Nuffnang Ad

Saturday 30 October 2010

Berjaga-jaga

Im having trouble with my electric stove, bukannya rosak tapi the knob tu sering menyebabkan I perlu berwaspada. Ianya senang dicapai oleh tangan si budak kenit, kadang-kadang tak sedar die akan pulas..and since rumah I nie pakai electric stove, so bila knob tu dipulas, automatically, ianya akan on. It's quite dangerous...manalah tahu, kalau-kalau I di depan, tgk TV, Ryan the Lion main di dapur dengan knob nie..tahu-tahu dah berasap rumah..lagi takut, kalau kita keluar rumah tanpa realise that the knob is on...

Daddy Jack told me that he pernah bumped into some kind of stove protection, tapi he tak ingat kat mana. I told him, maybe somewhere in DIY shop, or Kmart kat belakang rumah tu, but after a while, cari-cari di tempat DIY pun tak pernah jumpa. Until we all terjumpa jugak la stove cover nie at Big W so, sekarang, tak perlu risau lagi.

So, nielah cara pemasangannya. I still can turn on the knob, cuma I kena open the see thru protection which is the kids can't open because ada macam protection kat situ. And lately, di Adelaide, ada 2 kebakaran yang menyebabkan kematian, semuanya berpunca di dapur. Lets make our home as safe as we can, will ya?

Thursday 28 October 2010

Khas buat Ika

Salam Ika...walaupun Ika tak boleh membaca entry nie tapi Kakak rasa nak tulis jugak, untuk kepuasan diri sendiri.

Masih terbayang-bayang di mata Kakak bila kali pertama menjemput Ika di agensi, kira-kira setahun yang lepas. Ika hanya datang dengan satu beg galas, memakai skirt labuh yang meleret-leret, T-shirt dan juga tudung Indon yang beropol-ropol. Memang dah tahu, itu mmg trademark Indon. Masa Cik Puan Agen memberikan kata-kata amanatnya, masih terngiang-ngiang di telinga Kakak, suara Ika yang sayup-sayup mengatakan tak ada saudara mara di sini, and datang kerja untuk menyara keluarga di kampung dan macam-macam lagi ler.

Ika pernah bekerja untuk satu keluarga si Kuantan sampailah Januari 2009, dan balik ke kampung Ika semula. Setelah 2 bulan berasa di kampung, Ika tak betah duduk kampung, lalu ingin kembali bekerja di Malaysia tetapi dengan majikan yang lain pula. Kakak pula diperkenalkan dengan agen oleh sepupu kakak yang telahpun mengambil maid dari agen yang sama...so far, maidnya kerja dengan baik, dan itu membuatkan Kakak merasakan agen ini seorang yang berpengalaman. Setelak Kakak memberikan segala requirements kepada agen, akhirnya beberapa senarai pendek telahpun diberikan kepada Kakak. Entah kenapa, Kakak macam dah suka dengan profil Ika..even agen pun kata Ika nie bagus, tak ada masalah dengan previous majikan. Kakak pun called majikan lama, and they all cakap, mereka sayang sangat dengan Ika..sedih bila Ika nak balik. So, after berbincang dengan Daddy Jack, maka Ika menjadi pilhan kami. Ingatkan proses pengambilan Ika berjalan dengan lancar, tapi rupanya tidak....ianya terlalu rumit.

Pihak agen tak perasan pekeliling yang dikeluarkan oleh Imigresen bahawasanya pembantu rumah yang telah pulang, tidak boleh memasuki Malaysia selama 6 bulan..and Ika baru 3 bulan sahaja...and Kakak pun menggunakan apa juga cara untuk proses ini berjalan dengan lancar. Kakak sanggup gunakan pa acara sekalipun termasuklah menggunakan kawan Ayah untuk mempercepatkan proses kemasukan Ika nie. Akhirnya, Ika berjaya dibawa masuk dengan cara yang betul pada 30 April 2009.

