Nuffnang Ad

Tuesday 30 December 2014

Kenduri kahwin

Dah lama tak menulis, busy dengan beberapa urusan di musim cuti sekolah ni, mana nak menyiapkan persiapan persekolah untuk 2 orang, sempat jugalah pergi bercuti walaupun masanya amat singkat.

Biasalah kalau musim cuti-cuti sekolah ni, breakfast di luar tu selalu berbanding dengan makan di rumah. Sesekali mengunjungi Warung Mak Jah di Ampang untuk menikmati kuih muih Melayu yang sedap-sedap.

Biasalah kan bila musim cuti sekolah aje, undangan kahwin pun datang bertalu-talu. Antaranya officemate Daddy Jack yang melangsungkan perkahwinannya di Cheras.

Meriah majlis perkahwinannya, ramai tetamu yang datang antaranya staff from office dan juga students. Seronok la mereka tengok lecturer mereka melangsungkan perkahwinan.

Makin hari makin meriah majlis kahwin zaman sekarang ni, macam-macam jenis buffet candy ada disediakan. Daoorgifts pun banyak yang creative sekarang ni cuma kena sediakan duit yang banyaklah kalau nak buat grand lan but memadailah buat secara ala kadar aje. Takut juga dengar ada yang sampai buat pinjaman bank untuk berkahwin, takut juga kalau dah beranak pinak hutang tak habis bayar lagi.
 

Tuesday 23 December 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014 (MAKA)

Seminggu sebelum cuti sekolah bermula, we all mendapat invitation ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) 2014 untuk sekolah Danish. Ini tahun pertama we all pergi untuk melihat Danish naik ke atas pentas membuat persembahan dan juga menerima anugerah untuk akademik. Majlis berlangsung di CIC Hall, UIA Gombak.

Phewww, we all hampir-hampir tak dapat tiket masuk kerana sambutan bergitu menggalakkan daripada para ibubapa yang ingin menyaksikan anak mereka pada malam itu. Mujurlah pihak sekolah membuka beberapa lagi meja untuk ibubapa yang masih mahu membeli tiket.

Persiapan yang begitu rapi dari pihak sekolah, 2 minggu persiapan anak-anak berlatih untuk majlis ini so semuanya nampak teratur dan juga gilang gemilang.

Danish menerima anugerah akademik kerana mendapat tempat ketiga di dalam kelasnya. Bersyukur sangat kerana ini adalah tahun pertama beliau memulakan alam persekolahn di Malaysia tapi dengan berkat didikan cikgu-cikgu sekolahnya, Alhamdulillah dia berjaya mendapat tempat ketiga di dalam kelasnya, dengan 11A semuanya termasuklah subjek-subjek yang dikeluarkan oleh JAIS.

Selepas mengambil anugerah akademik, Danish dan his friends bergabung tenaga untuk membuat persembahan Choral Speaking untuk para tetamu.

Persembahan yang menarik sekali dari pelajar-pelajar Year 3. Bukan sahaja ini malahan semua persembahan memang hebat-hebat belaka. tahniah kepada para guru yang bertungkus lumus untuk memastikan majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan dan juga a night to remember. Insyallah, I akan cuba untuk membuatkan Danish naik ke pentas setiap tahun untuk menerima anugerah akademiknya.


Monday 22 December 2014

Cuti sekolah

Cuti-cuti sekolah ni we all tak ada plan ke mana-mana pun, just duduk rumah ajelah cos Daddy Jack pun sibuk dengan kelas dan juga tugasan di pejabat so I ajelah yang menguruskan anak-anak. So most of the time, depa ni buat LEGO bekalan yang dibawa balik dari Adelaide dulu.

Pukul 7 malam, masing-masing leka mengadap cerita Melayu di TV3

Kalau bosan tengok TV dan main LEGO, so mainlah pulak mana-mana toys yang diangkut bawa balik dari Adelaide dulu.

Kalau mood rajin sikit, ajaklah the boys pergi minum kopi di cafe yang berdekatan dengan rumah, minum kopi sambil makan brownie rangup.

Breakfast di mamak memang dah banyak kali sepanjang cuti sekolah ini, kalau tak weekend, hari biasa pun jadi jugak.

Hahahaha, sekarang ni pun pengambilan gula dikurangkan demi menjaga kesihatan yang baik.
 

Sunday 21 December 2014

Program dietku

I dalam program berdiet sekarang ni, ada masanya strict dan ada masanya tak strict sangat tapi agak terkawal la sikit. Kalau rajin, masak sendiri kalau tak makan di luar pun masih mengamalkan amalan diet sihat tu. I tak follow any diet plan like Atkins or whatsoever just low carb and banyakkan exercise aje.

Kadang-kadang memang melanggar pantang larang berdiet ni, mengambil nasi lemak yang dibeli di kantin sekolah anak.

Lagi tak dapat menahan diri bila dapat pulak kuah masak lemak pedas berapi dari Kak Jee

Kadang-kadang malas nak masak, beli and tapau aje Grilled Chicken from Madam Kwan's

Kalau datang nak berdiet tu, makan buah ajelah sebagai snack menggantikan tea time tu

 Salad with Grilled Salmon sebagai hidangan tengahari

 Kopi is a must, at least dapat satu cawan pun cukuplah

Bila petang, kenalah rajin membuat exercise untuk membakar lemak-lemak yang sedia ada tu, kalau tak berjogging, I ikuti ajelah program keepfit from Kevin Zahari tu, berpeluh jugaklah badan ni hah.
Selamat berhujung minggu !!
 
