Nuffnang Ad

Sunday 29 December 2013

Frozen

Cuaca yang sangat baik bila we all nak keluar menghabiskan masa bersama keluarga di hujung minggu. Tak plan pun nak keluar, just pagi tu lepas breakfast Daddy Jack ajak keluar, saja bawa the boys jalan-jalan. So, tak ada tempat lain, off to KLCC.

Bawa the boys pergi tengok Frozen after dah lama dok bisik kat telinga sebelum tidur nak pergi tengok Frozen setiap malam. Melompat la gembira dapat tengok wayang. We all tak book pun tiket, main terjah aje and mujurlah show pagi dalam pukul 1130 am tu masih belum penuh.

Sementara menunggu Daddy Jack membeli tiket, so kita pun pusing la satu TGV sambil tengok cerita-cerita best yang akan ditayangkan tahun 2014 nanti. I tak follow sangat The Hunger Games ni, itupun baru lepas tengok The Hunger Games yang pertama, then keluar pulak Catching Fire yang menurut peminat tegar die di Adelaide, lagi best dari yang pertama.

Sementara menunggu pukul show pukul 1130am tu, we all pun pusing-pusing dululah dalam KLCC tu tapi bila Daddy Jack menuju ke rumah hantu ni, I pun tak boleh nak cakap apalah. 3 lawan 1 dah tentulah the boys and bapaknya yang menang. I mengekor ajelah dari belakang.

Jenuh dah kita collect Superheroes punya mask ni Ryan, masih tersusun dalam kotak lagi.

Ingatkan masuh dalam ni, just tengok-tengok, belek-belek mana yang patut, aishhhh diangkutnya pulak sekotak besar LEGO Ninjago ni atas alasan kat Adelaide tak ada, sini baru jumpa.  Harga pun cukup buat Mummy pengsan, RM700 !!!!

Kes merajuk di kaunter bila Danish kena pegang Ryan punya set cos Ryan nak pegang Danish punya Ninjago. Biasa dah kes gini, nanti udahnya keluar tu Mummy jugak yang kena pegang dua-duanya.

Nampak tumbler ni, teringat kat Nadiya Halim di Adelaide yang merupakan peminat tegar Hunger Games ni, 

Sebelum movie start, haruslah beli caramel popcorn dan juga ice lemon tea. Alhamdulillah, the boys enjoyed sangat tengok Frozen walaupun rasa macam cerita yang sesuai untuk girls, but dengan adanya si Olaf tu so taklah rasa macam gegirl sangat, kan.

Lepas movie, then Daddy Jack pun nak tengok barangnya pulak tapi Ryan dah sibuk lapar la apa lah, then sibuk nak makan croissant sedap kat Starbucks ni.

 So tinggallah me and si kerinting ni, sambil makan croissant sedap katanya while Daddy Jack and Danish dok tawaf satu KLCC mencari barang. Entah apa yang DJ cari, I pun tak pasti.

Me and my hazelnut latte, not so badlah if anak sibuk nak makan croissanrt sedap walaupun terasa macam minum di kopitiam aje dah sekarang ni.

Friday 27 December 2013

Dating

Berdating berdua bila anak-anak ke sekolah masa di Adelaide sangatlah best. Dapatlah meluangkan masa bersama-sama membelek mana-mana kedai yang anak-anak tak suka masuk ataupun kita yang seriau bila mereka masuk mcm kedai barangan kaca.

Dah hantar anak semua ke sekolah dalam pukul 9pg, tak sempat nak makan breakfast. So bila dah datang begini, haruslah mengambil kesempatan isi perut yang lapar ni.

 My platter, Tukish bread with scrambled egg and grilled vege

 Daddy Jack's grilled barramundi

Termenung memikirkan, boleh ker menghabiskan makanan yang banyak ini. Tapi serious memang sedap sangat-sangat the foods. Kali kedua datang, kedai ni terus tukar conceptnya tapi masih mengekalkan menu yang sama.

Malacca trip - Bayou Lagoon Park Resort

Now, sambung balik tentang our trip to Malacca. Ingatkan service di Hotel A'Famosa okaylah after beberapa tahun tak pergi rupanya teruk jugak. Bayangkan pagi tu masa bangun  tak ada air, then pihak hotel pun tak pasti nak buat macamana. We all teruslah check out pukul 8 pagi, then pergi ke Waterpark pulak. Susanan kat situ pun sama jugak teruknya, entah macamana cara mereka menguruskan tempat tu. Mungkin pada orang lain tak berkira, tapi pada I biarlah bayar mahal tapi service bagus so semua orang puas hati. We all decided malas lah lagi nak ke A Famosa Melaka ni dah, cukuplah dengan apa yang we all alami, dengan service yang sangat poor, makanan yang kononnya disediakan dengan tiket masuk tapi kualiti of the foods sangat teruk. I tak boleh imagine macamana orang yang ada keluarga besar datang kesini, kesian mereka. Our kupon makanan pun I tak gunakan, sedekah kan ajelah pada keluarga yang lain. Serik dah.