Sepanjang Ika dengan Kakak, tak pernah pun Ika didera dari segi fizikal dan juga mental. Ika dilayan lebih kurang macam saudara sendiri, apa yang kami makan, Ika pun makan sama, malahan kalau makan diluar, Ika order lebih dari apa yang kami order eg Kakak order Iced Lemon Tea. Ika order Soursop Iced Blended, Kakak makan Mee Hailam, Ika makan Mixed Grilled,,tapi Kakak tak kisah, Kakak fkir, Ika penat tolong tgkkan the boys, so makan lebih dari majikan pun tak kisah, or maybe nak cuba merasa, kan.

Daddy Jack pulak tak begitu berkenan dengan cara pemakaian Ika, lalu diajaknya Ika pi beli baju-baju yang baru. Kakak masih ingat lagi, waktu mula-mula sampai, Kakak bawak Ika pi JJ AU2...bila sampai aje kat Women's Dept, Kakak pun cakap kat Ika..Ika pi la pilih baju untuk Ika..lama jugak Ika pilih..Kakak and Bapak duk melayan the boys kat bahagian toys, udahnya Ika datang kat we all dengan selonggok baju yang macam-macam fesyen...sekali bayar..nak hambik ko...RM400++++..Ada kami kesah..no !!!!! just bayar aje. Begitu juga dengan time raya, kami tak lupakan persiapan raya untuk Ika. Kakak pun, kalau pi mana-mana sure akan membeli something untuk Ika juga, bila memikirkan Ika melayan kami dengan baik.

Ika cakap dengan agen, Ika tak ada saudara mara di sini, tetiba Ika cakap dengan Kakak, nak pi tgk kakak Ika sebab mak Ika suruh..Kakak pun bagi ler..Daddy Jack pun okay. Agen cakap no handphone at all, tapi kami kesiankan Ika nak called kampung, kami bagi senyap-senyap tanpa pengetahuan agen, tapi rupanya kebaikan kami itu, Ika salahgunakan. Ika ambik kesempatan atas segala kebaikan kami.

Tapi kenapa Ika buat kami macam nie..Ika tipu and bohong kami...Ika balik Indon kata bapak sakit, dah nak mati dan Ika akan balik after sebulan di sana, dah beli tiket balik Malaysia...tapi rupanya tidak !!! Ika balik bukannya sebab bapak sakit, tapi Ika balik untuk kahwin dengan pacar Ika yang Ika jumpa di sini..Puas Ibu tunggu Ika balik pada tarikh yang sepatutnya Ika balik, semua orang risau sebabnya takut apa-apa yang terjadi pada Ika. Ika tak hantar khabar berita pun pada kami mengatakan Ika dah selamat tiba di Indon. Bila Ika tak balik, kakak pun risau juga sebabnya Ika masih di bawah nama Kakak, so taknak la ada apa-apa yang buruk berlaku, kakak pun telefon agen tanyakan contact no Ika di kampung. Bila agen tahu Ika balik tanpa pengetahuan agen, Kakak kena marah psl tak inform agen..Kakak cakaplah Ika balik sebab bapak sakit mcm nak mati sangat dah. So, agen bagi la contact no Ika di kampung and Kakak dan juga keluarga di Malaysia called bagai nak rak, tapi tak berjawab..udahnya bila agen called, barulah we all tahu kisah sebenarnya. Pelik, kan..bila kami called tak angkat, tapi agen called laju aje bagi feedback.

Dari agen kami tahu perkara sebenarnya bila agen cakap Ika mmg nak balik, tapi Kakak kena belikan tiket balik and bagi Ika cuti..kakak tanya agen, bukan ker Ika memang beli tiket pergi balik, and nak cuti apa pulak...masa tu barulah tahu yang Ika nie dah kahwin. Ika nak cuti sebabnya nak cuti untuk bersama suami yang bekerja di Malaysia. Mulanya kami macam nak bagi peluang kat Ika balik, sebabnya kami tak tahu perkara sebenarnya, maybe pikir, keluarga Ika dah erancang psl perkahwinan Ika and buat cerita bapak sakit, suruh Ika balik, tapi bila kami dapat cakap dengan Ika sendiri, baru tahu yang selama ini Ika bohong kami..Ayah Ika tak sakit..Ika tak beli tiket pergi balik...sampai hati Ika..semoga Allah SWT akan membalas segala perbuatan Ika.

