Nuffnang Ad

Sunday, 14 December 2014

Cuti panjang

Kalau cuti-cuti panjang ni we all kemana lagi nak menuju, Kuantan ajelah. Sejak balik Malaysia tahun lepas, belum pun memulakan program cuti-cuti Malaysia bersama anak-anak ke tempat lain lagi sebabnya nak menyesuaikan diri juga dengan cuti sekolah, then cuti Daddy Jack yang tak sama dengan cuti sekolah. Kdang tu time cuti sekolah, Daddy Jack kena outstation pulak so terperap la we all dalam rumah je.

Sampai Kuantan, normally terus cari makan dulu, so cari yang cepat and mudah untuk makan dirumah...Domino's la yang senang.

Beli pizza, sambil makan sambil rehat selepas 2 jam di perjalanan. Nak kasi lurus urat-urat ni sikit dulu sebelum memulakan aktiviti lain.

Budak-budak ni mana kenal erti penat, so terus terjah main bola terus. Main bola tendang kat pagar, terus la terpatahkan besi pagar rumah Ayah..aishhhh macam-macam hal la bebudak ni.

Petang sikit baru la main di taman permainan di depan rumah tu, itupun pukul 4 ketika masih panas pun sibuk nak main dah.

 Galaknya main buaian, terjerit-jerit rasanya dengar satu kawasan perumahan ni.

10 minit aje bertahan main swing dan juga see saw, lepas tu kembali beraksi bermain bola balik.

Kalau bab main bola, sanggup berlari satu padang

Mula-mula elok ajela mainnya, lama-lama mulalah bergaduh bila salah sorang kalah ataupun tak nak bagi bola.

Malam tu, Ayah ajak dinner di Hyatt, lepak di tepi pantai sambil menghirup udara malam di pantai. Ramai rupanya orang melepak di tepi pantai malam-malam ni, maklumlah Teluk Chempedak dah makin cantik dengan pelbagai kedai dibuka sekarang ni.

 Teringin pula nak makan Banana Split malam-malam hari

Rajin pula memborong pokok-pokok bila balik ke Kuantan sekarang ni, selalunya we all beli pokok-pokok herba dan pokok yang boleh digunakan untuk masakan hari-hari aje. Pokok-pokok bunga memang tak ada siapa nak menjaganya.

Suka makan nasi kerabu di sebuah restoran tepi highway, lupa pulak namanya. I pernah blogkan pasal restoran ni dulu. Tapi sebabkan we all dah lambat, banyak lauk pauk pun dah habis.


Malam selanjutnya, we all makan seefood and bbq pula di Zenith Hotel. Sedap jugak tu

Dapat makan fresh oyster with lemon and some lobster, plus beberapa makanan yang lain.

Anak-anak sukalah makan dips ni, semua benda nak dicelupkan dalam coklat fountain ni

Pagi sebelum balik, kemas-kemas sambil nak kejutkan the boys ni. Semuanya taknak bangun, malas nak balik but we all kena lah balik, kan. Daddy nak kerja pulak, cuti pun bukannya lama mana.

Lemah longlai bila nak balik KL semula untuk memulakan tugas-tugasan yang menanti. Yer memang betul, cuti memang seronok bagi mereka yang bekerja. Bila sesekali dapat cuti, mahu menggunakan cuti itu sebaik yang mungkin. Well, life must go on !.
 

1 comment: