Nuffnang Ad

Friday, 23 December 2011

Chiangmai Story-Rummit Restaurant

Dok pusing-pusing Anusarn Market, terjumpa pulak gerai Halal nie, so nampak ramai juga orang Islam didalamnya so teringin juga nak mencubanya. Maklumlah, siang tu pi makan Secret Recipe aje, so tak berapa nak kenyang, nak juga merasa makan nasi.

Muka agak kelat sebab nak memahamkan menunya. In English, tapi tunggang langgang sikit. Macam nasi briyani, jadi nasi Barayani..adoiii aiii.

Taj berapa nak nampak sangat sebab Daddy Jack tak bagi ambik gambar dekat-dekat, takut depa charge. Ada persembahan Mak Nyah kat sini, free show aje, just tgk and tak payah order makan pun. Nak juga merasa tengok tapi Daddy Jack takut kang die tarik atas pentas suruh menari sama, lain pulak ceritanya.

So far, nampak tanda nie rasa selesa sikit nak makan, bersih dan terjamin kebersihannya.

Watermelon and Lychee Slushies untuk kami

Akhirnya, ini yang dicari-cari, tomyam. Aduh, merahnya Mak Ngah. Terangkat kening bila merasa kesedapannya.

Muka ada senyum sebab dapat lagi makan tomyam. Ni sedap sikit, katanya berbanding dengan Secret Recipe.

I makan nasi and ayam masak cili kering. Portionnya mmg besar, tak terlarat nak menghabiskan.

Penuh meja dengan makanan, dah order, baru terasa nak makan ikan tapi nie pun tak terabis berdua so maybe ada rezeki makan lain kali ajelah.

Menu ada yang pelbagai, tapi kami memilih makan nasi aje. Nampak juga ada mee, and some western food, tapi tak nak pulak mencubanya.

No comments:

Post a Comment