Nuffnang Ad

Wednesday, 21 December 2011

Chiangmai Story-Night Market

So, lepas masuk hotel, rehat-rehat and petang tu kami berjalan-jalan sekitar city lagi. Kali nie sambil jalan nak cari tempat makan terus. Cuaca pun elok aje, taklah panas sangat, just nice aje. Sepanjang jalan, nampak banyak sangat Wat atau temple. Semuanya berwarna keemasan.

So, singgah sekejap di masjid untuk melihat-lihat di dalamnya. Teratur kemas aje. Menurut orang disitu masjud nie baru aje diubahsuai, dibesarkan lagi untuk menampung jumlah jemmah yang semakin ramai.

Singgah sebentar di sini untuk bertanyakan tempat makan yang halal sebab perut dah mula terasa kelaparan dah. Alhamdulillah, rupanya sepanjang jalan nie semua tempat makannya adalah halal. Tapi bila kami pi, macam nak kemas-kemas aje, maybe dah nak tutup.

I bukannya memilih, tapi agak terasa takut juga nak makan di tempat sembarangan nie, bukannya tahap was-was tapi takut sakit perut sebab tahan kebersihan. Tapi, dalam hati tawakal ajelah kepada Allah agar tak terjadi perkara-perkara tak diingini. Tak tahu nak order apa sebab tengok terjemahan menu makanan dalam English mcm tak berapa nak paham so order nasi goreng ajelah. Taknak order yang merapu-rapu, nanti tak termakan pulak. Bila sampai sepinggan nasi goreng yang besar macam nie, mmg sedap makan.

Dah lama-lama berjalan dengan munggunakan Doc mart, kakiku mulalah terasa sakit. Nak tak nak kenalah membeli selipar untuk melegakan keselesaan kaki nie.

The Night Market yang tak berapa ramai orang lagi. Even gerai-gerai pun masih belum yang banyak dibuka, maybe masih ada yang makan malam lagi. So far, yang banyak dilihat dijual disini adalah barang-barangan kraf dan juga pakaian.

Terjumpa kiosk roti yang halal, tak tahulah macam mana rupanya roti nie, nampak perkataan Rotee sahaja so I assumed ianya menjual roti la, kan.

Thailand memang terkenal dengan penjualan barangan imitationnya. Tengok designer handbags dijual secara bergantungan aje, tak kiralah apa jua jenama. So far yang banyak dijual mcm LV, Gucci, LC, Prada serta Dior. So far, Cik C tak nampak pun. Selain handbags, ada juga dijual jersey yang imitation, tak ketinggalan jersey dari Malaysia pun ada juga.

Nampak pulak bar nie, No Bra. Terkejut jugak. Apakah sinonimnya nama kedai ini..adakah pelayannya tak memakai bra, tak tahulah..tak check pulak.

Antara barangan kraf yang dijual disini, sabun berbentuk bunga. Orang Thai nie memang creative, sambil meniaga pun depa boleh mengukir sabun menjadi bentuk mcm nie.

Tshirt pun depa melukis guna tangan. Tak payah ada design, just lukis ikut idea yang ada dalam otak aje.

Sepanjang night market nie, nampak ada orang nie tak pastilah kaum apa yang menjual hasil kraf mereka. Ni pun I curi-curi ambik gambar mereka, kalau they all nampak kita nak ambik gambar mereka dari jauh, mereka akan melarikan diri.

Di dalam nie, ada beberapa tempat makan yang halal juga, dan juga free show untuk mak nyah yang berpakaian cantik-cantik setiap malam di sini.

Salah satu barangan kraf yang cantik dijual di night market. Mangkuk yang dibuat dari pokok apa tah lalu dilukis menjadi macam nie, hanya menggunakan kaedah titik-titik sahaja. Untuk mangkuk yang besar tu, 5 hari diperlukan untuk menyiapkannya.

Terjumpa lagi gerai orang menjual roti yang halal nie, so nak memuaskan hati datang jenguk untuk lihat apalah yang dijualnya sampaikan beratur orang nak membelinya. Ohh, rupanya kedai roti ni menjual roti pisang, lebih kurang macam yang kita makan kat kedai mamak tu aje.

Ada juga yang menjual seafood grill dan juga jagung bakar. Jagung tu nampak mcm sedap, mmg nak rasa makan tapi takutlah.

Tshirt pun banyak dijual disini, dengan pelbagai design dan juga tema

Sempat membeli beberapa helai tshirt untuk kenang-kenangan

Bila dah semakin malam, orang pun semakin ramai

Tak ketinggalan, gerai buah-buahan untuk menyamankan tekak

Membeli seluar muay thai untuk the boys

Entah macamana, nampak cute pulak plastesine nie, so belikan untuk the boys sekali.

Ternampak ada satu gerai yang menjual rempah-rempah untuk masakan so macam terberminat untuk membeli salah satu rempah ratus utamanya iaitu tomyam gung. Nampak macam sedap aje rempah keringnya.

Selain rempah tomyam, ada juga beberapa jenis rempah ratus yang dijual disini, mcm serbuk jintan manis, serbuk ketumbar dan juga serbuk santan pun ada juga, Yang pasti paling banyak, saffron pun ada dijual disini dengan harga yang murah.

No comments:

Post a Comment