Nuffnang Ad

Saturday, 13 December 2014

Kerja malam hari

Kalau datang mood rajin nak membaking tu, malam-malam pun sanggup mencari bahan-bahan nak membuat cakenya.

Peneman aktiviti baking malam tu, masa kita sibuk nak menyukat barang-barang masa tu la sibuk nak makan mee karilah, nak bersembang pasal sekolah la. Bersabar ajelah banyak-banyak melayannya.

Sesambil menunggu butter and gula kembang dipukul mixer so kita pun membeleklah buku-buku baking yang diangkut bawa pulang dari Adelaide sesambil melihat-lihat idea-idea orang lain. Mana tahu nanti terasa nak buat pula.

My little assistant ni tak sabar-sabar nak masukkan mini cake nya dalam oven

Setiap kali bunyi dentingan loceng, berlarilah dia pergi dapur nak tunggu masukkan yang lain pula. Rajin betul tolong Mummy yer.

Ni la hasilnya mini cake in collaboration Mummy and Kerinting. Tak sempat nak merasa pun, anak-anak nak kerjakan dulu. Lain kali ajelah buat lagi.
 

No comments:

Post a Comment