Nuffnang Ad

Monday, 15 December 2014

Hari Bola

As usual, Selasa dan Khamis adalah hari untuk  berbola. Selalunya we all akan bertunggu tangga kalau tak di Tesco ataupun di Citta Mall, sambil makan-amakn and window shopping. 

Selalunya training habis dalam pukul 7 mlm, so sekarang ni kan Maghrib memang masuk awal so singgahlah Petronas untuk solat then baru balik rumah. Kalau terus balik, memang tak sempat la nak solat.

Bila hari Ahad adalah game day, selalunya main dekat home ground tapi beberapa minggu lepas main di tempat lawan di Cheras. We all keluar awal pagi so singgah dulu di park untuk bersenam serba sikit kejap. Lamanya tak melepak di padang mcm di Adelaide dulu.

Perlawanan di antara GA Elite dan juga CIMB team. Team lawan dah bersiap dari awal while our team masih belum ramai yang hadir, mungkin tak tahu lokasi.

Melihatkan suasana padang ini, mengingatkan lagi kenangan melihat anak-anak bermain bola sewaktu menyertai kelab bola di sana.

Mak menunggu sambil makan nasi lemak kerana kelaparan yang teramat sangat. Mujurlah ada makcik yang buka gerai menjual nasi lemak dan minuman panas disitu so tak perlulah pikir mana nak cari makan lagi. By the time anak habis main bola, perut mak pun dah kenyang dah.
 

1 comment:

  1. Pagi - pagi nie tgk nasi lemak tu kecur plak air liur nie sis...sambal nmpk mengancam

    ReplyDelete