Nuffnang Ad

Friday 30 December 2011

Chiangmai Story-Dah balik

Huhuhuhu after 4 hari di Chiang Mai, tak sabar nak bali nak jumpa dengan the boys, nak peluk, nak cubit mereka berdua. Lama tak gomol-gomol mereka. Kami balik dalam pukul 9 pagi, so akan sampai di LCCT lebih kurang pukul 1 tghari. Kami keluar awal, takut tak ada teksi sebab dulu masa Daddy Jack ke Bangkok hadapi masalah yang sama, so keluar gerak from hotel lebih kurang pukul 6 pagi. Sampai sana, kaunter pun belum buka lagi, so tunggu and tunggu lagi.

As usual, payah nak cari tempat makan, so lepak ajelah kat Black Canyon Coffee, makan sandwich tuna aje sambil minum latte. Itupun rasa mcm muak sebab tunanya terlalu banyak sgt.

Tahu tak, sepanjang di Chiang Mai nie, ada la beberapa ketul aje gambar kami berdua. Suruh orang Thai, mcm nak tak nak aje nak menolong ambikkkan gambar so dekat airport nie tgk ada org Malaysia so barulah senang rasa nak menyuruh snapkan gambar kita.

Okay, dah tak sabar sangat nak balik nie

Disebabkan perut yang kelaparan tak makan breakfast, so kenalah beli inflight food. Nak cuma Roast BBQ Chicken and ohhh !!! its super duper sedap lah. Kat bekas tu siap tulis resepi lagi, so koyakkan elok-elok and simpan dalam wallet, lain kali boleh cuba lagi dirumah. Food and mineral water cost me about RM17.

Bye bye Chiang Mai, tak tahulah bila lagi akan bertemu

Mujurlah seat yang sama dengan kami nie ada kekosongan satu so bolehlah duduk and tidur dengan senang lenang, taklah berhimpit sangat.

Terasa lega bila dah nampak KLCC, dah dekat rasa dengan the boys yang menunggu di LCCT bersama-sama ibu.

My verdict on Air Asia..hmm mmglah ianya the most chepast one tapi your crew pun kenalah berbudi bahasa sikit, walaupun dengan orang Malaysia. Nie tak...layan org Malaysia pun mcm nak tak nak aje, tapi dengan foreigner, lembut gigi dari lidah, mesra sungguh. Tak bolehlah mcm tu, kan, dah sama-sama naik flight so kenalah layan yang sama juga.

Ramai pulak yang tiba sama dengan kami, Musim cuti sekolah nie ramai mak ayah bawa anak-anak berjalan, antara destinasi yang ramai ke Hanoi dan juga Bandung. Syorga beli belah tu. Thought of nak bawa balik sekotak mango masa di Chiang Mai nampak sedap and besar-besar and mujurlah tak bawa sebabnya kena rampas dengan kastam sebab tak boleh bawa masuk. Phewww !!!!

Muka-muka yang dirindui sepanjang 4 hari ini, terasa kehilangan sangat-sangat tanpa hiruk pikuk dan gelak ketawa mereka berdua.

A s for Ryan, okay aje. Ibu cakap mcm tak ada hal pun duduk and tidur malam dengan Ibu, tapi bab-bab meraba tu Ibu mmg tak boleh tahan lah. Hahahahha, itu hanya I aje yang mampu bertahan kalau bab-bab meraba nie.

Thursday 29 December 2011

Chiangmai Story-Asma Restaurant

Malam terakhir di Chiangmai, kami pun mencuba restoran yang lain pula, kali nie Asma Restaurant. Siap ada free wi-fi lagi.

Jangan ragu-ragu, sijil halalnya dipamerkan di dinding restoran.

Masing-masing memilih untuk makan nasi, Daddy Jack with beriyani while me makan nasi putih aje, and mencuba antara main dish yang kena cuba di Thai iaitu.....

Green curry, salah satu hidangan yang wajib dicuba jika berada di Thailand selain daripada Tomyam.

Dah ada wi-fi, kan so kenalah online and tgk apa-apa yang we all tertinggal selama nie, sementara menunggu makanan sejuk.

Ohh sungguh heaven bila pekena teh tarik...

Okay, perut dah kenyang, so bolehlah kuta meronda Night Market sekali lagi, menambah apa-apa yang patuh ditambah serta menghabiskan duit yang ada. Malas nak simpan banyak-banyak duit baht nie, sebab notenya besar-besar.

Wednesday 28 December 2011

Chiangmai Story-Wat

Ada masa, berjalan lagi..kali nie nak melawat kawasan sekitar aje, tak mo shopping lagi dah. Jalan-jalan sekitar bandar Chiang Mai, terjumpa banyak kuil-kuil atau Wat. Besar-besar nampaknya.