Bila kakak dapat tahu, sedih bila Ika buat macam nie..sampaikan Kakak macam berdoa, Ika tipu kata bapak sakit, kakak doakan bapak Ika betul-betul sakit..sampai mcm tu sekali. Tapi Kakak redha dan bersyukur sangat-sangat..kejadian ini berlaku waktu Kakak menjaga the Boys, kalaulah kejadian ini berlaku waktu Kakak di Malaysia, mmg haru biru dibuatnya..lebur RM8,000 harga untuk mengambil Ika dan juga RM500 untuk memperbaharui permit pekerjaan Ika..dan udahnya, majikan pulak yang kena membayar RM250 bila mengisi borang maid lari di Imigresen.

Bilalah penderitaan majikan yang mengambil maid Indon ini akan berakhir yer..banyak kali kes bohong, tipu, berpura-pura, mencuri, dan macam-macam kes lagi, tapi kita masih akur dengan mereka.


Tuesday 26 October 2010

Heavy Breakfast

Our heavy breakfast on Saturday sebabnya Daddy Jack nak ajak kemas rumah, so tengahari nanti tak perlulah msak lagi. The boys sibuk nak makan Fish & Chips.

Daddy Jack pulak tak kisah, apa-apa pun boleh, so I buatkan a big breakfast for him, sausages, baked bean and omelette.

Udahnya, the boys tak habiskan pun the Fish & Chips, and I yang terpaksa tolong habiskan pulak.

Morning talk and visualize

Normally on Tuesday, Danish will have his morning talk but today is school off day sebabnya cikgu kena pi kursus so no morning talk. This is his morning talk untuk Selasa lepas.

Danish kena bercakap pasal air..dari mana datangnya air. Balik sekolah aje, terus die tunjukkan kertas kecik tu, and the teacher suruh bawak gambar and buku psl air..alamak, mana nak cari nie..buku kartun banyak ler kat rumah nie. so mintak tolong Daddy Jack carikan gambar from internet and printkan sekali.

Tapi, bila pikir-pikir balik, susah pulak Danish nak menerangkan melalui gambar nie. Well, after a few discussion, we decided he will have his own picture...by drawing himself. Malu ler, mak pak ambik art & design...nak ajar anak melukis pun tak tahu..heheheheh.

Daddy Jack guided him along the way. Ryan the Lion pun sama jugak sibuknya..orang pegang colour, die pun nak pegang jugak, udahnya bersepah-sepah colour dibuatnya,

Sambil tu, mulutnya dok menghafal ler benda-benda yang nak diterangkan dalam kelas tu. Nie pun berapa kali jugaklah tersalah-salah...Daddy Jack dah dok risau, boleh ker Danish nak present nanti.

Hasil kreativiti "Where do water come from?" by Danish Imran. We all berpuas hati dengan gambaran and juga penerangan yang diberikan. Visual like this is more mudah and simple for kids, berbanding dengan image from the internet or books.

Monday 25 October 2010

Sorry, will be okay later

Tak sempat nak update for today...Mr Rocco datang nak pasang kipas seperti yang dijanjikan. Maklumlah, summer is coming, lagipun memang die dah janji masa we all masuk rumah dulu, die nak pasangkan kipas. La nie, tengah tunggu la die pasang dah berjam-jam dok tunggu nie....

Sunday 24 October 2010

Swimming lesson

Minggu depan, Danish will start his first swimming lesson. Mamat tu punyalah excitednya. So, maybe nak pi cari barang-barang swimming like, googles and some nice towel and shirt. Swimming suit dah bawa from Malaysia, tapi tak tahu la muat lagi ker tak..kalau tak, nak kena pi cari lain pulak.

