Nuffnang Ad

Monday, 26 December 2011

Chiangmai-Wet Market

Dah puas pergi Night Market, nak mencuba jalan-jalan di pasarnya yang tertua, dibuka seawal pagi. Nak juga tengok apa yang dijual disini.

Nampak beberapa gerai yang menjual makanan yang memualkan tekak, snap terus pergi cepat-cepat. Takut muntah pulak.

Nak kata buah kepala bukan, nak tanya tak paham buah apa pulak nanti

Serangga goreng, nampak ada belalang, lipas, macam ulat gonggok pun ada juga..geli lah

Di tepi-tepi kedai menjual makanan, dan juga buah-buahan terselit pulak satu gerai yang menjual ikan basah nie.

Besar sungguh sausage yang dijual nie

Petai pun ada juga

Cengkerik goreng pun ada

Orang dah mula ramai, rasanya orang yang nak masuk kerja

Gerai buah-buahan, nampak beberapa buah yang agak pelik dan juga eksotik

Merah dan ranum nampak strawberry nie, teringat pi picking kat Adelaide. Ada berbagai-bagai jenis packaging, mula rasa macam nak beli aje sekotak tapi Daddy Jack tak bagi beli sebab takut nak bawa masuk Malaysia.

Ingatkan apa, rupanya ulat yang yang diletakkan dalam bekas macam kita beli kuih raya

Apa-apa pun dijual disini

I wonder, what kind of food is these

Di lorong-lorong nie, menjual perkakasan pinggan mangkuk serta barangan rumah



Chiang Mai nie macam lebih kurang bandar suci, sebab tu tak banyak pub atau kelab-kelab malam disini.

Demi mencari sesuap nasi, apa sahaja dilakukan untuk mendapatkan duit

Hasil rotan yang sangat cantik, belum ada rumah lagi kalau tak sure dah angkut satu atau dua


Ada satu jalan do tepi hotel kami tu yang ada banyak pub dan juga bar, tempat-tempat lain mmg tak ada, so they all mmg marah bila ada tempat lain yang nak dibuka pub atau bar, mengganggu kesucian bandar mereka nie.

No comments:

Post a Comment