 

Saturday 20 December 2014

Makan-makang 2.0


Hujung minggu biasanya hari makan di luar tapi adakalanya kenalah masak jugak. Jemu juga if selalu sangat makan di luar sampai kadang-kadang tu tak tahu nak makan apa dah. Hujan-hujan sedaplah menjamu selera dengan Mee Wantan Sup.

Hah lepas tu pekena pulak fenomena yang melanda orang Malaysia sekarang ni, Pisang Goreng Cheese dengan Ice-Cream pulak.

 Kalau bertandang ke rumah Ibu, ada kari daging sambil dicicah dengan roti

Terjumpa pula satu kedai baru di Wangsa Walk yang menjual set Ubi Kayu Rebus, sedap la pulak sampaikan bungkus sambung makan dirumah pulak.

Mood rajin nak masak, habiskan la apa yang ada dalam almari tu so kita buatkan sup daging ala-ala Japanese Beef Rice tu.

Roast chicken ala-ala Food Network, konsepnya main campak aje apa sahaja rempah yang ada.

Mood terlebih rajin pula, siap sediakan minum petang untuk anak-anak so kuih cara ajelah yang paling senang sekali nak membuatnya. Terbayang-bayang lagi air gula cair di dalamnya, kalau tak kena gaya makan, maunya meleleh-leleh tepi bibir. Yummmssss.
 

Thursday 18 December 2014

KLCC, again?

Selalunya hari Ahad we all makan di luar tapi taklah setiap minggu, ada masanya sebulan sekali baru keluar makan. Tak kisahlah makan apa so mostly we all keluar tengahari so kenalah makan nasi kan. Kalau ikut Danish suka makan nasi di Restoran Sari Ratu tapi kalau Ryan tak lain tak bukan nak makan asam pedas ikan. So kita akan ke Ruz Aladdin untuk menikmati asam pedas Muar la.

Lepas makan nasi, kena disudahi dengan hidangan pencuci mulut la. I tak makan tapai, baik tapai pulut atau tapai ubi..tak reti makan sebenarnya so kita makan goreng pisang dengan aiskrim ajelah. Not so bad lah walaupun rasa yang Madam Kwan punya lagi sedap.

Balik melepak kejap, sambil mengemas apa-apa yang patut sebab nak elakkan mata yang mengantuk cos dah makan nasi berlaukkan asam pedas tadi kan.

Di kala petang, teringin pulak nak berjalan-jalan di mana lagi kalau tak di KLCC, lepas Asar siap-siap then terus pecut ke sana. Tak ada apa pun yang nak dicari tapi saja aje nak mencuci mata sana sini, kan.

Bilalah nak travel ni kan..geram tengok orang asyik berjalan bercuti sana sini while kami masih lagi belum ke mana-mana lagi...soon, Insyallah.

Dalam kata tak ada misi membeli, masuk aje kedai sukan mulalah pak and anak juling bijik mata.

Dulu tak berapa nak kisah beli jersi entah kenapa kali ni sibuk pulak nak membelinya.

Dah pukul 9 malam pun masih ramai orang lagi di KLCC walaupun hari tu hari Ahad.

Malam tu we all dinner di Ben's. Tak terpikir pun nak makan apa cos perut masih kekenyangan lagi.

Rasa serba sikit aje mana hidangan yang ada. Kopi dalam gelas tu katanya Australia Iced Coffee tapi pekatnya ya rabbi. Minum sikit aje terus terasa kepekatan kopinya itu.

Singgah Cold Storage kejap nampaklah beberapa products yang dikenali sewaktu di Adelaide dulu like Weet-Bix, Beerenberg Strawberry Jam, rice bars dan yang paling seronok sekali Devondale butter. Terasa-rasa masih berada di sana bila membeli barang ni. Payah betul nak lupakan kenangan masa di Adelaide ni la walaupun dah hampir setahun meninggalan tempat itu.

Wednesday 17 December 2014

Mummy time out

Sometime I need my me time la kan, nak bersenang lenang kejap. Dapat masa tu bolehlah keluar kejap sambil melihat-lihat dalam kedai yang tak boleh nak masuk if bawa anak-anak. So pagi tu siapkan breakfast dulu sebelum nak keluar.

Menuju ke mana lagi, KLCC la sambil berjalan-jalan melihat-lihat mana-mana yang patut. Singgah kejap TYPO ni untuk tengok planner and desk organizer for year 2015 nanti.

Masuk ELC ternampak pulaklah pulak section Art and Crafts yang sedang membuat jualan runtuh ni hah. ELC ni bersebelahan dengan Mothercare dan juga Toys R Us, so kalau datang ke KLCC memang tak akan masuk menjengah di dalam ni la sebab masing-masing akan berpusu-pusu masuk Toys R Us.

 
Time for lunch, decided untuk lunch di Chilli's tapi ramainya orang sebab we all makan sama dengan time orang office keluar lunch juga. Mujurlah pergi berdua, so taklah lama pun nak tunggu.

Cotton On Kids baru dibuka di KLCC, so banyaklah baju-baju yang cantik. Dah lama pun tak membeli baju-baju the boys ni, harapkan baju yang we all bawa balik from Adelaide dulu aje tapi mana muat dah. So kena top up serba sedikit baju mereka nanti.

Bila balik, terasa pulak nak minum coffee, so singgah kejaplah McCafe di belakang rumah ni sambil pekena Hazelnut Latte and some brownie juga. Balik aje, teh boys pun sibuk tanya, ada beli apa-apa tak untuk mereka..adalah beli sikit tapi yang pasti bukan toys la.