Cerita dah lama, team Malaysia pun dah bungkus jersey gamaknya...balik Malaysia sempat jugaklah Daddy jack bawa Danish pergi tengok bola team Malaysia vs Bahrein untuk kelayakan ke Piala Dunia. Takut juga tiket habis sebabnya sekarang nie dah ramai yang kembali tengok team Malaysia after beberapa kejayaan mereka. Tiket online dah habis dijual so kena jugalah pergi ke stadium Bukit Jalil untuk membelinya.
Pergi seawal pagi, well taklah awal sangat, dalam pukul 10 pagi, cuaca okay mendung tapi berlengas jugaklah badan nie. Ramai juga yang beratur membeli tiket, tapi yang tempat duduk biasa aje. Daddy Jack beli tiket grandstand sebab bawa Danish so taknak duduk free seating, kang takut ada merusuh pulak. Maklumlah fan Malaysia nie ada juga yang fanatik giler.
Kedai-kedai jual merchandise pun baru dibuka, mcm-mcm barang ada dijual cuma harga aje yang berbeza.
Semuanya bukan ori, tapi gred AAA ajelah. Nak buat macamana, yang ori mahal sangat..lagipun yang penting semangat kesukanan yang perlu ada, jersey murah beli kat uptown pun tak mengapa.
Skuad pelapis negara yang berjaya menjulang Malaysia kembali bersemangat dengan pasukan bolasepaknya.
Danish tak ikut sebab dah sibuk main dengan his cousin aje, so hanya membawa si kerinting ni saja.
Merchandise pun banyak yang dijual, tapi tak pernah nampak dijual di mana-mana kedai. Kenapalah taknak komersilkan merchandise mcm nie kan, like team bole luar negara, sampai naik giler orang mengumpulnya. Macam Daddy Jack, sampaikan beli online pun sanggup.
I cuma temakan aje beli tiket and jalan-jalan tengok orang menjual nie sahaja. Yang pergi tengok bola cuma Daddy Jack, Danish and adik Daddy Jack sahaja. Me as usual, malas nak pi tengok, duduk rumah lagi bagus.
No comments:
Post a Comment