Nuffnang Ad

Thursday, 8 December 2011

Melbourne Road Trip-Malaysian Hospitality

Kami ke Melbourne nie pada mulanya nak menetap di Malaysia Hall aje tapi dah penuh sebab di Melbourne some Uni ada buat convo, so Daddy Jack ada kawan sama faculty di UiTM yang sedang belajar di Melbourne, ingatkan nak tumpang tinggal di rumahnya but also dah occupied. Hmm, terpaksalah meminta bantuan orang lain pulak.

Kak Mas la banyak membantu kami mencari rumah tumpangan sepanjang kami di Melbourne. Kak Mas nie kawan kepada sepupu Ibu, Mak Zila. Mak Zila memang suruh sangat I pergi jumpa Kak Mas nie..so dah tercapailah hajat itu. Ingatkan Kak Mas nie duduk dekat Melbourne rupanya agak jauh sikit, dalam 45 minit ke Melbourne. Kak Mas nie pun orang UiTM juga, sama faculty dengan one of my Adelaide's gang, Kak Wan. What a small world kan.

Kebetulan pula, masa kami sampai di Geelong, kawan Kak Mas pun baru sampai dari Malaysia so rumahnya memang tak muat dah untuk kami sekeluarga tapi Kak Mas dah mencarikan rumah untuk kami bermalam. Terima kasihlah Kak Mas, tak terbalas budi baik Kak Mas nie.

Kak Teana yang sudi menumpangkan kami sekeluarga walaupun hanya satu malam sahaja. Masuk rumah Kak Teana memang impressed sangat-sangat. Rumah besar tapi sewanya sangatlah murah. Puas hati dapat rumah macam Kak Teana nie. Tambah pulak dengan decor nya yang simple and tersusun rapi, sungguh cosy rasanya. Bangun pagi Kak Teana dah sediakan nasi lemak dan juga pau kaya, siap bungkuskan untuk kami makan di dalam perjalanan nanti lagi. Terima kasih, Kak Teana dan juga Abang Mahathir.

Walaupun tak berkesempatan nak duduk di rumah kawan Daddy Jack, Emi dan juga Bad tapi kami sempat juga menyinggah di rumah mereka. Geram tengok rumah orang di Melbourne ni, semuanya besar-besar dan sangat cosy lah. Kami dijamu dengan Fettucine Carbonara yang super duper sedap. Daddy Jack kata, Emi mmg pandai masak. Hmm, nampak gayanya kena datang lagilah nak mencuba masakan yang lain pulak.

Sepanjang kami di Melbourne City, Kak Mas juga dah mencarikan rumah kawannya. Kebetulan pulak, ada teman sebilik mereka balik Malaysia, so mereka sudi menerima kami sekeluarga. Segan juga kami sebab satunya tak kenal, alih-alih nak menumpang. Dahlah menumpang ada anak kecil so takut juga menganggu privasi mereka.

Dapur mereka yang membuatkan ku rasa selesa sangat. I wish I have this kind of kitchen tapi tak kisahlah dapur rumah Adelaide pun okay aje. Lagipun bukannya duduk terus, Insyallah 2013 nanti kami balik for good.

Hall yang kadang-kadang dilintang pukangkan oleh Ryan dan Danish. Kat sini jugalah mereka layan Upin dan Ipin sampaikan tuan rumah gelak aje tengok gelagat mereka berdua nie.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah June dan Nizam yang sudi menerima kami sebagi tetamu selama 4 hari ini. Terima kasih juga sebab memjamu kami dengan makanan yang sedap-sedap. June and Nizam adalah pasangan suami isteri yang baru 3 bulan berkahwin. Dua-dua masih belajar, Nizam suka sangat dengan gardening, Yard belakang penuh dengan hasil tanamannya.

Harap maaf, gambar adalah sedikit blur sebab Danish yang tolong ambikkan gambar. Mata pun masih mamai-mamai lagi so tak boleh fokus dengan betul lagi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kak Mas, Kak Teana serta June dan Nizam semua. Layanan anda memang terbaik. Kalau ada kesempatan, mai la jalan ke Adelaide and we will treat you well. Insyallah.

2 comments:

  1. pn.masitah tu lecturer sy,dia mmg sangat2 baik & comel

    ReplyDelete
  2. Salam.nak share pengalaman ke perth.saya br pulang 3 hari lepas.dan merupakan kali ke 4 saya dan keluarga ke sana.ia adalah kerana kami sgt suka dgn perth dan tmpt kami menginap. Kami menginap di mahira holiday homes yg merupakan seorg malaysian muslim owner.beliau mempunyai 4 holiday bungalow dan alhamdulilah kami sudah mencuba ke empat2 holiday tersebut.kami amat berpuas hati kerana tmptnya sgt dkt dgn perth city,bersih,fully furnishhed dan amat berpatutan.anak owner tu ada dimsia.boleh contact cik siti 0123360098 . Fully equipped with kitchen n cooking facilities dan juga washer machine n dryer. Mereka juga ada kereta sewa utk in house guest.bonusnya mereka pick n drop off airport for free
    owner dia pulak very friendly and humble.down to earth. memang superb lah service diaorg. rumah rumah mereka pun memang sgt dkt dgn kemudahan. memang berbaloi.

    caj yg dikenakan adalah AUD$220 weekdays dan $240 weekend

    untuk 2 adults and 2 kanak kanak bwh 12 thn atau 3 adults

    berbaloi kan? memang berpatutan. yg penting service dia memang superb!

    ReplyDelete