Saturday 23 October 2010

Cepat dan mudah

Masa mula-mula sampai, bila pi beli barang-barang dapur, selalu tak jumpa barang-barang yang 3 in 1..baik minuman ataupun makanan. The Aussie nie begitu mementingkan the quality of the foods, memang tak ada langsung makanan yang segera nie, not even mee segera yer.

Alih-alih ternampaklah benda alah nie, pancake mixture. Nak kata 3 in 1 hampir sama jugaklah konsep die. Danish since from Malaysia memang suka makan pancake, tapi style di Malaysia kan dalam kotak, so kena bancuh ikut sukatan, kalau ada lebih, kena masukkan dalam bekas lain. So, nampak pancake batter nie macam senang sikit, just letakkan air dalam botol, then kocakkan die, just pour dalam hot pan, and sedia untuk dimakan.

Nie ler hasilnya from the pancake batter tadi..so kalau tak habis pakai, just masukkan dalam fridge and kena gunakan jgn lebih from seminggu.

Nie I jumpa waktu bulan puasa hari tu. Entah macamana terperasan pulak nasi segera nie. Since we all kan tak berbuka puasa dengan nasi, so nak masak nasi untuk berdua tu mcm malas sangat, so cuba jugaklah makan nasi segera nie. Senang aje, just masukkan dalam microwave untuk 2 minit and semuanya sudah sedia untuk dimakan.

Ni lah hasilnya nasi segera tadi..Black pepper rice, rasanya sungguh tak sedap, masak sendiri lagi sedap.

Nie la yang paling I suka...hot chocolate maker..from Cadbury tu tu..so silky and smooth tau. Even my sister sungguh jealous dengan I pasal band alah nie. Tak apa, I lama lagi kat sini, nanti I belikan untuk die satu.

Friday 22 October 2010

Dah namanya orang Melayu


Kita nie orang Melayu, so tak kiralah anak orang kaya, miskin, ataupun yang namanya Melayu ada binti atau bin tapi kehidupan tak serupa Melayu, janganlah lupa asal usul kita..huahahau..tengok macam I nie..walaupun duduk jauh beribu-ribu batu tekak nie mesti nak makan masakan tradisi orang Melayu..sambal belacan. Tambah selera pulak dengan ikan gelama masin, makan dengan nasi putih pun dah bertambah-tambah.

Ini lagi ler membangkitkan my selera..sambal petai. Memang sedap, siap meratah-ratah lagi petai tu yer and Daddy Jack hanya mampu menggelengkan kepala melihatkan kerenah isterinya mengunyah petai itu. Walaupun hanya petai dalam tin, tapi ada juga merasa makan petai di Adelaide ini.

Capati pun sedap gak

I never tried capati before, paling suka pun makan tosai aje. Even puree pun tak pernah nak cuba makan, tapi kat sini terasa sedap pulak capatinya. Dulu pernah beli yang frozen punya, bila nak makan, masak then rasa ranggup, so tak berapa nak suka. Entah macamana terjumpa yang tak beku, tak payah simpan dalam fridge, once dah buka baru kena masuk frigde.

Bila nak masak tu, just sapukan butter on both side of the capati, and marvellous sungguh rasanya. Ditambah pulak makan dengan kari, memang terangkat. Hmmm..rindu dengan teh tarik...pernah buat, tapi tak sama la dengan mamak punya.


Thursday 21 October 2010

Majlis aqiqah newborn

Sabtu lepas dapat jemputan from Dr Nita ke majlis aqiqah her newborn baby boy. Kali nie she so excited sebab dapat baby boy after 3 girls..Syukur, Alhamdulillah. Mulanya, Dr Nita rancang nak buat majlis di Bonython Park, venue masa we all sambut hari raya hari tu, tapi disebabkan cuaca yang agak berangin dan hujan, so terpaksa dibuat di rumahnya yang cantik tu.

