We all ni nama aje penduduk tetap KL tapi jarang nak habiskan masa di sekitar KL, balik-balik berkampung di KLCC aje. Sesekali nak jugaklah bawa the boys berjalan-jalan sekitar beberapa tempat menarik di Klang Valley. Antara tempat lawatan utama adalah Sunway Lagoon.
Last I pergi Sunway Lagoon ni entah bila, so sekarang ni dah macam-macam perubahan yang ada. Antaranya jambatan gantung ni. Adoi la, anak-anak sangat excited nak naik tapi maknya kecut sebab gayat yang melampau.
Eiii, ada masanya si kerinting ni nak pulak berenti kejap sambil nak tunjuk mcm-mcm, ada skali tu nak suruh ambilkan gambar pulak. Sebu perut emaknya menahan gayat tu.
Dah jenuh bergayat apa bagai, semua nak bermandi manda. I memang tak kuasa nak berbasah-basah ni, malas nak bersalin baju semua so hanya memerhatikan sahaja dari jauh while Daddy Jack yang menemakan anak-anaknya.
Seronoklah dapat bermain dengan water slide
Si kerinting ni mula-mula takut, tapi lama-lama dia pulak yang naik hantu
Berani pun turut sendiri, kalau tak dia nak suruh Danish yang temankan
Mandilah sepuas-puasnya, rumah pun dah dekat sebulan air kena catu sampai rimas dibuatnya.
Mujurlah ada Burger King so bolehlah berehat and makan di tempat yang ada aircond ni. Actually banyak aje tempat-tempat menjual makanan dalam ni tapi we all prefer makan di tempat yang we all biasa makan.
Cantik sand castle yang dipamerkan disini
Danish la sibuk nak masuk dalam ni tengok show 5D, puas diajaknya semua masuk sekali dalam tu. Beratur pun lama cos ramai yang menunggu nak masuk. I yang kononnya taknak basah udahnya lenjun jugak berada dalam ni. Dahlah tak bawak baju spare, so berlembab la guna baju basah tu untuk ke sana sini. Mujurlah cuaca pun agak panas juga di dalam tu so sekejap aje dah kering. Nantikan episod ke 2 pulak yer.
No comments:
Post a Comment