Dah lama tak menulis, busy dengan beberapa urusan di musim cuti sekolah ni, mana nak menyiapkan persiapan persekolah untuk 2 orang, sempat jugalah pergi bercuti walaupun masanya amat singkat.
Biasalah kalau musim cuti-cuti sekolah ni, breakfast di luar tu selalu berbanding dengan makan di rumah. Sesekali mengunjungi Warung Mak Jah di Ampang untuk menikmati kuih muih Melayu yang sedap-sedap.
Biasalah kan bila musim cuti sekolah aje, undangan kahwin pun datang bertalu-talu. Antaranya officemate Daddy Jack yang melangsungkan perkahwinannya di Cheras.
Meriah majlis perkahwinannya, ramai tetamu yang datang antaranya staff from office dan juga students. Seronok la mereka tengok lecturer mereka melangsungkan perkahwinan.
Makin hari makin meriah majlis kahwin zaman sekarang ni, macam-macam jenis buffet candy ada disediakan. Daoorgifts pun banyak yang creative sekarang ni cuma kena sediakan duit yang banyaklah kalau nak buat grand lan but memadailah buat secara ala kadar aje. Takut juga dengar ada yang sampai buat pinjaman bank untuk berkahwin, takut juga kalau dah beranak pinak hutang tak habis bayar lagi.
waaa ayam masak merah tu, terliur ceq tengokk ^^
ReplyDelete*marilah jenjalan ke blog saya :D
Hahahahah, yer ke? Terima kasih sudi singgah rumah saya ini ya
Delete