Tuan rumah menyediakan nasi beriyani yang sangat sedap, hasil pertolongan kawan-kawan Kak Nita. Memang sedap sangat, makanan lain pun ada jugak like dessert section and kuih muih.

As usual, geng-geng wanita duduk berkumpul di dalam rumah ler..sejuk and selesa nak berbual-bual mesra.

Geng lelaki pulak lebih selesa duduk bersembang and melepak di luar rumah. Boleh juga sesekali menengokkan anak-anak yang main di luar tu.

This is Kak Nita's bundle of joy..baby Ibrahim. He's sharing the same birthday as Daddy Jack. 31/08/2010. Another anak merdeka....

As for the kids, pasang TV, channel kartun and that is..melepak la they all dengan kawan-kawan yang lain.

Seronok dapat kumpul ramai-ramai macam nie, macam-macam cerita yang keluar..dan yang paling sedih bila ada juga yang akan meninggalkan bumi Adelaide nie untuk pulang kembali berkhidmat dengan uni masing-masing. Masa 3 tahun mereka telahpun berakhir, masa untuk bersantai, makan-makan juga telah berakhir, yang menggu adalah tugasan sebagai seorang pensyarah yang akan menunggu.

Me and my Adelaide's gang. Dr Nita yang bertudung biru tu. Her confiment dah habis dah buat die akan masuk kerja balik this February. Kiranya cuti jaga anak kalau di Malaysia from 60 hari telahpun dinaikkan selama 90 hari tapi di sini, cuti bersalin diberikan selama 6 bulan yer, bergaji lagi. Macamana ? nak lawan tak?

Wednesday 20 October 2010

Spring Cleaning

Sekarang di Adelaide tengah musim spring and berpadanan dengan itu majlis perbandaran sini mengadakan satu kutipan sampah yang besar we called it hard rubbish collection. selama 1 minggu so, boleh buang apa sahaja like perabut, carpet dll., nanti ada lori datang ambik and bawa ke tempat pelupusan. I pun tak pernah nak tahu kat mana nak buang barang-barang yang macam perabut nie semua. Kalau I nak buang barang normally hantar aje kat Salvos.

Tapi rupanya konsep kat sini, kalau kiter nak buang barang, just letakkan kat tepi jalan, and akan ada org yang akan mengutipnya dan orang tu bukanlah dari majlis perbandaran, tapi orang public, mana-mana yang berminat. Tengok nie, sampaikan ada yang buang dapur gas tu.

TV, printer, tilam jangan cakaplah, memang banyak orang tinggalkan tepi jalan. Kepada sesiapa yang berminat tu, ambik ajelah. Kiranya kalau yang dah letakkan di tepi jalan tu, memang boleh ambik tanpa beritahu tuan rumah.

Tengok la nie, siap terpaksa pakai treler lagi untuk mengutip segala mak nenek barang. Tapi I rasa orang nie kutip sebabnya maybe die nak jual kar scrap kut. Sini botol and tin boleh dijual, besi-besi buruk pun boleh jual, but not paper. Patutlah suratkhabar atau paper material orang tak pandang kat sini. Bila mcm nie, teringat suasana di Malaysia...esp bab-bab besi nie, siap kena curi lagi, tak kiralah apa jenis besi sampaikam mesin tutup longkang pun orang curi jugak. itu belum kes rumah tinggal pergi bercuti, silap-silap pagar rumah pun hilang. Rumah abang Daddy Jack masa raya hari tu pun kena kebas kompressor aircond rumah..dah kena beli set aircond baru. Even rumah Ibu pun pernah kena curi periuk after we all buat kenduri, then tinggalkan kat belakang rumah, esoknya tgk, dah lesap. Dahlah mencuri, pastu makan duit haram pulak..sini asal dibuang tepi jalan, kira halal la. Malaysia pulak, anak pun dibuang tepi jalan, sedih bila baca cerita kes buang anak tepi jalan, longkang, bawah jambatan dll..nyawa manusa macam tak ada harga..kesian anak yang tak berdosa.