So mandi tak sampaipun sejam, so we decided untuk tukar hotel lain pulak di bandar Melaka yang nampak macam best jugak. On the way ke bandar Melaka, singgah kejap di UiTM Lendu, Alor Gajah, tempat me and Daddy Jack belajar dan bercinta dulu.

Inilah drawing studio we all dulu, dari Part 01 till Part 03 kat sini, duduk belajar drawing sampai 5 jam dalam keadaan panas berlengas. Now, dah ada aircond, and nampak cantiklah la sikit.

So we all kembali menuju ke destinasi seterusnya ke bandar Melaka, ingatkan okaylah lalu town rupanya penuh dan sesak dengan kenderaan yang nak datang bercuti ke Melaka. Berjam jugaklah we all terperangkap didalam kesesakan.

Sampai je we all di hotel yang baru ni, masing-masing semua kelaparan so makan dululah di Coffee House sementara menunggu check in bilik at 3pm. Masa we all sampai tu, buffet spread pun dah nak habis so we all makan ala carte ajelah tapi mata ni tak melepaskan sepinggan kuih serimuka yang menarik ini. Terpaksalah menebalkan muka tanya waiter tu samada boleh tak beli aje kuih ni instead of nak bayar untuk harga buffet tu, tapi mujurlah Chef baikhati so dia cakap kuih ni pun banyak berlebih so makan ajelah sebanyak mana yang kita nak makan, kira free ajelah.

I malas nak pikir makanan so order food yang disuggestkan oleh waiter aje, senang. Sedap jugak daging masak apa tah namanya dimakan dengan nasi putih serta fruit punch yang kapaoww tu.

We all decided lepak Bayou Lagoon Park Resort pulak di Bukit Katil, biarlah bayar mahal sekalipun janji puashati dari A'Famosa Melaka tu.

Rasanya macam baru aje resort ni tapi ada juga masalahnya. Tak peraktikal dari segi penggunaan lif. Lifnya terlalu limited and sangat lambat. I datang pun time orang ramai, so ramai yang menunggu untuk naik ke bilik masing-masing. Lif itulah juga digunakan untuk tetamu, bell boy bawa barang naik ke bilik pun menggunakan lif yang sama, tiada lif khas untuk itu. We even terperangkap dalam lif, sampai phobis terus turun tangga aje. Hopefully pihak pengurusan kena memikirkan sesuatu about their lift services.


While the boys and Daddy Jack sibuk berendam dalam air and main water slides semua, I duduk tepi pool layan caffe latte sambil menikmati pemandangan yang menarik di sekitar pool.

The main attraction kat pool ini adalah the big slides, and ada a few slides juga. Tu yang membuatkan I pergi ke sini, so nampaklah sikit kelainan dari hotel yang lain. I rasa sekarang ni banyak hotel dah buat concept mcm ni , even JB pun dah buat mcm ni.

Lepas berkubang dalam swimming pool berjam-jam, bila naik ke bilik semuanya merengek kelaparan so we all pun malas sangat nak keluar cari makan so kita order room service ajelah. Sedap makanannya, especially the Nasi Goreng.

Orang Melaka kan bila ada kenduri kahwin depa memang suka ada bunga api, jenuhlah we all tengoh selama 2 malam disini.

 Breakfast dulu sebelum check out.

Nice view from our penthouse. A must visit place bila we all datang ke Melaka nanti, tak puas nak bercuti lagi. Banyak tempat tak sempat nak pergi like Hard Rock Cafe, menyusuri Sungai Melaka and yang paling utama sekali, melawat my favourite kakak masa di Adelaide dulu, Kak Shidah. Rindu giler-giler pada dia sekeluarga.
 

Wednesday 25 December 2013

Happy 60th Birthday, Ibu

Youve seen or experienced a lot of wonderful things all these years. Hope you keep doing the same. Happy 60th Birthday!

  Stonehenge 2012

  Adelaide 2011

Me and Ibu masa pertama kali Ibu datang melawat we all di Adelaide, seronok Ibu dapat tengok bunga-bunga ros yang besar tapak tangan.

 Lawatan ke Mount Lofty Summit, dah spring tapi masih terasa sejuknya

Satu pengalaman yang paling best bila dapat bawa Ibu ke ladang strawberry untuk petik dan makan sepuas-puasnya.

  Aidilfitri 2013, Adelaide

Satu kenangan yang terindah buat kami sekeluarga bila Ayah dan Ibu serta adik beradik yang lain datang merayakan Aidilfitri dengan kami di Adelaide.

To Ibu,
Yong doakan agar Ibu sihat tubuh badan, dirahmati segala apa jua yang Ibu lakukanserta diberikan keberkatan atas apa jua yang Ibu buat. Terima kasih kerana mendidik Yong selama ini, dan juga doa-doa Ibu selama ini.

