Nuffnang Ad

Wednesday 30 April 2014

The Spring Cup tournament

Season baru bermula, dimulai dengan The Spring Cup tournament. At first, memang la dua beradik tu akan join the tournament tapi disebabkan last minutes Danish tak sihat so hanya Ryan aje yang mewakili team hijaunya.

Ryan merupakan yang paling junior sekali, baru 6 tahun padahal yang lain tu ada yang 7-8 tahun dah.

Daddy Jack yang menemankan Ryan main bola di padang, I temankan Danish di rumah aje. So Daddy Jacklah yang ambilkan gambar-gambar ni semua. Dah 2 kali game, barulah perut terasa lapar.

 Padang agak lecak sikit sebabnya pagi tu hujan agak lebat juga.

 With Kyle yang sama team Elite dengan Danish.



Tak pasti tempat keberapa team Green Dragon ni, but semua yang menang atau yang kalah tetap dapat medal.

Tuesday 29 April 2014

Happy 40th Anniversary !!

 Dah lama tak celebrate any special occasions bersama keluarga tercinta, maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan juga keluarga sendiri. So bila nak berkumpul tu kena buat appoinment awal-awal sikit. Yang terbaru kita berkumpul anak beranak semua masa sambut anniversary Ayah dan Ibu yang ke 40 tahun di Seri Pacific Hotel, KL. Plan asalnya nak sambut di Atmosphere, KL Tower tapi tempat tu dah fully booked so kesinilah tempat we all berhigh tea.


Cake pun tak beli yang besar, nanti tak habis so dapat complimentary cake from the bakery.

 Happy 40th Anniversary to Ayah dan Ibu !!!!

As always la, cucu-cucu la sibuk nak tiup lilin apa bagai

Lagi-lagi si kerinting ni hah, dia pun sama sibuk nak tolong potongkan kek tu.

Makanan memang banyak, ada pelbagai jenis makanan, dari nasi, mee, kuih muih, cakes serta macam-macam lagilah sampai rambang mata nak memilih yang mana satu yang berkenan di mata...tapi rasanya semuanya berkenan kut.

Sementara menunggu kereta, sempat lagi tu Kak Jah buat posing maut di lobby

Kononnya berpuasa selama sebulan tak pergi ke KLCC tapi lepas aje majlis makan sempena Anniversary Ayah ajak semua jalan-jalan ke KLCC pulak, so nak tak nak terpaksalah melawat juga kawasan yang dah lama ditinggalkan ini.
Hmm kalau dengan Daddy Jack, haruslah melawat kedai-kedia sukan dulu sambil nak cuci mata katanya nak tengok jersey bola sempena World Cup nanti.

Dari bapa sampailah ke anak memang tak boleh nak lari dari barangan sukan. Dah tahu dah ada boot Messi yang baru keluar memang mencari setiap sudut kedai sukan di KLCC, akhirnya jumpa di Parkson. Haishh, yang ada banyak kat rumah tu tak tahu mana nak letak.


Tuesday 22 April 2014

Audi 2nd birthday

Just a mini celebration for Audi yang menyambut birthday yang kedua di Pizza Hut, Wangsa Maju. Tetamu undangan pun dikalangan ahli keluarga terdekat sahaja.

 Dah 2 tahun si kenit ni pada 1 April 2014 yang lepas, dah ada adik dah pun

 Seronok la muka kerinting dapat makan pizza


Ni pun ada keluarga yang tak dapat datang, dari Nilai, maklumlah majlis ni dibuat diwaktu hari biasa so tak dapatlah family Ucik turut serta. Lain kali lah yer

Sunday 20 April 2014

The GA vs TTDI

Hari Ahad adalah hari menemankan anak for his soccer tournament. Keluar seawal pukul 730 pagi untuk sampai ke area Subang untuk breakfast dulu sebelum game start at 8 pagi. Dah beberapa kali dah lawan, so kali ni lawan dengan team from TTDI pula.

Dah rasa macam musim bunga di Adelaide pula bila pokok bunga ni sebegini rupa

Ramailah pulak team TTDI ni menghantar pemain-pemainnya, so Coach kena pandailah bagi peluang kesemua untuk bermain.

Nampak budak comel ini, tinggi semangatnya untuk bermain bola walaupun ciri fizikalnya agak besar berbanding dengan yang lain tapi beliau tetap semangat dan berlari mengejar bola.

Bagus juga dia terlibat dalam aktiviti sukan at least taklah duduk rumah without nothing to do kan. I tengok sekarang ni ramai parents yang dah start hantar anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan mcm bolasepak, badminton, tenis serta karate. I memang setuju if ada parents yang bertindak begini, at least anak-anak mereka taklah terperuk dalam rumah melayan TV, Ipad gan juga video game.

Tak kiralah apa jenis sukan pun ianya bagus untuk menjana minda anak-anak. I pun bukannya nak latih Danish and Ryan untuk menjadi seorang professional, cukuplah mereka dapat melakukan aktiviti sukan seminggu sekali after bergelumang dengan buku-buku sekolah, homeworks semua bila hari sekolah. Mujurlah sekolah mereka sekarang ni jarang nak bagi homeworks, kalau ada pun hanya satu kerja yang perlu disiapkan dirumah, lain semua buat disekolah.

Thursday 17 April 2014

Sunway Lagoon Part 02

Dah habis sessi membasahkan diri so kita pergi ke tempat-tempah menambah ilmu pengetahuan pulak, ke Wildlife Park. So kat sini kita belajar ler serba sikit hal-hal haiwan pulak.


Walaupun Wildlife Park ini tak sehebat Zoo Negara tapi tidaklah mengecewakan the boys. Dengan adanya berbagai-bagai jenis species haiwan so best la juga untuk mengenal beberapa species haiwan.


 Ada juga disediakan sesi bermesra bersama-sama haiwan. 

 Antara binatang yang ada pada sesi kali ini dalah Sue the Parrot

Then binatang ni, tak pasti apa jenisnya tapi lepas pegang jgn ler cium bau tangan sebab busuk

Ni yang I dengan Daddy Jack tak sanggup nak dekat, so Danish ajelah yang berani usik, we all duduk jauh ajelah.


Cuaca pun agak tidak mengizinkan untuk duduk dalam ni lama-lama sebab dah start hujan and kilat so cepat-cepat ahbiskan beberapa lawatan lagi.





So dah settle sesi lawatan melihat haiwan di Wildlife Park then seterusnya menuju ke kids playland sebelum keluar dari Sunway Lagoon ini.





Hanya mereka aje yang beria-ia nak naik this ride, I tunggu kat bawah ajelah sambil ambilkan gambar.

Semasa nak keluar, terserempak pulaklah dengan character untuk rumah hantu ni, nak masuk tapi tengokkan barisan yang panjang so terpaksa melupakan kejap hasrat itu, lain kali kita datang lagi.