Dah jalan-jalan tu, baru terasa nak asuk ke dalam salah satu Wat tu, rupanya Wat yang kami pilih tu antara yang tertua di Chiang Mai nie.

Cantik sangat dengan facade Wat nie, rasa macam berada di dalam kedai emas pulak

Daddy Jack sempat nak bergambar, hajat dihati nak masuk dalam untuk bergambar, tapi kena bukak kasut, so masing-masing malas so bergambar diluar ajelah.



Bling bling terasa mata dengan sinaran emas ini



Tengok dalam peta, kedai nie must a visit place, ingatkan menjual kain cotton ela, rupanya jual baju cotton aje. Mahal jugak, balik beli di Night Market aje, murah lagi.

Dah bereberapa kali ke Thailand, tak pernah merasa nak naik tuk-tuk nie, so bila dah datang berdua, nak juga mencubanya. Naik tuk-tuk untuk kembali ke hotel tapi pemandunya baik hati untuk membawa kami pusing-pusing bandar. Lajunya pemandu nie bawa, tangan tak lepas memegang besi tu.

Chiangmai Story-Impressive betul

Masa jalan-jalan di Night Market on the 2nd day, baru terperasan ada art gallery di bahagian bawah nie. We all kan pencinta seni, heheheh so singgah kejap nak melihat apa yang best disini.

Ohh, sungguh impress, tak terkedip mata memandangnya

Bila masuk sini, mata tak terkelip, terlalu kagum dengan hasil seni mereka




Ada beberapa kiosk pelukis disini, masing-masing tengah sibuk meyiapkan tempahan. Semuanya cantik-cantik, tak tahu nak pilih yang mana yang paling elok sebab semua lukisan nampak sama sahaja.

Disebabkan terlalu kagum, we all pun menempah satu potret keluarga. Mujurlah I ada bawa laptop and cari gambar through FB aje.

Gambar yang diambil dari koleksi Syawal lepas, mujur ler ada gambar yang elok sikit

Pelukis yang memotretkan gambar kami sekeluarga, Kob Thanapat. He's really artistic

Dalam masa 2 hari aje menyiapkan potret kami sekeluarga. Bayaran pun taklah mahal mana pun, rasanya lagi murah lagi dari pelukis di CM tu.

Kata Kob, kalau lama lagi, bolehlah dapatkan hasil yang mcm nie, lagi teliti. Tak apalah, kalau nak buat lagi boleh aje emailkan gambar pada die, die lukis and poskan ke Malaysia..Insyallah, will do that.

Monday 26 December 2011

Chiangmai-Wet Market

Dah puas pergi Night Market, nak mencuba jalan-jalan di pasarnya yang tertua, dibuka seawal pagi. Nak juga tengok apa yang dijual disini.

Nampak beberapa gerai yang menjual makanan yang memualkan tekak, snap terus pergi cepat-cepat. Takut muntah pulak.

Nak kata buah kepala bukan, nak tanya tak paham buah apa pulak nanti

Serangga goreng, nampak ada belalang, lipas, macam ulat gonggok pun ada juga..geli lah

Di tepi-tepi kedai menjual makanan, dan juga buah-buahan terselit pulak satu gerai yang menjual ikan basah nie.

Besar sungguh sausage yang dijual nie

Petai pun ada juga

Cengkerik goreng pun ada

Orang dah mula ramai, rasanya orang yang nak masuk kerja

Gerai buah-buahan, nampak beberapa buah yang agak pelik dan juga eksotik

Merah dan ranum nampak strawberry nie, teringat pi picking kat Adelaide. Ada berbagai-bagai jenis packaging, mula rasa macam nak beli aje sekotak tapi Daddy Jack tak bagi beli sebab takut nak bawa masuk Malaysia.

Ingatkan apa, rupanya ulat yang yang diletakkan dalam bekas macam kita beli kuih raya

Apa-apa pun dijual disini

I wonder, what kind of food is these

Di lorong-lorong nie, menjual perkakasan pinggan mangkuk serta barangan rumah



Chiang Mai nie macam lebih kurang bandar suci, sebab tu tak banyak pub atau kelab-kelab malam disini.

Demi mencari sesuap nasi, apa sahaja dilakukan untuk mendapatkan duit

Hasil rotan yang sangat cantik, belum ada rumah lagi kalau tak sure dah angkut satu atau dua


Ada satu jalan do tepi hotel kami tu yang ada banyak pub dan juga bar, tempat-tempat lain mmg tak ada, so they all mmg marah bila ada tempat lain yang nak dibuka pub atau bar, mengganggu kesucian bandar mereka nie.