Ingatkan dah habis mood nak beraya, alih-alih dapat jemputan makan-makan ke rumah Kak Ima and Abang Nazri pulak. We had mee sup yang sedap sangat and also nasi impit kuah kacang. Sambil tu pulak, makan beramai-ramai sambil berborak, memang sedap la.
We had never met before, jumpa sekali masa kat park. Nama die Linda, pelajar Uni Adelaide and berkhidmat at Politeknik PD...one day, my FB friend from Uitm kata nie kawan office die, and bila I add her in my FB list, rupanya die pun berkawan dengan my old officemate. FB nie betul-betul satu social networking yang sangat bagus, dapat menemukan kiter dengan our olf friends, kan and sometime, kawan, kepada kawan kiter. Nak menjadikan cerita, Linda nie juga, schoolmate my sister in law..haishhh, berkait-kait pulak la yer.
As usual, Danish and Aqil busy main-main bola kat backyard. senang sikit I nak bersembang and makan-makan.
One is Ryan favourite food is Sup. Tak kisahlah sup apa pun, and die akan makan dengan seleranya. Kalau I cakap, I nak masak, sure mult die akan cakap "Sup, sup"..nak tak nak kenalah buatkan at least semangkuk walaupun hanya sup telur sahaja.
Nampak pulak ada mee sup, apa lagi...Danish ajak die pi main kat backyard pun die buat bo layan aje. Nak menikmati kesedapan sup Kak Ima aje.
Apalah yang membuatkan Daddy Jack terpegun tu yer ? I was wondering jugak..cos Im busy berborak ngan Kak Ima kat dapur and also menengokkan the boys makan.
Ohhhh !!!! tengah menengok gambar percutian Abang Nazri and Kak Ima ke New Zealand rupanya. Raya kedua hari tu, Kak Ima sekeluarga bercuti-cuti ke New Zealand, and they try melobi kat we all agar pergi ke sana dengan menunjukkan gambar-gambar yang cantik-cantik. Tapi kan, memang Daddy Jack berhasrat nak ke New Zealand, kalau tak ada aral, maybe tahun depan sebab apa tau..sebabnya ada Rugby World Cup..iskhhhhh.
I pulak sedap melayan chocolate chips cookie Ka Ima buat nie, ada juga Kak Ima buat tat nenas, tapi I layan nie aje. Nak minta resepi sikitlah, boleh buat untuk raya haji nanti.
I suka sangat fridge Kak Ima, banyak fridge magnet. Actually, I tak pernah terpikir nak menjadikan ini satu hobby. Padahal, dah ramai orang buat, kumpul fridge magnet, kalau tak pergi sendiri, kirim aje ngan member-member..masa kat sini, Daddy Jack lah yang mulakan dulu. So now, even tempat yang we all pergi dalam Adelaide nie pun, we collect the fridge magnet.
Bila la nak pi Sydney nie..one of the place yang I nak pergi is Luna Park, lebih kurang macam amusement park la nie.
Mujur ada rumpus room, so kanak-kanak main sini, geng abapa duduk depan, layan gambar-gambar di NZ and the mothers, as usual, duduk dapur and pot pet pot pet la..apa lagi.
FB mmg best..leh cari kawan yang missing in action berpuluh tahun dulu
ReplyDeletenaper ryan n wawan selalu buat/suka benda yang sama? wawan pun suka sup..tak kisah la sup apa. nasi takmo makan lak..nak sup manjang.