Nuffnang Ad

Tuesday 23 December 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014 (MAKA)

Seminggu sebelum cuti sekolah bermula, we all mendapat invitation ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) 2014 untuk sekolah Danish. Ini tahun pertama we all pergi untuk melihat Danish naik ke atas pentas membuat persembahan dan juga menerima anugerah untuk akademik. Majlis berlangsung di CIC Hall, UIA Gombak.

Phewww, we all hampir-hampir tak dapat tiket masuk kerana sambutan bergitu menggalakkan daripada para ibubapa yang ingin menyaksikan anak mereka pada malam itu. Mujurlah pihak sekolah membuka beberapa lagi meja untuk ibubapa yang masih mahu membeli tiket.

Persiapan yang begitu rapi dari pihak sekolah, 2 minggu persiapan anak-anak berlatih untuk majlis ini so semuanya nampak teratur dan juga gilang gemilang.

Danish menerima anugerah akademik kerana mendapat tempat ketiga di dalam kelasnya. Bersyukur sangat kerana ini adalah tahun pertama beliau memulakan alam persekolahn di Malaysia tapi dengan berkat didikan cikgu-cikgu sekolahnya, Alhamdulillah dia berjaya mendapat tempat ketiga di dalam kelasnya, dengan 11A semuanya termasuklah subjek-subjek yang dikeluarkan oleh JAIS.

Selepas mengambil anugerah akademik, Danish dan his friends bergabung tenaga untuk membuat persembahan Choral Speaking untuk para tetamu.

Persembahan yang menarik sekali dari pelajar-pelajar Year 3. Bukan sahaja ini malahan semua persembahan memang hebat-hebat belaka. tahniah kepada para guru yang bertungkus lumus untuk memastikan majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan dan juga a night to remember. Insyallah, I akan cuba untuk membuatkan Danish naik ke pentas setiap tahun untuk menerima anugerah akademiknya.


No comments:

Post a Comment