Nuffnang Ad

Friday, 12 December 2014

Ke Pusat Servis

Selalunya ke pusat servis kereta buat appointment dulu tapi entah kenapa minggu lepas main redah ajelah sebab ada masa free. Ingatkan kejap aje, lama jugak menunggunya, dekat 3 jam jugaklah. So lain kali, jangan cuba-cuba nak meredah, buat temujanji dulu. Senang cerita.

Mujurlah disediakan makanan untuk yang menunggu. Ada disediakan nasi lemak dan juga sandwich. Sambil tu boleh melayan free internet juga.

If terasa nak minum minuman panas pun ada juga disediakan, free flow katanya. Sesambil tu boleh juga makan kudap-kudapan yang disediakan..popcorn dan juga kerepek-kerepek. Hmm lama lagi menunggu, gemuk jugak gamaknya.

Balik aje rumah, terjumpa pula kad ni dalam post box. Tergelak-gelak la we all kerana namanya sama sebijik dengan nama Danish.

Dah lama tak makan mee kari, rencah semua dah ada so tinggal merealisasikannya sahaja. Tapi tak cukup kick tak ada kerang, but still boleh la dimakan bersama keluarga.
 

1 comment:

  1. kak gina, sy mmg tengah teringin nau mkn mee kari.. huhuhu

    ReplyDelete