Nuffnang Ad

Tuesday, 16 December 2014

Graduation Day

Dah selamat menamatkan pengajian di peringkat Montessori budak kerinting ni hah. Excited bila ada latihan di sekolah, siap tunjuk beberapa aksi yang akan dipersembahkan nanti. Baju jubah yang menarik ini ditempah khas oleh his teacher untuk membuat persembahan nanti.

Posing dululah sebelum kita masuk Grand Ballroom untuk graduation concert nanti.

A simple decoration aje, tapi masuk aje dah meremang juga sebanya tak sabar nak menyaksikan aksi anak-anak kecil yang sebaya dengan kerinting membuat persembahan mereka.

Si kecil yang dijaga selama 4 tahun di Adelaide telahpun berjaya menamatkan pelajaran di Montessori. Banyak yang telah dipelajari, boleh menguasai beberapa bahasa dan mahir di dalam taekwando juga.

 Bersiap sedia untuk menerima scroll di atas pentas

Mak dan pak dah bersiap sedia di tepi pentas untuk merakamkan detik-detik bersejarah ini.


Alhamdulillah, dah tamat dah

Bersiap sedia dulu untuk persembahan di atas pentas. Sebelah tu kawan baiknya, Adib

His Class Teacher, Tengku Zurina yang banyak membimbing Ryan di dalam semua bidang yang dia ketinggalan. Terima kasih, Teacher.

Ada 2 persembahan yang dibuat oleh kelas Ryan, K-3 Al-Farabi. Satu persembahan Ya Ha Na Na yang sering ditengok dalam Youtube.


Satu lagi, persembahan lagu Di Pondok Kecil. Tak boleh pulak upload disini cos terlalu besar videonya

Akhir persembahan, semua berkumpul diatas pentas untuk upaca penutup Majlis Graduation. Mostly yang berjubah meraj itu adalah kawan-kawan Ryan, selalu bila I pick up kat sekolah, akan jumpa mereka. Mostly mereka pun akan meneruskan persekolah di Year 1 nanti di sekolah yang sama juga.

Dah selesai dah majlis, so nak makan dululah tapi si kerinting ni sibuk nak main belon atas pentas dengan kawan-kawan dia.

Hidangan buffet yang disediakan, not so bad la mungkin sebab  perut pun dah kelaparan, so semua benda nampak sedap aje.

Selain Teacher Zurina, Teacher Wahida merupakan teacher favourite Ryan juga. Bukan ini sahaja, malahan semua teachers mempunyai peranan masing-masing dalam mendidik anak-anak semua. Terima kasih para cikgu-cikgu sekelian.
 

2 comments:

  1. comelnye tengok budak-budak pakai jubah camtu...cepat je mase berlalu, tengok2 Ryan graduate degree pulak...Aminnn...

    Jemput Keblog Saya Anak-anak Membesar Sihat Dan Pintar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah, Mummy jugak yang nangis sedih nanti

      Delete