Nuffnang Ad

Wednesday 22 March 2017

First tournament 2017


Bermulalah kembali bergerak ke sana kemari untuk tournament bola untuk Danish. Ryan masih lagi dalam development, setiap Sabtu and Ahad perlu datang training. As for Elite Team, tahun latihan dibuat setiap Isnin, Rabu dan juga Sabtu tapi since Danish busy dengan extra class, so hari Sabtu tu jarang la datang.

Since McD dekat aje sebelah padang, kadang datang breakfast dulu kat sini sementara menanti Ryan habis training.

Selalu Daddy Jack yang rajin menyiapkan semua kelengkapan the boys nak pergi training. Boot, stokin, towel semua lengkap masuk beg. Pagi tu, masuk kereta, dah settle semua, jangan ada yang tertinggal.

Ahad selalunya hari game. Now dah bermulanya Air Asia Cup 2017, ada beberapa game lagi untuk kelayakan ke peringkat semi.


Tahun ni, teammates agak meriah sikit, dah ramai tak macam tahun lepas yang agak kurang and semua pemain kena all out main sebab tak berapa nak cukup orang.


Kemenangan pertama 3-1 disambut dengan kegembiraan bersama Coach Azizi. Ni kali kedua bersama Coach, baik orangnya. Ada masa garang, tapi diluar padang friendly orangnya.


Lepas game memang kelaparan masing-masing so menuju la kita ke Kantin Asam Pedas di Ukay Perdana, lama tak lepak sini.


Sementara menunggu makanan, main game dulu bersama geng bola.


Sedapnya asam pedas, boleh hirup aje kuahnya. Kalau lebih bawa balik, cicah roti canai, memang marvellous.

No comments:

Post a Comment