Heheheh, dah balik KL, barulah dapat berdating dengan Daddy Jack. Kebetulan pula, Daddy Jack nak ke Shah Alam, nak ambil barang from his faculty member. I pulak hantar my lappy pergi format di Seksyen 2 and nak kena ambil dalam petang, so nak buat apa- lepak lama-lama kan so pi Bukit Raja nak jalan-jalan.
Lama tak tengok wayang, and tengok ramai orang dok kata Twilight best so kami pun nak juga merakan keseronokannya. Tayangan agak lama juga, dalam pukul 2 so kena pi makan dululah jawabnya.
Dah lama tak makan Johnny's. Tambah pulak sejuk-sejuk nie, sure terangkat punya.
Berminat pulak tengok dapur mcm nie, senang nak buat steamboat kalau dirumah, tak payah bersusah di luar semata-mata nak makan. Just buat sendiri aje.
We all pilih set steamboat untuk seorang sahaja cos I tak berminat sangat dengan steamboat matters ni. Makan pun sikit-sikit lah, Daddy Jack yang suka sangat makan steamboat ni.
Kalau pergi Johnny's, I suka makan Black Pepper Chicken die. Memang sedap sangat. Pedas and terasa kepedasan the pepper.
Banyak juga portion untuk seorang, tak terabis rasanya kalau makan sorang-sorang.
Our dessert, Sweet Porridge. Tak berapa suka sebab too sweet.
Sambil makan, sempat lagi menulis apa-apa idea yang datang yer.
Banyak juga movies yang akan keluar di wayang for next year. Dah lama tak follow, dulu masa zaman kerja memang rajin singgah One Utama atau MidValley lepas balik kerja nak tengok cerita yang best-best. Tunggu after 2 years lagi lah akan merasa lagi balik kerja then tengok wayang.
Hmm, banyak cerita Melayu yang dihasilkan tapi semua jalan cerita sama aje, cerita hantu yang tak mendatangkan apa-apa info. Cukup tak gemar bila tengok filem-filem Melayu yang kononnya komedi hantu.
Dan, sekarang nie ramai yang cakap cerita nie paling top, Ombak Rindu. Hmm, nampak gayanya tak berkesempatan nak tengok. Ada my friend dah berulang kali menonton cerita nie. Best giler, katanya. Rasanya kalau tak silap, cerita nie dah cecah 4 juta and mungkin akan bertambah lagi.
Masa nak collect balik laptop kat Shah Alam, singgah sekejap di Medan Selera Seksyen 2 sebab rasa dah lama sangat tak makan ABC yang glamour di situ. Sempat ambik gambar gerai aje, ABC nya tak sempat, dah habis makan baru perasan tak ambik gambar pun.
oh sy belum tgk breaking dawn tu lagi...huhuhu....rajin daddy jack yek..time nak makan pun menulis lagi...
ReplyDelete