Nuffnang Ad

Thursday, 15 December 2011

Berjalan-jalan

Beberapa hari sampai di KL, mula-mula tu duduk lepas ajelah, tak mahu peristiwa lama berulang kembali..so duduk just mingled around family bila dah rasa okay sikit, barulah keluar pi One Utama. Saja berjalan pun, tak ada pikir nak beli barang pun walaupun demam YES telahpun melanda warga Malaysia.

As for Daddy Jack, kedai sukan menjadi pilhan utamanya. Walaupun tak membeli, tapi belek-belek ajepun cukuplah, sampaikan bila nampak aje kedai sukan, I duduk luar ajelah, malas nak masuk.

Tapi kali nie entah mcmana, berminat pulak nak membelinya. Untuk anak-anak katanya...hmmm yer la tu.

Dah alang-alang ke OU, singgah sekejap Mothercare untuk menejenguk apa-apa yang patut. Actually, the boys dah terlalu besar nak pakai baju dari sini. Kalau ada pun setakat untuk Ryan aje yang masih ada saiznya. Tapi bila tengok, lebih kurang sama aje yang kami beli kat Adelaide aje.

Dah alang-alang masuk sini, terus menyambar set botol susu yang baru untuk Ryan, kebetulan ada less so ambiklah 2 kotak terus.

Satu lagi yang kedai yang melemahkan Daddy Jack, Toys R Us, iskhhh tak cukup-cukup ker dengan beli toys di Adelaide, sama aje mainannya dengan di Adelaide, tak ada beza pun.

Tempat yang dituju dulu kat dalam nie, seksyen for wrestling figurine, kononnya untuk Danish. Walhal, Danish tak heran pun tapi Daddy die aje yang beria-ia.

For my kerinting ni, tetap heran dengan CARSnya siap mengomel sorang-sorang..ni kita dah ada, and dah hafal dah namanya.

Bukan anak yang pilih, tapi Daddy die yang sibuk pilihkan. Somehow I wonder, samada anak atau bapak yang beria nak membeli toysnya.

Masih tak bergerak-gerak dari seksyen CARS nie

Satu yang I like about Ryan nie, die just tengok aje, tak sibuk nak beli walaupun benda tu yang die suka. Tak macam Danish, ada aje nak membelinya, walaupun bkita cakap benda tu dah ada atau serupa aje. Yer la, kan..lain anak, lain karenahnya.

3 comments: