Biasalah kan, hujung minggu selalunya we all melepak di padang bola. Selalunya di padang di Subang tapi kali ni berbeza sedikit cos Danish ada tournament yang agak besar iaitu Kuala Lumpur 2nd Youth Cup Championship di SK Jalan Cochrane.
Sampai-sampai aje sekolahn ni, nampak padang melecak so kenalah berjalan slow motion cos takut la tergolek pulak dalam selut tu, malu juga yang dapat. Game pun mula lambat juga, so buat warm up la dulu sebelum main, kasi regang otot-otot semua.
Pemain seawal 6 tahun ke atas telah diberikan peluang untuk menyertai kejohanan ini. Tak kiralah lelaki atau perempuan di dalam satu team, janji semangat kesukanan itu yang kita mahukan.
Mujurlah kantin sekolah ni dibuka, so tak perlulah keluar-keluar untuk mencari makanan untuk dimakan bila lapar. I memang kalah betul dengan nasi lemak kantin sekolah, selalu kecundang bila ada nasi lemak.
Untuk game yang pertama, keputusan adalah seri, then break kejap for 40 minit untuk perlawanan kedua. Baru perlawanan kedua aje, I pun dah pening kepala tengok stokin dan jersey yang dah dipenuhi dengan selut semua. Jenuh la nak menyentalnya.
Daddy yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk anaknya
Langit dah mula gelap wlaupun hari baru pukul 11 pagi
Tetap setia menanti walaupun hujan rintik-rintik tapi bila dah semakin lebat terus berlari menuju ke kantin sekolah untuk berteduh.
Mak aii, adik-adik ni siap berkubang lagi dalam lopak air di tepi kantin ni hah, ada tak siap berenang-renang lagi. Manalah mak ayah bebudak ni.
Hujan-hujan ni pekena pulak bihun tomyam dan juga nescafe panas, memang terbaik la kut, Dahlah minuman panas, dapat pulak tomyam pedas so memang terjuihlah mulut dibuatnya.
Padang pun semakin lecak, so I hanya menonton perlawanan dari jauh ajelah. Tak tergamak la nak meredah selut tu semua, dahlah bau pun boleh buat loya dibuatnya.
Danish tak dapat menerima kekalahan teamnya di peringkat semi final. Menangis la kejap, jenuh nak memujuk, tak dapat dia menerima hakikat yang teamnya akan pulang awa. Tak apalah, next time kita cuba lagi ya Danish.
No comments:
Post a Comment