Nuffnang Ad

Wednesday, 20 October 2010

Spring Cleaning

Sekarang di Adelaide tengah musim spring and berpadanan dengan itu majlis perbandaran sini mengadakan satu kutipan sampah yang besar we called it hard rubbish collection. selama 1 minggu so, boleh buang apa sahaja like perabut, carpet dll., nanti ada lori datang ambik and bawa ke tempat pelupusan. I pun tak pernah nak tahu kat mana nak buang barang-barang yang macam perabut nie semua. Kalau I nak buang barang normally hantar aje kat Salvos.

Tapi rupanya konsep kat sini, kalau kiter nak buang barang, just letakkan kat tepi jalan, and akan ada org yang akan mengutipnya dan orang tu bukanlah dari majlis perbandaran, tapi orang public, mana-mana yang berminat. Tengok nie, sampaikan ada yang buang dapur gas tu.

TV, printer, tilam jangan cakaplah, memang banyak orang tinggalkan tepi jalan. Kepada sesiapa yang berminat tu, ambik ajelah. Kiranya kalau yang dah letakkan di tepi jalan tu, memang boleh ambik tanpa beritahu tuan rumah.

Tengok la nie, siap terpaksa pakai treler lagi untuk mengutip segala mak nenek barang. Tapi I rasa orang nie kutip sebabnya maybe die nak jual kar scrap kut. Sini botol and tin boleh dijual, besi-besi buruk pun boleh jual, but not paper. Patutlah suratkhabar atau paper material orang tak pandang kat sini. Bila mcm nie, teringat suasana di Malaysia...esp bab-bab besi nie, siap kena curi lagi, tak kiralah apa jenis besi sampaikam mesin tutup longkang pun orang curi jugak. itu belum kes rumah tinggal pergi bercuti, silap-silap pagar rumah pun hilang. Rumah abang Daddy Jack masa raya hari tu pun kena kebas kompressor aircond rumah..dah kena beli set aircond baru. Even rumah Ibu pun pernah kena curi periuk after we all buat kenduri, then tinggalkan kat belakang rumah, esoknya tgk, dah lesap. Dahlah mencuri, pastu makan duit haram pulak..sini asal dibuang tepi jalan, kira halal la. Malaysia pulak, anak pun dibuang tepi jalan, sedih bila baca cerita kes buang anak tepi jalan, longkang, bawah jambatan dll..nyawa manusa macam tak ada harga..kesian anak yang tak berdosa.

2 comments:

  1. tula kekadang .. mentaliti org kite or mungkin dari seberang.... atau mungkin takde penguakuasaan. like parking kat mesia merata suka atuk nenek but kat tempat lain teratur je...:)
    bab periuk kena curik... hahah tahap terdesak tul.. kat kampung i pun ada

    ReplyDelete
  2. bagus gak konsep diaorg tu kan gina..
    tapi kalu malaysia buat camtu..tah2 jadi membukit kot sampahnya atau ..kalo area perumahan tu ramai warga asing.maybe diaorg berminat

    ReplyDelete