Nuffnang Ad

Sunday, 20 April 2014

The GA vs TTDI

Hari Ahad adalah hari menemankan anak for his soccer tournament. Keluar seawal pukul 730 pagi untuk sampai ke area Subang untuk breakfast dulu sebelum game start at 8 pagi. Dah beberapa kali dah lawan, so kali ni lawan dengan team from TTDI pula.

Dah rasa macam musim bunga di Adelaide pula bila pokok bunga ni sebegini rupa

Ramailah pulak team TTDI ni menghantar pemain-pemainnya, so Coach kena pandailah bagi peluang kesemua untuk bermain.

Nampak budak comel ini, tinggi semangatnya untuk bermain bola walaupun ciri fizikalnya agak besar berbanding dengan yang lain tapi beliau tetap semangat dan berlari mengejar bola.

Bagus juga dia terlibat dalam aktiviti sukan at least taklah duduk rumah without nothing to do kan. I tengok sekarang ni ramai parents yang dah start hantar anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan mcm bolasepak, badminton, tenis serta karate. I memang setuju if ada parents yang bertindak begini, at least anak-anak mereka taklah terperuk dalam rumah melayan TV, Ipad gan juga video game.

Tak kiralah apa jenis sukan pun ianya bagus untuk menjana minda anak-anak. I pun bukannya nak latih Danish and Ryan untuk menjadi seorang professional, cukuplah mereka dapat melakukan aktiviti sukan seminggu sekali after bergelumang dengan buku-buku sekolah, homeworks semua bila hari sekolah. Mujurlah sekolah mereka sekarang ni jarang nak bagi homeworks, kalau ada pun hanya satu kerja yang perlu disiapkan dirumah, lain semua buat disekolah.

2 comments:

  1. Betul, budk skrg sibuk nga elektronik.
    mak ayah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali bagi mereka bersosial ada bagusnya jugak

      Delete