Nuffnang Ad

Saturday, 20 December 2014

Makan-makang 2.0


Hujung minggu biasanya hari makan di luar tapi adakalanya kenalah masak jugak. Jemu juga if selalu sangat makan di luar sampai kadang-kadang tu tak tahu nak makan apa dah. Hujan-hujan sedaplah menjamu selera dengan Mee Wantan Sup.

Hah lepas tu pekena pulak fenomena yang melanda orang Malaysia sekarang ni, Pisang Goreng Cheese dengan Ice-Cream pulak.

 Kalau bertandang ke rumah Ibu, ada kari daging sambil dicicah dengan roti

Terjumpa pula satu kedai baru di Wangsa Walk yang menjual set Ubi Kayu Rebus, sedap la pulak sampaikan bungkus sambung makan dirumah pulak.

Mood rajin nak masak, habiskan la apa yang ada dalam almari tu so kita buatkan sup daging ala-ala Japanese Beef Rice tu.

Roast chicken ala-ala Food Network, konsepnya main campak aje apa sahaja rempah yang ada.

Mood terlebih rajin pula, siap sediakan minum petang untuk anak-anak so kuih cara ajelah yang paling senang sekali nak membuatnya. Terbayang-bayang lagi air gula cair di dalamnya, kalau tak kena gaya makan, maunya meleleh-leleh tepi bibir. Yummmssss.
 

2 comments:

  1. Kuih cara&goreng pisang cheese terbaik...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih cara okay lagi tapi goreng pisang cheese tu tak reti nak makan la wak

      Delete