Di Adelaide, jarang we all makan di tempat yang tak biasa dikunjungi. Kalau tanya Danish nak makan luar, pilihannya kedai Uncle Azam, Swinging Bowl, and kalau tanya Ryan nak makan apa, jawapannya butter croissant ajelah. So beberapa minggu sebelum balik, we all mencuba buat kali kedua makan di Mekong Thai, cos nak mencuba hidangan istimewa mereka.
Kalau pergi waktu malam, bolehlah order pelbagai jenis lauk-pauk but if datang for lunch, dah disediakan lunch set untuk menyenangkan pelanggan.
We all kalau bab-bab order makanan, memang agak payah sikit. Cos selama ini kalau makan Ibu atau Ayah yang orderkan cos mereka tahu apa yang sedap untukdimakan. So bila kat sini, we all order makanan yang sering diorder oleh my Adelaide's gang yang sering berkunjung ke sini.
Ini lah hidangan istimewa yang Daddy Jack nak mencuba, satay daging kanggaru. Mekong Thai ini sahaja di Adelaide yang menyediakan daging kanggaru yang halal. Tak sangguplah I makan, terbayang-bayang aje kanggaru yang selama ni we all bagi makan kalau berkunjung ke Gorge Wildlife Park tu.
Ada one time tu, we all mendapat undangan untuk dinner bersama MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaacob yang datang ke Adelaide untuk majlis konvo anaknya Aishah. Dah berapa kali dah Dato Seri datang Adelaide, tapi tak berkesempatan nak berjumpa, since Aishah buat degree lagi and now after Aishah dah habis Master, barulah dapat berjumpa.
panas tak daging kangaro
ReplyDeletemsredcheesecake
ReplyDeleteI tak makan, Daddy Jack aje yang makan