Ahad pun pi beach lagi, kali nie pergi ramai-ramai pulak dengan family Kak Azie and Surah. Kali nie we all ke Glenelg pulak. Cuaca pun memang sangat cantik, lagipun nie minggu terakhir cuti sekolah, so adalah sikit riadah untuk bebudak tu, daripada terperuk aje dalam rumah.
Bergambar di tugu peringatan di Glenelg nie. Orang punyalah ramai, sampaikan padang we all nak melepak nie pun penuh. We all nak melepak tempat yang redup ajelah, mat salleh sanggup berjemur.
As usual, the kids tak payah nak sibuk-sibuk, pandai-pandai main sendiri. We all siap bawak bola for the boys. Tapi tempat lepak we all nie mcm agak ramai, so nak main bola mcm tak berapa nak sesuai sikit.
Makanan yang sempat disediakan, antaranya Nasi Goreng Cina, sandwich, nasi putih bersama ayam paprik kari dan juga ikan goreng. Simple, tapi kalau dah ramai-ramai macam nie semuanya sedap, kan?
Mak-mak dan ayah semuanya dok makan sementara anak-anak sibuk bermain. Panggil makan punyalah payah bila dah berjumpa dengan kawan-kawan.
Nak makan pun susah bila dah jumpa geng and main sampai letih. So nak pi mandi pantai make sure kena makan dulu, tak boleh main air kalau perut lapar. Masa tu, barulah nak makan itu ini.
Lepas makan, kenalah siap nak pi pantai, salin baju semua and get ready to the beach. Sementara we all kemas-kemas all the stuffs eg makanan apa semua, depa pun dah siap dengan beachwear and also the peralatan main pasirnya.
Tu dia, berjemur main pasir di bawah sinar matahari yang terik. Tapi, biasalah kita orang Malaysia nie, kalau anak berjemur takut nanti demam, nak pulak esoknya dah start sekolah, kang demam tak pasal-pasal pulak. Tapi bila tgk anak-anak mat salleh tak ada hal pun.
Udahnya, we all port bawah jetty aje...hahahahah..sure Mat Salleh pun heran, kan. Depa puaslah nak tunggu matahari, tapi ada jugak yang takut berjemur. Nie semua demi keselamatan..kalau kat Malaysia, panasnya bolehlah jugak disejukkan dengan aircond and kipas, tapi kalau angin pun kering, mcmana pulak tu ?
Memula tu, the kids mcm takut-takut aje dengan air, main air pun kat gigi-gigi air aje. Sejuk pun ia jugak.
So ended up main footy ajelah kat pantai, tapi mana tahan bila tgk air especially ombak tu melambai-lambai ajelan.
Akhirnya, semuanya tewas jugak lalu masuk ler dalam laut terus mandi, tapi Danish macam takut-takut sikit, maybe sebab nak membiasakan diri dengan air laut tu itself.
See, me tak habis-habis lagi berborak dengan Kak Azie..ada aje bendanya from garage sales, hal rumahtanggan esp masak-masak malahan psl anak-anak pun sama jugak.
Ryan the Lion suka main dengan anak dara Kak Azie, Yaya nie. Kalau beritahu nak pi jalan-jalan dengan family Kak Azie, sure die akan cakap "Yaya, Yaya".
Seronok tengok bebudak bertiga nie main pasir. Seronok agaknya jadi kanak-kanak, kan...boleh buat apa sahaja yang mereka suka. Nanti, diam-tak diam, sekejap aje they all membesar.
bestnyer picnic, lama dah tak buat aktiviti cam tu
ReplyDelete