Sepanjang balik Malaysia ni, berkesempatan la juga bawa the boys jalan-jalan selain duduk aje di KL, yang asyik-asyik pergi KLCC aje kan. So, bila ada cuti panjang tu we all pun berjalan la keluar KL sebentar. Sebelum pergi, sempatlah makan putu piring favourite dulu.
Tekak pun nak minta diisini, so singgah la kejap pitstop pertama, Starbuck kejap.
Mata pun mulalah kelabu nak buat pilihan, semuanya sedap dari Frappucino, sandwich and even hot drinks. Susahnya nak membuat pilihan.
Udahnya Hazelnut Latte juga yang menjadi pilihan dan juga Java Chip Frappucino.
Sepanjang perjalanan itu sangatlah lama sebab ramai juga yang nak keluar dari kesibukan di KL rupanya. Yer la, cuti panjang kan so masing-masing pun nak habiskan masa dengan keluarga sendiri.
Mujurlah beli carseat dari Adelaide, so taklah masing-masing berantakan duduk dalam kereta. Semuanya duduk dalam keadaan yang tenang aje.
Tak merancangkan pun nak datang ke sini, last minute decision by Daddy Jack. Even hotel pun dah fully booked, and yang tinggal cuma bilik yang harga RM400 semalam. Lawatan kedua bagi Danish and pertama bagi Rayyan. Tu yang katanya kita dah sampai NERAKA....aduhh la anak oiii, bukan neraka tapi MELAKA la.
Sementara menunggu waktu nak check in, we all pergi melawat Safari World dulu. Duduk Adelaide, merasa la feed the kanggaru dan cuddle koala so kat sini kita bagi makan pony, kuda dan juga unta la yer.
Mula-mula semuanya macam takut-takut aje
Masing-masing sibuk nak bagi makan, pastu bila haiwan tu dah datang dekat-dekat semuanya bertempiaran lari, udahnya Daddy Jack yang kena memberanikan diri.
Lama tak nampak angsa, dulu selalu ada angsa kat rumah arwah mak
Bila dah lama-lama sikit, barulah the boys memberanikan diri pulak untuk bagi haiwan makan.
Berkesempatan juga menyaksikan beberapa persembahan di dalam Safari World ini, antaranya yang bertemakan Wild Wild West ini.
Not so bad lah persembahannya, ramai yang terhibur dengan gelegat para pelakonnya.
Danish sibuk nak naik gajah pulak, walhal tak berbaloi pun dengan harga yang dibayar. Gajah tu setakat pusing dalam satu bulatan aje. Pandai sungguh mereka nak buat duit, kan. Daddy Jack la yang kena temankan cos Ryan takut nak naik and I kena temankan dia. Satu kejadian yang tak disangka berlaku bila gajah ni pi makan satu beg plastic yang Daddy Jack bawa, habis semua barang makanan dan minuman yang we all beli kat dalam tu ditelannya. Cuma yang diluahkan hanyalah plastic beg yang kosong aje.
Ryan hanya berani naik little pony ni ajelah, itupun muka mcm ada sedikit perubahan
Sama juga macam kes naik gajah tu, hanya satu pusingan, then habis dah. Sangat tak adventure.
Sampai senget beget badan naik pony yer Ryan
Then, nak tengok bird show pula, kat sini pun habis duit juga bila the boys sibuk nak lukisan from burung yang berharga RM10.
Dalam pukul 4pm, we all check ke dalam bilik, then lepak kejap sebelum nak dinner and nak tengok Cowboy Town pulak. Sempatlah berehat, mandi semua and then lepas Maghrib baru pergi.
Ingatkan after beberapa tahun tak datang A Famosa ni service makin okay rupanya tidak, masih ditakuk lama. Memang susah sungguh nak makan kat dalam ni. We all makan di western style restaurant, tak ingat apa namanya tapi service sangatlah slow, dah la tu aircond dalam kedai boleh pulak rosak. Nak keluar from tempat ni semata-mata nak makan memang susahlah cos jauh ke luar untuk makan so nak tak nak and tak ada pilihan kenalah makan di dalam ini. Tapi I suggest, if ada yang datang bawa keluarga yang besar, better la keluar makan ke bandar Alor Gajah tu, murah dan lagi banyak pilihan.
Then we all tunggu kat dalam tu untuk tengok the show, dengan cuaca yang dah nak hujan bila kilat dah berkali-kali berdentam dentum. Danish bukannya boleh dengar bunyi kilat ni, satu benda yang asing baginya and sangat takut bila kilat so cepat-cepat ajak we all balik bilik.
Bosan sangat menunggu show ini, so we all hanya tengok dalam 10 minit then terus rasa nak balik. Not a very entertaining at all.
seronok nampaknya di a famosa.... sy tak pernah g safari worls lagi...
ReplyDeletemsredcheesecake
Deletepergi yang kat Sunway Lagoon tu pun rasa best jugak lagi dari sini
ni trip yg gi 'neraka' aritu ke, Gina?
ReplyDeletebtw putu piring tu lahaiiii sungguh menggiurkan
Haah Is,, lama sungguh terperamnya entry ini. Memang gebu sungguh putu piring itu
Delete