNY. Cuti lama, tapi we all mmg tak ada buat atau cuti ke mana-mana pun, lepak rumah ajelah.  Tapi ada sekali tu cam teringinnya nak pg IKEA. Sekali bila datang, ehh apsal lengang semacam aje IKEA ni? First time parking masih lagi penuh walaupun dah pukul 930am.

Kita sampai terus la menuju ke cafe dulu, kasi perut kenyang dulu then baru boleh berjalan dengan tenang.

Patutlah beria Daddy Jack ajak kita pergi IKEA, rupanya rak Lego dia ada sale rupanya. Dia dok belek malam-malam ini lah dianya.

Lama dah tak pakai Clarins, dulu rajin jugalah pergi facial semua, nanti-nanti nak berfacial balik lah

Terjebak pula dengan Didi & Friends ni

Dah ada almari Lego, so koleksi Lego kenalah bertambah juga nampak gayanya. Bila masuk kedai Lego ni, mak jauh ditinggalkan sebab masing-masing nak tengok koleksi lego masing-masing.

Balik baru menyinggah Restoran Sari Ratu untuk makan nasi padang, selera anak-anak. Layankan ajelah permintaan mereka yang nak makan Sari Ratu.

Kalau di Sari Ratu, sure akan order Es Teler ni, lebih kurang macam ABC kita jugalah cumanya mereka letk advocado, nangka sikit and pelbagai condiments lagilah. Sejuk and nyaman tekak bila makan time cuaca panas-panas.

No comments:

Post a Comment