Nuffnang Ad

Thursday, 22 December 2011

Chiangmai Story-Central Airport Plaza

Kali nie berjalan di shopping mall pulak, adalah satu shopping mall yang besar di Chiang Mai nie. Ini pun I nampak masa baru sampai and kebetulan pulak pihak hotel ada menyedian free shuttle ke sini so lepas Daddy Jack habis his conference, so we all pun pergi ke sana. Daddy Jack nak cari something untuk the boys, apalagi kalau bukan toys.

Bila nampak kereta VW ni teringat kat Ryan sebab salah satu van tu die suka sebab character dlm cerita CARS.

Bila Ryan nampak kereta nie, terus die cakap Filmore, Filmore

Biasa ajelah shopping mall nie, taklah segempak mana pun. Tak ada yang menarik pun, barang pun biasa-biasa aje tapi yang menariknya di bahagian bawah tu ada menjual makanan-makanan di sini. I love it.

Bukan suka nak makan, tapi nak tengok aje. Thailand kan terkenal dengan makanan dan juga dessertnya yang sedap. Selalu kalau makan kat Chakri KLCC, lepas makan sure ada dessert, semua nak makan sebab nampak sedap aje.

yer semua nampak sedap, tapi sepatah haram pun tak tahu apa bendanya sebabnya semua makanan ditulis dalam bahasa Thai. Damn !

Pulut yang berwarna warni, makan dengan kuah yang warna hitam tu

Berjenis-jenis pengat dan juga manisan ada dijual disini

Macam rojak pun ada jugak

Tak tahu apa bendanya ni tapi yang kenal cuma ikan keli sahaja

Yang nie lebih kurang macam pecal aje rupanya

Nama gerai pun P'lek, apa lagi makanan yang dijualnya

Geli pulak menengok Bak Kut Teh nie

Tak membeli apa-apa pun sebab dah rasa was-was aje

Beraneka jenis jeruk pun ada juga

Kat bahagian atas ada pulak bahagian seni halus. Banyak lukisan yang cantik-cantik ada disini tapi semuanya berundurkan patung Buddha mereka dan juga gajah.

Bila perut dah terasa lapar, naiklah bahagian atas untuk mengalas perut. Terus terkam gerai pencuci mulut nie bila nampak mangga bergelimpangan. Dah sah-sah menjual pulut mangga.

Tak makan kat situ, just bungkus bawa balik aje. Kami makan kat tempat lain

Dah habis pusing satu shopping mall dengan tiada apa-apa yang dibeli, kami pun balik semula ke hotel.

Daddy Jack tersenyum dalam ketidakpuasan hatinya, tak dapat mencari sesuatu untuk the boys. Nak buat macamana, toys tak menepati piawaian so cari kat KL ajelah nampak gayanya.

Sepanjang jalan menuju ke hotel, nampak banyak sangat gambar-gambar Raja mereka. Rupanya untuk menyambut ulangtahun Raja. Orang Thai begitu menghormati Raja mereka. Pernah dulu I pergi Bangkok dengan family, masa tu nak lalu jejantas ke shopping mall yang lain, bila dapat tahu Raja mereka nak melalui bawah jejantas tu, pihak security terus menghalang orang ramai untuk melalui jenjantas tu dari atas, maksudnya biarlah Raja tu lepas dulu agak tak ada orang yang berjalan semasa Raja naik kereta dibawah. Sampai macam tu sekali yer.

No comments:

Post a Comment