Happy 60th Birthday !!

Tuesday 24 December 2013

Malacca trip - A Famosa

Sepanjang balik Malaysia ni, berkesempatan la juga bawa the boys jalan-jalan selain duduk aje di KL, yang asyik-asyik pergi KLCC aje kan. So, bila ada cuti panjang tu we all pun berjalan la keluar KL sebentar. Sebelum pergi, sempatlah makan putu piring favourite dulu.

Tekak pun nak minta diisini, so singgah la kejap pitstop pertama, Starbuck kejap.

Mata pun mulalah kelabu nak buat pilihan, semuanya sedap dari Frappucino, sandwich and even hot drinks. Susahnya nak membuat pilihan.


Udahnya Hazelnut Latte juga yang menjadi pilihan dan juga Java Chip Frappucino.

Sepanjang perjalanan itu sangatlah lama sebab ramai juga yang nak keluar dari kesibukan di KL rupanya. Yer la, cuti panjang kan so masing-masing pun nak habiskan masa dengan keluarga sendiri.

Mujurlah beli carseat dari Adelaide, so taklah masing-masing berantakan duduk dalam kereta. Semuanya duduk dalam keadaan yang tenang aje.

Tak merancangkan pun nak datang ke sini, last minute decision by Daddy Jack. Even hotel pun dah fully booked, and yang tinggal cuma bilik yang harga RM400 semalam. Lawatan kedua bagi Danish and pertama bagi Rayyan. Tu yang katanya kita dah sampai NERAKA....aduhh la anak oiii, bukan neraka tapi MELAKA la.

Sementara menunggu waktu nak check in, we all pergi melawat Safari World dulu. Duduk Adelaide, merasa la feed the kanggaru dan cuddle koala so kat sini kita bagi makan pony, kuda dan juga unta la yer.

 Mula-mula semuanya macam takut-takut aje

Masing-masing sibuk nak bagi makan, pastu bila haiwan tu dah datang dekat-dekat semuanya bertempiaran lari, udahnya Daddy Jack yang kena memberanikan diri.

 Lama tak nampak angsa, dulu selalu ada angsa kat rumah arwah mak


Bila dah lama-lama sikit, barulah the boys memberanikan diri pulak untuk bagi haiwan makan. 

Berkesempatan juga menyaksikan beberapa persembahan di dalam Safari World ini, antaranya yang bertemakan Wild Wild West ini.

Not so bad lah persembahannya, ramai yang terhibur dengan gelegat para pelakonnya.

Danish sibuk nak naik gajah pulak, walhal tak berbaloi pun dengan harga yang dibayar. Gajah tu setakat pusing dalam satu bulatan aje. Pandai sungguh mereka nak buat duit, kan. Daddy Jack la yang kena temankan cos Ryan takut nak naik and I kena temankan dia. Satu kejadian yang tak disangka berlaku bila gajah ni pi makan satu beg plastic yang Daddy Jack bawa, habis semua barang makanan dan minuman yang we all beli kat dalam tu ditelannya. Cuma yang diluahkan hanyalah plastic beg yang kosong aje.

Ryan hanya berani naik little pony ni ajelah, itupun muka mcm ada sedikit perubahan

Sama juga macam kes naik gajah tu, hanya satu pusingan, then habis dah. Sangat tak adventure.

 Sampai senget beget badan naik pony yer Ryan

Then, nak tengok bird show pula, kat sini pun habis duit juga bila the boys sibuk nak lukisan from burung yang berharga RM10.

Dalam pukul 4pm, we all check ke dalam bilik, then lepak kejap sebelum nak dinner and nak tengok Cowboy Town pulak. Sempatlah berehat, mandi semua and then lepas Maghrib baru pergi.

Ingatkan after beberapa tahun tak datang A Famosa ni service makin okay rupanya tidak, masih ditakuk lama. Memang susah sungguh nak makan kat dalam ni. We all makan di western style restaurant, tak ingat apa namanya tapi service sangatlah slow, dah la tu aircond dalam kedai boleh pulak rosak. Nak keluar from tempat ni semata-mata nak makan memang susahlah cos jauh ke luar untuk makan so nak tak nak and tak ada pilihan kenalah makan di dalam ini. Tapi I suggest, if ada yang datang bawa keluarga yang besar, better la keluar makan ke bandar Alor Gajah tu, murah dan lagi banyak pilihan.

Then we all tunggu kat dalam tu untuk tengok the show, dengan cuaca yang dah nak hujan bila kilat dah berkali-kali berdentam dentum. Danish bukannya boleh dengar bunyi kilat ni, satu benda yang asing baginya and sangat takut bila kilat so cepat-cepat ajak we all balik bilik.

Bosan sangat menunggu show ini, so we all hanya tengok dalam 10 minit then terus rasa nak balik. Not a very entertaining at all.